The Spiritual Life

Al-allamah Sayyed Muhammad Husayn al-Tabataba `i merupakan salah seorang intelektual Islam yang amat saya kagumi.  Malah satu set Tafsir al-Mizan al-Tabataba’i  yang dihadiahkan oleh abah saya semasa beliau berkunjung ke Tehran pada sekitar tahun 2000 turut menjadi bahan rujukan saya dalam usaha mendalami serta memahami fikrah tokoh mujtahid ini. Selain itu, dalam buku kecil beliau “The Spiritual Life” yang diterjemah dari bahasa Farsi yang begitu amat unik lagi berpuitis ke dalam bahasa Inggeris oleh William C.Chittick yang menggambarkan  budaya kehidupan beribadat di kalangan para pengikut Al-Bait juga begitu amat menarik sekali. “The Spiritual Life” memaparkan beberapa doa yang diamalkan oleh masyarakat Syiah, iaitu;

i)             Al-Husayn, Imam ketiga (doa pada hari Arafah).

ii)            Ali Zayn al-Abidin , Imam keempat  (Pujian terhadap Allah dan doa di waktu pagi dan petang ).

iii)           Doa bagi bulan Rajab.

Antara sebahagian daripada petikan doa dalam bulan Rajab yang diterjemahkan oleh William C.Chittick ialah;

God, I ask Thee by the meaning of all that by which Thou art called upon by those who govern with Thy authority;

Those who are  entrusted with Thy mystery,

Welcome Thy command,

Extol Thy power,

And pro claim Thy majesty.

I ask Thee by Thy will which speaks within them, for Thou hast appointed them mines for Thy words, and pillars of the profession of Thy Unity, Thy signs and Thy stations, which are never interrupted in any place. Though them knows he knows Thee. There is no difference between Thee and them, save that they are Thy servants and Thy creation, their doing and undoing is ini Thy hand, their origin is from Thee and their return is to Thee. They are aides, witnesses, testers, defenders, protectors and searchers.

With them Thou filled Thy heaven and Thy earth  until it became manifest that there is no god but Thou.

So I ask Thee by (all of) that,

And the positions of Thy mercy`s might

And by Thy Stations and Marks

that Thou bless Muhammad and His household

and increase me in faith and steadfastness.  (hlm 60)

 

Buku ini juga  memaparkan susur galur 12 Imam;

i)                    Imam pertama Ali ibn Abi Talib. Beliau mengahwini puteri Rasulullah, Fatimah dan dikurniakan seramai tiga orang putera iaitu Hasan, Husayn dan Muhsin (meninggal dunia semasa kecil) dan dua orang puteri iaitu Zainab dan Umm Kalthum. ( Ali bin Abi Talib dikebumikan di Najaf, di Iraq).

ii)                   Imam kedua , al-Hasan, anak lelaki sulung Ali bin Abi Talib. (dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’ di Madinah).

iii)                 Imam ketiga al-Husayn, adik kepada al-Hasan. (gugur syahid pada hari asyura’ dan dikebumikan di Karbala’).

iv)                 Imam keempat ialah Ali yang juga dikenali sebagai Zayn al-Abidin atau al-Sajjad. Beliau adalah anak kepada Imam al-Husayn yang syahid di Karbala’ (dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’ di Madinah).

v)                  Imam kelima ialah Muhammad yang  juga dikenali sebagai al-Baqir, iaitu anak lelaki Imam keempat. (dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’ di Madinah).

vi)                 Imam keenam ialah Jaafar al-Sadiq. Beliau adalah anak Imam kelima yang juga merupakan tokoh ilmuwan Islam yang disegani ramai. Imam Abu Hanifah (Imam mazhab Hanafi / sunni) adalah salah seorang anak muridnya.  (dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’ di Madinah).

vii)               Imam ketujuh ialah Musa al-Kazim yang hidup pada zaman khalifah Abbasiyyah al-Mansur dan juga Harun al-Rasyid. Beliau meninggal dunia dalam penjara di Baghdad dan di kebumikan di kazimayn di Iraq.

viii)              Imam kelapan ialah Ali al-Ridha, iaitu anak imam ke tujuh dan hidup pada zaman khalifah Abbasiyah, iaitu  al-Ma’mum. Al-Ridha telah mati diracun dan dikebumikan di Mashhad di Iran.

ix)                 Imam kesembilan ialah Muhammad al-Taqi, iaitu anak lelaki Imam kelapan. Beliau hidup pada zaman khalifah al-Ma`mun dan wafat pada zaman khalifah al-Mu`tasim dan dikebumikan di Kazimayn di Iraq.

x)                  Imam kesepuluh ialah Ali al-Naqi. Hidup pada zaman khalifah al-Mutawwakil dan dikebumikan di Samarra.

xi)                 Imam kesebelas, ialah al-Hasan al-Ashkari. Beliau ialah anak Imam kesepuluh. Tokoh ini mengahwini anak gadis Emperor Byzantine, Nargis Khatun. (Dikebumikan di Samarra).

xii)               Imam kedua belas ialah Muhammad al-Mahdi , iaitu Imam yang ditunggu-tunggu untuk menghapuskan kejahatan dan kezaliman di muka dunia ini setelah beliau keluar daripada dunia ghaibnya dengan izin Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: