Apa guna nak bertindak lebih-lebih???

Lebih baik isikan blog sendiri dengan maklumat-maklumat lain daripada duk isi dengan isu-isu politik secara keterlaluan dan berlebihan.  Apa guna memekik melolong serta mendesak PAS agar cepat mengadakan EGM sedangkan mereka termasuklah AJK PAS Pusat sendiri masih takut-takut untuk bersuara meskipun ada dikalangan mereka tidak lagi wala’ dengan  kepimpinan Hj.Hadi. Apa guna kita sebagai blogger nak lebih-lebih pulak????  Buat baik pun kenalah berpada-pada. Biarlah para pengundi dikalangan orang awam yang menentukan nasib PAS kelak dalam PRU-13. Yang pasti, insyallah PAS di Kelantan tak akan jatuh dalam PRU-13 nanti. Mereka semua sudah sedia maklum bahawa kepimpinan PAS sekarang memang tak ubah macam kepimpinan UMNO. Biarkanlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya….biarkan….biarkan…..

Kali nih saya pamerkan gambar sebahagian bekas pelajar  Malaysia di Khartoum dulu. Gambar ini diambil di depan pejabat International University of Africa (IUA). Dalam gambar nih, saya berbaju melayu berwarna kuning duduk bertinggung di depan sekali.  Yang duduk bertinggung sama memakai baju melayu hijau dengan kain serban melilit dileher tuh adik saya, Hydzulkifli Hashim (kini duk buat Ph.D kat U.Malaya). Manakala yang memakai songkok hijau dan  berdiri dibelakang itu adalah kawan kamcing saya, Wan Alias Wan Hasan (sekarang dia dah jadi agen Insuran yang berjaya di K.Lumpur). Mungkin dalam ramai-ramai yang bergambar dengan saya ini adalah saudara mara atau rakan kenalan para pembaca sekalian.  Manakala gambar saya sedang menunggang himar (keldai) nih diambil di Madani, Sudan.

Advertisements

3 responses to this post.

  1. Posted by Pak Lah on 3 February 2010 at 1:47 pm

    Hoii macam Lone Ranger you naik himar

    Reply

  2. Posted by Mek Jah on 3 February 2010 at 1:53 pm

    Beza antara pemimpin PAS dan UMNO hanya dari segi luarana aje. Hj.Hadi pakai jubah dan serban, Najib Tun Razak pakai coat dan neck tie. tapi perangai kedua-duanya suka menipu untuk kepentingan diri.

    Reply

  3. Posted by Hydzelan Hashim on 3 February 2010 at 2:01 pm

    Bukan senang nak jumpa himar kat Malaysia…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: