انا لله و انا اليه راجعون

Lebih kurang pukul 11:00 pagi tadi, seorang veteran PAS, Cikgu Nik Man ajak saya ke Kuala Brang bagi menziarahi keluarga sahabat lamanya, Hj.Ahmad bin Abdul Rahman yang meninggal dunia semalam.  Hj.Ahmad AbdulRahman yang lebih dikenali sebagai Abang Mat Gandawan dalam masyarakat majmuk di Terengganu merupakan seorang mantan Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional Negeri Terengganu.  Lantaran kebijaksanaan beliau dalam arena politik juga merupakan salah satu factor utama mengapa Barisan Nasional Negeri Terengganu berjaya menawan kembali negeri penyu bertelur itu setelah kerajaan PAS Terengganu hanya mampu bertahan selama 1 penggal sahaja.

Kali pertama saya diperkenalkan oleh Cikgu Nik Man kepada tokoh politik ini ialah pada hari membuang undi dalam pilihanraya kecil P.36 Kuala Terengganu yang mana kerusi tersebut dimenangi oleh calon PAS, Abdul Wahid Endut. Dari segi perwatakan serta penampilan, Abg Mat adalah  seorang ahli politik yang bersifat  low profile, mudah didampingi orang ramai dan dihormati oleh masyarakat setempat.

Abg Mat Gandawan berbaju kemeja petak biru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: