Archive for March 4th, 2010

Tok Guru tak hadir di Airport

Selepas Syed Azidi mengutarakan ulasan beliau dalam blognya mengenai ketidak hadiran Tok Guru Menteri Besar Kelate menziarahi  Sultan Kelate di Singapura, saya tertanya-tanya;  adakah benar Tok Guru durhaka kepada Sultan semata-mata kerana dia tidak pernah menjengok Sultan Ismail di sana?    Benarkah  Tok Guru lupakan Sultan Ismail Petra yang telah berkenan melantiknya sebagai MB Kelate?

http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/03/cakap-siang-pandang-pandang/#comments

Tepat pada hari yang dijadualkan Sultan tiba di lapangan Terbang, Tok Guru mengadu sakit dan terpaksa berehat di hospital untuk tempoh beberapa waktu.  http://www.husammusa.com/ . Rupa-rupanya Tok Guru memang lama dah sakit. Meskipun begitu,  Tok Guru tidak pernah manjakan dirinya untuk berjalan jauh dan keluar berceramah di mana saja kecuali jika beliau benar-benar terasa sakit dan terpaksa berada di hospital untuk untuk rawatan lanjutan.  Cuba  bayangkan  betapa penatnya Tok Guru jika dia  merasa sakit dada ketika mana sewaktu beliau hadir dalam perbicaraan Anwar Ibrahim di mahkamah baru-baru ini dan terpaksa bergegas ke mana-mana hospital di Kuala Lumpur. Mungkin  Pak Sheikh tidak begitu maklum mengenai status kesihatan Tok Guru yang sering uzur sejak kebelakangan ini.