Kaedah Organik: Satu pengamatan ringkas

 

Mengikut sesetengah ahli-ahli Tafsir, terdapat sebanyak 19 ayat dalam pelbagai surah al-Quran yang menyentuh tentang pertanian. Konsep utamanya ialah untuk memakmurkan tanah secara mesra alam  dengan aktiviti pertanian secara positif yang memang bermanafaat bagi manusia serta sekalian makhluk ciptaan Ilahi sejajar dengan tuntutan Allah Taala dalam mafhum firmanNya;

 “Dan janganlah kamu melakukan kerosakkan  di muka bumi sesudah  Allah mengelokkannya (dengan menyediakan segala unsur kebaikan kepada tanah)”. (Surah al-A`araf, ayat 56).

Menurut Imam Fakhr al-Razi dalam Tafsir Fakh al-Razi, jld.7, hlm 139; mafhum ayat  “Dan janganlah kamu melakukan kerosakan  di muka bumi” itu meliputi semua jenis bentuk kerosakan. Adapun mengikut al-Dhahhaq (ahli tafsir daripada kalangan tabi`in) sepertimana yang dinyatakan dalam Tafsir al-Qurtubi. Jld.7, hlm 145; mafhum ayat itu ialah mencemarkan sumber air serta menebang pokok  yang sedang berbuah (tanpa alasan munasabah) kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan kemudharatan.

Jika dilihat kepada mafhum ayat berikutnya, iaitu;  “Sesudah Allah mengelokkannya (bumi), ia menunjukkan bahawa usaha mengelokkan bumi itu adalah melalui proses fitrah alami  yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa dengan menyediakan segala bentuk unsur-unsur positif  yang diperlukan oleh tanah seperti organisma-organisma yang berperanan untuk menyuburkan tanah-tanah yang rosak. Proses penyuburan  itulah yang dikenali sebagai kaedah organic. Mafhum ini juga menunjukkan bahawa bumi ini juga sering dirosakkan oleh tangan-tangan terdahulu yang tidak bertanggungjawab dan hanya bertindak mengikut hawa nafsu sahaja (seperti membakar tanaman atau jerami).

Sehubungan ini juga, dua buah hadis Rasulullah berkaitan dengan pertanian yang begitu menarik perhatian saya ialah;

i)                     “Carilah sumber rezeki dengan bercucuk tanam”.

ii)                   Jika sudah berada di ambang kiamat dan pada ketika itu ada dalam tangan di kalangan kamu biji benih pokok, maka jika beliau mampu menanamnya maka hendaklah dia melakukannya”.

Kedua-duanya merupakan galakan oleh Rasulullah dalam sector pertanian. Cuma bezanya; galakkan dalam mafhum hadis pertama ialah untuk mencari rezeki atau menambah sumber pendapatan bagi seluruh masyarakat awam. Manakala dalam mafhum hadis kedua pula ialah galakkan untuk mendapatkan pahala dalam konteks ibadat yang amat dituntut oleh syarak. Pertanian bagi suatu iklim tertentu pastinya adalah makanan asasi atau lebih dikenali sebagai makanan rutin. Di Timur Tengah, sejak dulu hingga kini tanaman tamar dan gandum merupakan tanaman makanan rutin masyarakat di iklim tersebut. Manakala di Asia terutama sekali Asia Tenggara, padi adalah tanaman makanan asasi.

Begitu jugalah di Malaysia, tanaman padi adalah tanaman makanan asasi yang diusahakan sejak dulu hingga kini. Namun sayang sekali, kaedah tanaman padi yang diredhai Ilahi iaitu pertanian secara organic sudah tidak lagi dipratikkan secara meluas sepertimana di zaman masyarakat melayu tradisional. Dengan kata lain, kaedah penanaman yang diamalkan masa kini adalah hasil perahan otak pihak penjajah yang hanya memikirkan tentang soal keuntungan berlipat ganda secara system capitalism  bagi satu pihak, malah dalam masa yang sama  turut mengenepikan soal punca pendapatan lumayan secara individual di kalangan rakyat awam dan soal dosa pahala. Kaedah ini juga sebenarnya merupakan aktiviti kerosakkan di muka bumi kerana meminggirkan dua tuntutan syarak sepertimana yang diluahkan oleh Rasulullah dalam kedua mafhum hadis di atas tadi.  Lantaran itu, penggunaan baja-baja kimia dan racun serangga demi memuaskan nafsu capitalism dipratikkan secara meluas dan bersungguh-sungguh di seluruh negara tanpa mempedulikan kerosakan yang bakal dialami ekoran tindakan tangan-tangan buas ini.

Ramai  pihak yang bersetuju dan  menyokong slogan “Bertani satu ibadat”. Malah ada yang sentiasa melaung-laungkan slogan itu.  Namun dalam konteks perlaksanaannya, rata-rata fikrah atau idea  mereka ini semuanya masih lagi kabur dan  tindakan mereka dalam sector pertanian juga masih lagi menyimpang jauh daripada landasan sebenarnya. Oleh itu, satu revolusi minda ke arah usaha positif perlu digempur dan  dilaksanakan demi menjayakan projek pertanian organic yang sememangnya selaras dengan tuntutan syarak.   Tanah-tanah bendang yang terbiar perlu disuburkan dan diusahakan kembali. Petani-petani wajar digalakkan menggunakan mesin padi kecil ataupun pengisar dan juga lesung hindit tradisional bagi menggalakkan  peningkatan pertumbuhan ekonomi rakyat seperti zaman dahulu. Selain daripada kaya dengan adat, masyarakat melayu tradisional zaman dulu juga kaya dengan asset harta seperti tanah pertanian, haiwan ternakan lembu, kambing dan ayam serta tanaman padi masing-masing meskipun tidak berwang.  Akhir sekali dari sudut ibadat pula, golongan petani lebih mengutamakan sedekah dan juga zakat tanaman. Amalan sedekah dipraktikkan sepanjang proses penanaman padi (jika ia dimakan burung, manusia ataupun haiwan lain). Manakala amalan mengeluarkan zakat tanaman pula dipraktikkan selepas hasil padi dituai.

Lihat juga

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/03/12/ekonomi-rakyat-kukuh-bila-kembali-ke-zaman-silam/

 https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/11/01/usaha-yang-penuh-keberkatan/

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/12/26/terkenang-semasa-dulu/

One response to this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: