Lawatan Rombongan Bernas ke Tapak Projek Pertanian Organik

En.Kamaruzaman sedang berucap selaku pengerusi majlis

Hj.Taharuddin berbaju hijau (tengah)

Kelmarin 1 6 mac 2010, rombongan para pegawai Bernas Berhad seramai 44 orang dari seluruh negara mengunjungi Tapak Projek Pertanian Organik di Baruh Tunjung, Kota Bharu. Sehari suntuk saya berada di sana. Sepatutnya semalam lagi saya mahu siarkan posting ini. Namun disebabkan rasa terlalu penat, maka saya terpaksa siarkannya pada pagi 17 Mac 2010. Majlis yang dipengerusikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Sunnah Tani, Encik Kamaruzzaman dimulakan dengan pembacaan umm al-Quran (al-Fatehah) oleh Pak Aet yang juga mengutarakan beberapa apendiks penting dalam ucapan beliau seterusnya selepas itu. Antara lain Pak Aet menekankan soal keikhlasan hati  sebagai agenda utama dalam  usaha memajukan pertanian secara organic yang lebih mesra alam dan amat sejajar dengan tuntutan syarak. Pak Aet juga menjelaskan betapa pentingnya kesuburan tanah demi menjamin kesuburan tanaman. Dengan kata lain, tanah yang benar-benar subur dengan tahap ph 6-7  tidak lagi memerlukan sebarang bentuk baja. Ini kerana tanah yang subur itu sebenarnya sudah memiliki organisma-organisma secara fitrah alami yang berperanan menyuburkan setiap tanaman. Bagi pihak Bernas pula, ketua rombongan mereka, Hj. Taharuddin (Bernas Kedah) mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak tuan rumah disamping meluahkan rasa kagum di atas segala bentuk pembangunan pertanian di tapak projek ini.

Kelas ringkas oleh Pak Aet

Lebih kurang pukul 10:00 pagi, majlis diserikan dengan kedatangan Dato’ Husam Musa yang turut meluangkan masa berucap sepatah dua  sebagai mengalu-alukan kedatangan rombongan berkenaan. Dalam ucapan beliau, Dato’ Husam membangkitkan kembali masalah Global Warming ekoran penebasan pokok-pokok secara melampau hingga menyebabkan lapisan ozon bumi semakin menipis. Berkaitan dengan projek pertanian organic, Dato’ Husam turut menjelaskan serba sedikit tentang kaedah pertanian organic yang sedang diusahakan di situ yang begitu amat menguntungkan semua pihak dari segi ekonomi dan kesihatan manusia serta alam sekitar. Beliau juga menjelaskan tentang proses pembikinan MOL (baja organic) yang diusahakan oleh Pak Aet  sebagai satu kaedah sampingan untuk menyuburkan tanah. MOL baja itu adalah hasil kreativiti Pak Aet sendiri dan tapak projek ini tidak pernah menggunakan mana-mana baja sama ada baja kimia ataupun baja organic daripada pihak luar. Antara bahan campuran utama bagi pembikinan MOL ini  ialah sisa-sisa makanan semasa majlis jamuan kahwin anak  lelaki sulung beliau dulu.  

Sebahagian ahli rombongan bergambar bersama Dato' Husam

Mereka berpeluang menanam padi organik dalam baldi

Pihak rombongan kemudiannya diberi peluang menanam padi dalam baldi secara organic dengan hanya  menggunakan anak semaian (sebiji beras) bagi setiap baldi. Mereka turut menandakan  nama masing-masing pada setiap baldi yang tanam dengan anak-anak semaian. Sebelum bersurai, rombongan ini dihidangkan dengan juadah kuih-muih dan juga minuman air kelapa pandan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: