Kemungkinan Kerjasama antara PAS dan UMNO

Ketika kebanyakkan rakyat Malaysia sedang leka dan peka dengan kekalutan politik semasa berkaitan masalah kerjasama antara PAS dan UMNO, saya teringatkan sebuah buku berjodol “Kelantan Universiti Politik Terbuka” terbitan Maahad Dakwah wa Imamah sekitar tahun 1995 yang saya anggapnya sebagai goreng pisang yang lazat dimakan ketika panas-panas. Gaya penampilan serta penyampaian buku ini adalah lebih kurang sama dengan buku bertajuk “Islam Boleh”. Isikandungannya merupakan koleksi teks ucapan Tok Guru MB Kelate yang dikumpul dalam loghat Kelate, dibahagikan kepada 11 himpunan kuliah lalu dibukukan. Isikandungan ada yang masih relevan dengan komteporari dan banyak juga yang tidak sesuai digunakan mengikut peredaran zaman dan perubahan gelombang politik. Sebagai contohnya sepertimana yang dinyatakan pada kuliah 4, halaman 78 dalam tajuk “Tokoh ABIM masuk gelanggang”.  Pada masa itu (tahun 1995) ABIM masih bersama Anwar Ibrahim yang bersama Barisan Nasional. Pasti sekali pada masa itu teruk sekali ABIM dihentam oleh Tok Guru melalui kuliahnya. Selepas dikhianati  Barisan Nasional, barulah Anwar Ibrahim kembali bersama PAS.  Namun berkaitan kerjasama antara PAS dan UMNO sepertimana yang dinyatakan pada hlm 186-187, jelas sekali pendapat Tok Guru Menteri Besar ini masih relevan sejak dulu, kini dan selamanya. Antara lain Tok Guru mengatakan dalam kuliah 9 di bawah tajuk “ Cara Selesai UMNO dan PAS” , hlm 186-187;

Jadi saya kata ke dia begitu. Tidak timbul masalah kerjasama yang berhormat, tidak timbul. Masalahnya apabila demo ambil al-Quran hadis sebagai dasar, kawe sedia idgham. Macam baa mati jumpa dengan mim. Tidak bunyi baa tapi jadi idgham dalam mim. Itu dia duduk. Tapi selagi demo tidak terima al-Quran Hadis kawe hendak senyap tidak boleh, tidak baik. Kawe kena beritahu ke demo begini, beritahu dengan mulut, dengan tangan, beritahu dengan hati.

Dengan mulut cara ceramah, dengan tangan kawe pangkah bulan, dengan hati kawe kesihan ke demo. Itu duduknya kerana kerja ini kerja agama. Agama beritahu.

الدين النصيحة

Maksudnya: Agama adalah nasihat.

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده

Maksudnya: Mana-mana orang tengok benda mungkar kena ubah

Dan dalam banyak-banyak benda mungkar ini, yang besarnya ialah tolak al-Quran Hadis. Tolak Islam sebagai ad-Din, sebagai cara hidup. Ini orang tahu belaka sebab itulah seluruh dunia sekarang orang menyokong Islam. Negeri yang pernah dijajah oleh Rusia, Chenchya, 70 tahun Rusia perintah dia, sekarang hidup balik melawan Rusia dengan nama Islam. Bosnia 70 tahun Rusia perintah dia, tok guru kena bunuh, al-Quran kena bakar tetapi Islam hidup balik semula. Tidak ada benda yang berfaedah selain daripada Islam. Kita baca dalam sembahyang.

مالك يوم الدين

Maksudnya: Yang Menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat).

Tuhan yang berkuasa penuh hari agama. Apa erti hari agama? Hari yang tidak berguna barang lain selain daripada agama. Ekonomi cara agama, sembahyang cara agama, perang cara agama, berdamai cara agama, nikah cara agama, bercerai cara agama, manis muka cara agama, masam muka cara agama, makan minum cara agama, kencing berak cara agama, baru jadi kerja di akhirat kelak.

Jadinya dengan sebab  akhirat ini perkara berkaitan dengan keyakinan, kerana tukang dunia ini beritahu sendiri, maka tidak kena di mana pihak kawe bila kawe beritahu kepada demo tolonglah terima pemerintahan secara Islam. Kalau UMNO ambil alih pemerintahan Negara dengan cara al-Quran dan Hadis, malam ini selalu selesai masalah. Tetapi selagi hidup dua begini, selagi demo tolak al-Quran dan Hadis selama itulah tidak selesai masalah”.

Itulah antara ungkapan kata Tok Guru berkaitan kerjasama antara PAS dan UMNO.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: