Prof.Zulkifli dalam kenangan

Kewibawaan, kesungguhan, keikhlasan dan  kebijaksanaan mantan Timbalan YDP PAS, Allahyarham Prof. Zulkilfi Muhammad tercatit dalam lipatan sejarah negara dan tersimpan di Arkib Negara  amat  wajar dikagumi dan dicontohi oleh generasi pejuang Islam masa kini. Sehubungan ini, buku hasil penyelidikan berjodol  “Pemikiran Bahasa & Sastera Zulkifli Muhammad dari Perspektif Islam”  yang disusun oleh Talib Samat, pensyarah kesusasteraan moden di Jabatan Sastera Fakulti Bahasa, UPSI,  Perak perlu direnung serta dihayati oleh mereka yang mengaku sebagai pejuang Islam kontemporari.  

http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/sejarah-pas-24-perginya-ustaz-zulkifli.html

Selain membicarakan tentang kreativiti pemikiran Prof.Zulkifli, buku ini juga turut memperkatakan mengenai latarbelakang beliau.  Namun kemuncaknya ialah paparan beberapa ideology   Prof.Zulkifli  yang diluahkan melalui lakaran kesusasteraan sajak, puisi  dan juga pidato yang baik lagi bernas   mampu membuat diri  beliau selamanya dikagumi ramai.  Antara hasil karya beliau yang popular hingga kini ialah puisinya yang berjodol “Aku Hamba Tuhan” yang disiarkan dalam Berita Minggu, 27 Mac 1971.

Aku Hamba Tuhan

“Aku ini Tuhan-inderaku indera Tuhan”

Aku-dia – dengan syaitan satu dalam penjelmaan?

Ini hikayat lama , basi dihidang di dulang

Tenggelam timbul dalam lukah pemikiran sumbang

Tidak daya untuk tegak dalam logik  kata

Terburai urai membawa hidup semula

Fantasi kerlip kunang di perkubura iman

Diterpa kelana meraba rahsia kejadian

Terbawa keliru bisik keluh kecewa

Mencari tafsir punca telatah manusia

Dalam gelombang mengalun seribu lagu

Yang naik, yang turun, yang tenang beribu satu?

Dalam apa, engkau dengan Dia, dengan syaitan, berwujud satu

Neraca mana, penimbang indera tiga berbeda sekutu.

Berjala beralih rupa ragam hina, sederhana, sempurna-

Antara manusia, Tuhan , syaitan –Tuhan semua,

Siapa dia, apa dayanya manusia abdi,

Di depan Pencipta kuasa meliputi diri.

Rimba kejadian ini – bukan cakaran jenaka kebetulan

Bukan kelakuan manusia ini putera suka pilihan

Tidak berlumur lumpur paksaan semata-

Atau lepas lantas mengekor rasa selera,

Ada nilai daya manusia dalam tenaga,

Kejadian teratur dengan Takdir Maha Kuasa,

Inilah aku, bukan Tuhan, bukan syaitan,

Inderaku inderaku, bukan leburan penjelmaan

Siapaku dapat mencakar bintang-bintang di langit,

Mungkin patah gugur kotor di kaki bukit-

Aku hidup, aku mencuba, Tuhanku mencipta

Sekali aku tiba, sekali aku terlonta,

Aku abdi Tuhanku-

Aku datang, aku mengerang, aku pulang

keranaNya dan untukNya.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: