Archive for March, 2010

Ketagih makanan kalori tinggi punca gemuk

WASHINGTON (Reuters) – Seseorang yang menggemari makanan berkalori tinggi mungkin boleh dianggap mengalami masalah ketagihan seperti mereka yang mengambil kokain dan nikotin.

Masalah ini adalah punca kepada masalah obesiti dan tabiat makan berlebihan, menurut kajian saintis disiarkan dalam jurnal Nature Neuroscience.

Saintis mendapati kajian terhadap haiwan tidak dapat digunakan secara langsung ke atas masalah kegemukan yang dialami manusia.

Namun, ia mungkin membantu memahami keadaan dan mencipta terapi untuk merawat masalah berkenaan, kata saintis.

Dalam kajian menggunakan tikus makmal, makanan berkalori tinggi mampu mengaktifkan reaksi ketagihan dalam otak selain turut menukarkan tabiat makan menjadi lebih aktif.

Dipetik dari: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7250827.asp

Towardsmardhatillah: Bagi mereka yang bermasalah ketagih makanan berkalori tinggi, cuba ubahkan diet permakanan anda dengan  mengambil makanan berserat tinggi (hi-fibre) seperti buah-buahan, beras organic, barli, jagung, oat, almond, soya bean dan ikan kukus ataupun rebus.

Kaedah Organik: Satu pengamatan ringkas

 

Mengikut sesetengah ahli-ahli Tafsir, terdapat sebanyak 19 ayat dalam pelbagai surah al-Quran yang menyentuh tentang pertanian. Konsep utamanya ialah untuk memakmurkan tanah secara mesra alam  dengan aktiviti pertanian secara positif yang memang bermanafaat bagi manusia serta sekalian makhluk ciptaan Ilahi sejajar dengan tuntutan Allah Taala dalam mafhum firmanNya;

 “Dan janganlah kamu melakukan kerosakkan  di muka bumi sesudah  Allah mengelokkannya (dengan menyediakan segala unsur kebaikan kepada tanah)”. (Surah al-A`araf, ayat 56).

Menurut Imam Fakhr al-Razi dalam Tafsir Fakh al-Razi, jld.7, hlm 139; mafhum ayat  “Dan janganlah kamu melakukan kerosakan  di muka bumi” itu meliputi semua jenis bentuk kerosakan. Adapun mengikut al-Dhahhaq (ahli tafsir daripada kalangan tabi`in) sepertimana yang dinyatakan dalam Tafsir al-Qurtubi. Jld.7, hlm 145; mafhum ayat itu ialah mencemarkan sumber air serta menebang pokok  yang sedang berbuah (tanpa alasan munasabah) kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan kemudharatan.

Jika dilihat kepada mafhum ayat berikutnya, iaitu;  “Sesudah Allah mengelokkannya (bumi), ia menunjukkan bahawa usaha mengelokkan bumi itu adalah melalui proses fitrah alami  yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa dengan menyediakan segala bentuk unsur-unsur positif  yang diperlukan oleh tanah seperti organisma-organisma yang berperanan untuk menyuburkan tanah-tanah yang rosak. Proses penyuburan  itulah yang dikenali sebagai kaedah organic. Mafhum ini juga menunjukkan bahawa bumi ini juga sering dirosakkan oleh tangan-tangan terdahulu yang tidak bertanggungjawab dan hanya bertindak mengikut hawa nafsu sahaja (seperti membakar tanaman atau jerami).

Sehubungan ini juga, dua buah hadis Rasulullah berkaitan dengan pertanian yang begitu menarik perhatian saya ialah;

i)                     “Carilah sumber rezeki dengan bercucuk tanam”.

ii)                   Jika sudah berada di ambang kiamat dan pada ketika itu ada dalam tangan di kalangan kamu biji benih pokok, maka jika beliau mampu menanamnya maka hendaklah dia melakukannya”.

Kedua-duanya merupakan galakan oleh Rasulullah dalam sector pertanian. Cuma bezanya; galakkan dalam mafhum hadis pertama ialah untuk mencari rezeki atau menambah sumber pendapatan bagi seluruh masyarakat awam. Manakala dalam mafhum hadis kedua pula ialah galakkan untuk mendapatkan pahala dalam konteks ibadat yang amat dituntut oleh syarak. Pertanian bagi suatu iklim tertentu pastinya adalah makanan asasi atau lebih dikenali sebagai makanan rutin. Di Timur Tengah, sejak dulu hingga kini tanaman tamar dan gandum merupakan tanaman makanan rutin masyarakat di iklim tersebut. Manakala di Asia terutama sekali Asia Tenggara, padi adalah tanaman makanan asasi.

Begitu jugalah di Malaysia, tanaman padi adalah tanaman makanan asasi yang diusahakan sejak dulu hingga kini. Namun sayang sekali, kaedah tanaman padi yang diredhai Ilahi iaitu pertanian secara organic sudah tidak lagi dipratikkan secara meluas sepertimana di zaman masyarakat melayu tradisional. Dengan kata lain, kaedah penanaman yang diamalkan masa kini adalah hasil perahan otak pihak penjajah yang hanya memikirkan tentang soal keuntungan berlipat ganda secara system capitalism  bagi satu pihak, malah dalam masa yang sama  turut mengenepikan soal punca pendapatan lumayan secara individual di kalangan rakyat awam dan soal dosa pahala. Kaedah ini juga sebenarnya merupakan aktiviti kerosakkan di muka bumi kerana meminggirkan dua tuntutan syarak sepertimana yang diluahkan oleh Rasulullah dalam kedua mafhum hadis di atas tadi.  Lantaran itu, penggunaan baja-baja kimia dan racun serangga demi memuaskan nafsu capitalism dipratikkan secara meluas dan bersungguh-sungguh di seluruh negara tanpa mempedulikan kerosakan yang bakal dialami ekoran tindakan tangan-tangan buas ini.

Ramai  pihak yang bersetuju dan  menyokong slogan “Bertani satu ibadat”. Malah ada yang sentiasa melaung-laungkan slogan itu.  Namun dalam konteks perlaksanaannya, rata-rata fikrah atau idea  mereka ini semuanya masih lagi kabur dan  tindakan mereka dalam sector pertanian juga masih lagi menyimpang jauh daripada landasan sebenarnya. Oleh itu, satu revolusi minda ke arah usaha positif perlu digempur dan  dilaksanakan demi menjayakan projek pertanian organic yang sememangnya selaras dengan tuntutan syarak.   Tanah-tanah bendang yang terbiar perlu disuburkan dan diusahakan kembali. Petani-petani wajar digalakkan menggunakan mesin padi kecil ataupun pengisar dan juga lesung hindit tradisional bagi menggalakkan  peningkatan pertumbuhan ekonomi rakyat seperti zaman dahulu. Selain daripada kaya dengan adat, masyarakat melayu tradisional zaman dulu juga kaya dengan asset harta seperti tanah pertanian, haiwan ternakan lembu, kambing dan ayam serta tanaman padi masing-masing meskipun tidak berwang.  Akhir sekali dari sudut ibadat pula, golongan petani lebih mengutamakan sedekah dan juga zakat tanaman. Amalan sedekah dipraktikkan sepanjang proses penanaman padi (jika ia dimakan burung, manusia ataupun haiwan lain). Manakala amalan mengeluarkan zakat tanaman pula dipraktikkan selepas hasil padi dituai.

Lihat juga

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/03/12/ekonomi-rakyat-kukuh-bila-kembali-ke-zaman-silam/

 https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/11/01/usaha-yang-penuh-keberkatan/

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/12/26/terkenang-semasa-dulu/

Soi Lek menang 68 undi

Gambar Utusan Malaysia online

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, memenangi jawatan presiden parti dengan majoriti tipis 68 undi, mengenepikan bekas pemimpin nombor satu, Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang jawatan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada pemilihan parti di sini, semalam.

Dr Chua, 62, memperoleh 901 undi berbanding Ka Ting yang meraih 833 undi manakala Tee Keat di tempat tercorot dengan 578 undi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden setelah menerima 1,171 undi bagi mengalahkan bekas naib presiden dan rakan dalam jemaah menteri, Datuk Seri Kong Cho Ha, yang mendapat 1,106 undi.
Bagi jawatan naib presiden, calon wanita tunggal, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen memperoleh undi tertinggi iaitu 1,528, diikuti bekas naib presiden, Datuk Donald Lim (1,469), Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung (1,202) dan anggota Jawatankuasa Pusat, Gan Ping Sieu, yang juga meraih 1,202 undi. Ini adalah satu kemenangan manis buat Dr Chua yang terpaksa bertarung dengan dua pesaing yang sangat berpengaruh, namun membuktikan beliau masih popular dalam parti meskipun berdepan pelbagai pergolakan.
Pada 2 Januari 2008, beliau melepaskan jawatan dalam Kabinet dan Naib Presiden MCA selepas mengakui beliaulah lelaki dalam video seks yang tersebar dengan meluas.
Pada pemilihan parti Oktober 2008, beliau mengalahkan bekas setiausaha agung dan abang Ka Ting, Datuk Seri Ong Ka Chuan, bagi jawatan nombor dua parti.

Dr Chua terbabit dalam pertikaian kepemimpinan dengan Tee Keat apabila beliau dipecat kerana mencemarkan imej parti berikutan video seks pada Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau kemudian diterima semula sebagai anggota parti pada mesyuarat agung luar biasa MCA yang turut meluluskan undi tidak percaya terhadap presiden parti.— Bernama

Kenangan lama di rantau orang (Part 1)

Zul Kulim bukan boleh dipercayai. Beliau seorang manusia yang tidak beristiqamah dalam perjuangan. Biarlah bloggers lain menghentamnya  dan memang saya sokong 100% Zul Kulim dihentam sedemikian rupa kerana sikap beliau yang buruk itu. Lantaklah kau Zul!!!

http://penarikbeca.blogspot.com/2010/03/reaksi-zul-noordin-bila-polis-nak.html

 Lebih baik saya layan kenangan silam. Seronok juga bila lihat dan renung kembali gambar-gambar lama semasa di Sudan dulu. Banyak juga gambar-gambar kenangan yang saya simpan sepanjang tempoh 5 tahun di rantau orang (1 tahun matrikulasi + 4 tahun kuliyyah). Lain cerita pula semasa saya berada di Universiti Malaya, Kuala Lumpur kerana saya hanya simpan gambar-gambar semasa hari konvokesyen sahaja. Tak ada langsung  gambar-gambar kenangan sama ada bersama rakan-rakan serumah sewa semasa di Bukit Angkasapuri ataupun di mana-mana lokasi di Kuala Lumpur.   Lagipun saya pun tak berminat nak  siarkan semua gambar-gambar di hari konvokesyen itu. Memadailah dengan gambar-gambar semasa berada di Khartoum, Sudan aje.

Masa nih saya baru di tahun pertama. Pak Daeng Sanusi (Mantan MP Rantau Panjang) berkunjung ke Sudan bersama Allahyarham Ustaz Fadhil Noor

Wan Alias (Kamcing saya) mengiringi Ustaz Fadhil Noor ke Dewan Makan

Semasa mukhayyam 5 hari di Riyadh, Arkawit. Zambri Ibrahim (berbaju kemeja hijau lengan panjang) kini dah jadi pensyarah di UIA.

These Bosnians are my best friends. Safar (yellow t-shirt), Ismit, Najad, Mehmed, and Asad Purdic . Where ever you are...I miss you all

 Gambar pelajar-pelajar Bosnia nih saya ambil semasa kami berada di atas Jambatan di Khartoum Bahri yang menyeberangi sungai Nile.

Asad Purdic (bertopi), saya dan Najad di Ma`rad Khartoum Duwali.

Rakan-rakan pelajar Turki semasa majlis berbuka puasa anjuran WAMY di Arkawit, Khartoum.

Abah saya bersama Dr.Hasan Abdullah al-Turabi (bersalaman). Gambar nih diambil semasa saya berada di tahun ketiga.

Mengikut mazhab Maliki, solat hari raya lebih afdhal dilakukan di tempat lapang.

Bila Ulamak Perpaduang Menerajui PAS…..

Fakta yang didedahkan dalam blog perisik rakyat ini secara tidak langsung membuktikan betapa ulamak perpaduang/ proksi UMNO  begitu tamakkan kuasa politik untuk mengendalikan urusan parti di  Terengganu. Atau dengan kata lain, bernafsu gelojoh. Dah sampai masanya dilakukan perubahan besar-besaran dalam PAS sebelum pengaruh PAS di kalangan rakyat awam yang pernah mengundi PAS akan semakin berkurangan. Dalam otak mereka hanya terpahat satu rangkap kata, iaitu “Pemimpin PAS sekarang nih sama aje dengan pemimpin UMNO….kalau nak berbeza pun cuma dari segi penampilan pakaian saja”.  Inilah jadinya bila ulamak perpaduang menerajui PAS…Bagi saya, status ulamak perpaduang adalah sama dengan ulamak terompah kayu sepertimana yang Tok Guru Nik Aziz nyatakan dalam buku Kelantan Universiti Politik Terbuka, hlm 90-91.

http://perisik-rakyat.com/2010/03/pas-terengganu-ikut-perlembagaan-atau.html

Kemunculan Sure Heboh di Kota Bharu

Kemunculan Jom  Sure Heboh! Di Kota Bharu pada 26-27hb.Mac 2010 sedangkan hangat diwar-warkan oleh pelbagai media massa. Tak dapat dinafikan jualan carnival memang murah dan banyak jugalah barang-barang menarik yang turut dipamer serta diperdagangkan. Namun dalam pada itu, kemunculan artis untuk berhibur tanpa batas sempadan syarak di negeri Kelantan sepertimana yang diwujudkan di negeri-negeri lain sudah pasti akan menghangatkan lagi perkembangan politik tanahair jika pihak kerajaan PAS Kelantan membiarkan situasi sedemikian begitu saja. Mahu tak mahu, enakmen no.8 tahun 1998 kawalan hiburan dan tempat-tempat hiburan negeri Kelantan perlu dikuatkuasakan ke atas mereka yang gagal menghormati syariat Islam dan budaya rakyat Kelantan yang berjiwa Islamik.

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/09/15/enakmen-no-8-tahun-1998-kawalam-hiburan-dan-tempat-tempat-hiburan-negeri-kelantan/

Kaedah Organik: Pertanian yang menepati tuntutan syarak

Jika kerajaan Barisan Nasional dan para penyokongnya berbangga dengan pembinaan pengcakar langit di beberapa lokasi terutama sekali di ibukota Kuala Lumpur, maka saya juga berhak untuk berbangga dengan pembangunan pertanian berasaskan kaedah organic di negeri saya, Kelantan Darul-Naim. Malah pembangunan pertanian itu sebenarnya lebih bermanafaat jika dibandingkan dengan pembangunan pengcakar langit. Kaedah penanaman organic adalah kaedah pertanian yang menepati tuntutan syarak kerana ia bersifat mesra alam lantaran ia  tidak menggunakan baja kimia dan juga racun serangga. Ini bermakna, system organik  tidak merosakkan struktur tanah serta tidak memupuskan baka sesetengah haiwan disamping menjamin kesihatan manusia. Tentu sekali cara sedemikian bertepatan dengan dua mafhum sabda Rasulullah s.a.w ;

  • Maksudnya:  Berbelas kasihanlah (kasihi) kepada sekalian (makhluk dan hamba Allah) di muka bumi nescaya Yang di langit (Allah) akan berbelas kasihan (kasih) kepada kamu”.
  • Begitu juga dengan mafhum sabda Rasulullah s.a.w; “Tidak ada seorang Muslim bercucuk tanam (sebarang tananam) lalu dimakan dari tanaman itu manusia, burung atau binatang melainkan ada baginya pahala sedekah”.

Berasaskan mafhum hadis yang pertama; melalui kaedah organic, ketulusan nurani adalah factor penentu kejayaan yang paling utama. Tanpa baja kimia, tanah akan semakin subur dan segala jenis organisma mampu hidup dan memainkan peranan masing-masing bagi menyuburkan tanah serta hasil tanaman.  Tanpa racun serangga dan juga segala jenis racun lain, tanaman adalah lebih sihat untuk dimakan.

Manakala mafhum hadis yang kedua; konsep sedekah paling diutamakan menerusi kaedah organic kerana haiwan-haiwan yang terbabit menceroboh dan memakan tanaman yang diusahakan tidak dibunuh secara sewenang-wenangnya. Sebagai contohnya; belalang serta burung-burung yang boleh makan seperti burung pipit atau burung ciak di bendang padi hanya dijala atau dipukat untuk dimakan oleh petani dan haiwan berkenaan tidak diracun sehingga mati lalu dibiarkan  bangkai haiwan berkenaan membusuk dengan racun begitu sahaja. Begitu juga tikus tidak diracun kerana penggunaan racun tikus di bendang boleh merosakkan kualiti padi yang bakal dituai kelak. Bagi mengelak masalah tikus di bendang, haiwan-haiwan pemangsa seperti kucing, burung hantu ataupun ular sawa tikus lazimnya  dipelihara bagi menangani masalah tersebut. Itupun jika serangan tikus-tikus berkenaan merosakkan majoriti besar tanaman. Perlu diambil iktibar, lazimnya haiwan berkenaan hanyalah makan sedikit sahaja tanaman yang ditanam (memadai bagi petani/pengusaha ladang untuk mendapat pahala sedekah). Namun jika  tanaman tersebut dirosakkan dengan begitu teruk sekali, maka serangan haiwan-haiwan perosak itu adalah bala daripada Allah Subhanahu wa Taala dan para petani serta  para pengusaha ladang  terbabit perlulah bermuhasabah diri.

Semua nih anak buah Pak Aet. Muktaf bin Hj.Husam (berbaju biru)

Muktaf bin Hj.Husam

Ini pohon padi bukan pohon serai

Rilex berhenti makan dulu….

Ustaz dan Ustazah kahwin melalui komputer

Pengantin cipta sejarah

Laporan dan foto MOHD IDRIS SULAIMAN
am@hmetro.com.my
2010/03/20

LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah.


CANGGIH…Yasidah berhubung dengan suaminya, Mohd Zahid melalui sidang video.

“Keputusan melakukan pernikahan secara sidang video diambil kerana suami (Mohd Zahid) tidak dapat pulang ke tanah air. Malah dia bertekad tidak akan pulang selagi tidak menggenggam ijazah dalam bidang Usuluddin.
“Selepas berbincang dengan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju mewakilkan abang Mohd Zahid untuk majlis akad nikah. Walaupun nampak kompleks, saya bersyukur semuanya berjalan lancar mengikut hukum syarak walaupun tanpa kehadiran suami.
“Saya bersyukur hubungan kami berakhir dengan perkahwinan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar, sekali gus membolehkan kami tinggal bersama di sana,” kata Yasidah yang berasal dari Parit 13, Titi Gantung, Bota.
Menceritakan detik pertemuan dengan suaminya di Mesir, beliau berkata, perkenalan singkat dalam persatuan amar maaruf membawa kepada ikatan pertunangan pada 25 Disember 2009.

“Kami merancang berkahwin dalam tempoh tiga bulan selepas bertunang dan majlis akad nikah hari ini (kelmarin) melengkapkan perjanjian itu.
“Bagi kami perkahwinan ini adalah ikatan percintaan, sekali gus menjaga adab dan nilai kesucian agama kerana kebebasan tanpa had dan sempadan tanpa ikatan bakal mengundang keruntuhan moral dan mencemarkan kesucian agama,” katanya.
Sementara itu, Naib Kadi kawasan Bota/Lambor, Omar Tahir, berkata upacara akad nikah terbabit sah mengikut syarak walaupun pengantin lelaki diwakili oleh abangnya.
“Saksi dan orang ramai yang mengikuti sidang video secara langsung ini juga tidak mempunyai masalah mengenai status pengantin lelaki kerana mereka dapat melihatnya secara jelas dalam komputer,” katanya.

Dipetik dari: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pengantinciptasejarah/myMA/myArticle

Nelayan temui yu paus spesies purba


2010/03/19

PASIR PUTEH: Sekumpulan nelayan laut dalam Tok Bali di sini menemui seekor yu paus spesies purba ketika ikan itu cuba memasuki kawasan pulau berdekatan Kuala Besar dekat Kota Bharu untuk mencari perlindungan daripada ancaman laut bergelora, malam tadi.

Tekong bot warga Thailand, Ek Chai Suwanpong, 46, menerusi seorang juru bahasa, Che Kob Che Senik, berkata ikan sepanjang tujuh meter dan berat 20 tan itu ditemui tenggelam timbul dipercayai hampir mati di kawasan perairan itu.

Ek Chai menjerut ekor ikan itu dengan tali sebelum menundanya ke Tok Bali sejauh 20 batu nautika. “Ikan itu dijumpai ketika kami juga dalam perjalanan mencari perlindungan di pulau itu daripada ancaman laut bergelora. Tapi ia sudah mati apabila ditarik ke sini,” katanya ketika ditemui di Jeti 98, Tok Bali di sini hari ini.

Pemilik bot berkenaan Mohd Rodhi Saari, 36, berkata penemuan ikan itu yang lebih dikenali dengan nama saintifiknya “Rhino-Typicus” pertama kali dijumpai dan rezeki yang tidak dijangka.

Beliau berkata pihaknya bercadang untuk mendaratkan ikan itu dan memproses dagingnya untuk dieksport serta dipasarkan di luar Kelantan seperti di Johor dan kilang untuk ditinkan selepas dikeringkan.

Jurucakap Jabatan Perikanan, ketika dihubungi, berkata yu berkenaan tergolong dalam kumpulan ikan akuatik yang diancam kepupusan serta ikan kedua paling berat selepas ikan paus biru.
Katanya, panjang spesies ikan itu boleh menjangkau sehingga melebihi 20 meter dan jangka hayatnya boleh mencapai sehingga 70 tahun.

Beliau berkata, kajian sains marin mendapati ikan ini wujud sejak 60 juta tahun lalu dan adalah spesies purba yang kini jarang ditemui.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati penemuan itu menjadi tumpuan ramai sebaik sahaja bot nelayan itu berjaya masuk ke Kuala Tok Bali pada jam 11 pagi tadi.

Bagaimanapun ia gagal didaratkan di dermaga walaupun menggunakan dua bot laut dalam, menyebabkan pemilik bot itu bercadang menyewa kren sebelah petang ini. – Bernama

Dipetik dari:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Nelayantemuiyupausspesiespurba/Article

Candid Camera di Baruh Tunjung

Melandak rumput di bendang

The Old Hero of the year- Pak Nanak

Anak Dato' Husam (baju spiderman) belajar mencedung padi

 

Nih pun anak Dato' Husam juga

yang nih anak Dato' Husam yang baru lepas SPM

Dua orang nih pula anak saudara saya, Daniel dan Eyie

Mengepam air ke bendang

Abhar Daud bin Suhiluddin (anak Allahyarham Pak Suhil)

Seronok tangkap ikan selepas air saliran dikeringkan

Rajin sungguh Firdaus punggah baldi

Cikgu Nik Man sedang asyik bercerita tentang pengalaman silamnya

Penanaman yang tersusun rapi

Saliran air yang baik

kolam ternakan ikan keli

Kolam ikan campuran - haruan, puyu, sepat, lampan dan belut

Hydar Hafiz bersama Tok Abahnya

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.