Nelayan temui yu paus spesies purba


2010/03/19

PASIR PUTEH: Sekumpulan nelayan laut dalam Tok Bali di sini menemui seekor yu paus spesies purba ketika ikan itu cuba memasuki kawasan pulau berdekatan Kuala Besar dekat Kota Bharu untuk mencari perlindungan daripada ancaman laut bergelora, malam tadi.

Tekong bot warga Thailand, Ek Chai Suwanpong, 46, menerusi seorang juru bahasa, Che Kob Che Senik, berkata ikan sepanjang tujuh meter dan berat 20 tan itu ditemui tenggelam timbul dipercayai hampir mati di kawasan perairan itu.

Ek Chai menjerut ekor ikan itu dengan tali sebelum menundanya ke Tok Bali sejauh 20 batu nautika. “Ikan itu dijumpai ketika kami juga dalam perjalanan mencari perlindungan di pulau itu daripada ancaman laut bergelora. Tapi ia sudah mati apabila ditarik ke sini,” katanya ketika ditemui di Jeti 98, Tok Bali di sini hari ini.

Pemilik bot berkenaan Mohd Rodhi Saari, 36, berkata penemuan ikan itu yang lebih dikenali dengan nama saintifiknya “Rhino-Typicus” pertama kali dijumpai dan rezeki yang tidak dijangka.

Beliau berkata pihaknya bercadang untuk mendaratkan ikan itu dan memproses dagingnya untuk dieksport serta dipasarkan di luar Kelantan seperti di Johor dan kilang untuk ditinkan selepas dikeringkan.

Jurucakap Jabatan Perikanan, ketika dihubungi, berkata yu berkenaan tergolong dalam kumpulan ikan akuatik yang diancam kepupusan serta ikan kedua paling berat selepas ikan paus biru.
Katanya, panjang spesies ikan itu boleh menjangkau sehingga melebihi 20 meter dan jangka hayatnya boleh mencapai sehingga 70 tahun.

Beliau berkata, kajian sains marin mendapati ikan ini wujud sejak 60 juta tahun lalu dan adalah spesies purba yang kini jarang ditemui.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati penemuan itu menjadi tumpuan ramai sebaik sahaja bot nelayan itu berjaya masuk ke Kuala Tok Bali pada jam 11 pagi tadi.

Bagaimanapun ia gagal didaratkan di dermaga walaupun menggunakan dua bot laut dalam, menyebabkan pemilik bot itu bercadang menyewa kren sebelah petang ini. – Bernama

Dipetik dari:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Nelayantemuiyupausspesiespurba/Article

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: