at-Tantawi oh at-Tantawi!

Tergelak besar saya kalau ada orang perkatakan tentang Ketua DPPP loni, Ustaz Nasruddin@ at-Tantawi. http://www.malaysiawaves.com/2010/02/percubaan-nasruddin-tantawi-mempertahan.html . Entah macam mana lah PAS boleh dapat Ketua Pemuda macam nih. Berserban bukan bererti alim. Berjanggut bukan menunjukkan seseorang itu faqeh. Apa boleh buat, dah nasib at-Tantawi macam tuh. Kalau at-Tantawi tidak bersikap dan berketerampilan begitu, susahlah pula dia nak dapat tittle ulama macam Hj.Hadi Awang.  Siap suka lagi dia menggelarkan dirinya sendiri at-Tantawi dan beliau teramat-amat teruja kalau semua para penyokong dan petugas PAS memanggilnya dengan panggilan Ustaz Nasruddin Hasan at-Tantawi.

Ramai juga rakan kenalan saya yang belajar di Mesir dan mereka mengatakan bahawa Tanta merupakan lokasi tidur yang paling nyaman buat pelajar Malaysia kerana cuacanya yang nyaman. Ramailah yang malas masuk kuliyyah. Lagipun daftar kehadiran pelajar tidak diwajibkan di al-Azhar. Sapa nak masuk kelas ke atau tak nak masuk, pihak university al-Azhar tak akan kenakan tindakan disiplin apa-apa. Malah ramai pelajar Malaysia yang cuma masuk periksa  (exam) saja. Yang tak lulus mengaji di Mesir  tapi beli sijil pun ada. Yang paling hebat sekali ialah; ada dikalangan mereka yang memiliki rubber stamp imigresen palsu untuk cop visa penetapan dalam passport (Saya tetap rahsiakan  nama pemberi maklumat ini). Memang benar al-Azhar telah mengeluarkan ramai para ulama’ tapi sistem pengajian universiti  itu sebenarnya tidak sesuai dengan jiwa pelajar Melayu yang memang tersohor dengan sikap malas untuk menuntut ilmu, bersikap memadai dengan apa yang ada dan hanya pentingkan sijil sahaja. Situasi dan fenomena yang saya nyatakan inilah yang menyebabkan saya tidak pernah respect kepada para lulusan al-Azhar.  Sapa-sapa yang teringin nak tengok “ sisa kencing” si Tantawi nih bolehlah jengok tengok blognya; http://episodeperjuangan.blogspot.com/. Secara ikhlas, saya dah betul-betul meloya dengan tektik penulisan at-Tantawi nih yang cakap tak seperti bikin.

Sila baca blog di bawah ini;

http://aksidakwah.blogspot.com/2010/02/isu-jk-disiplin-rupanya-orang-masih.html

2 responses to this post.

  1. Posted by Bekas pelajar Tanta on 5 February 2010 at 2:12 pm

    Best sangat tarik selimut kat Tanta lebih-lebih lagi masa musim sejuk.

    Reply

  2. Posted by Hydzelan Hashim on 6 February 2010 at 7:12 am

    Kritikan Allahyarham Prof.Zulkifli Muhammad terhadap sistem pembelajaran di Universiti al-Azhar; “Much depends on collecting and memorizing that facts, instead of my own that depend on logic, intelligence and investigation”. Beliau juga mengatakan “It could be strange if I say that Azhar’s way of teaching is dull and dead one”. Sila rujuk buku Talib Samat berjodol “Pemikiran Bahasa& Sastera Zulkifli Muhammad dari Perspektif Islam,DBP,hlm 17.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: