Soi Lek menang 68 undi

Gambar Utusan Malaysia online

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, memenangi jawatan presiden parti dengan majoriti tipis 68 undi, mengenepikan bekas pemimpin nombor satu, Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang jawatan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada pemilihan parti di sini, semalam.

Dr Chua, 62, memperoleh 901 undi berbanding Ka Ting yang meraih 833 undi manakala Tee Keat di tempat tercorot dengan 578 undi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden setelah menerima 1,171 undi bagi mengalahkan bekas naib presiden dan rakan dalam jemaah menteri, Datuk Seri Kong Cho Ha, yang mendapat 1,106 undi.
Bagi jawatan naib presiden, calon wanita tunggal, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen memperoleh undi tertinggi iaitu 1,528, diikuti bekas naib presiden, Datuk Donald Lim (1,469), Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung (1,202) dan anggota Jawatankuasa Pusat, Gan Ping Sieu, yang juga meraih 1,202 undi. Ini adalah satu kemenangan manis buat Dr Chua yang terpaksa bertarung dengan dua pesaing yang sangat berpengaruh, namun membuktikan beliau masih popular dalam parti meskipun berdepan pelbagai pergolakan.
Pada 2 Januari 2008, beliau melepaskan jawatan dalam Kabinet dan Naib Presiden MCA selepas mengakui beliaulah lelaki dalam video seks yang tersebar dengan meluas.
Pada pemilihan parti Oktober 2008, beliau mengalahkan bekas setiausaha agung dan abang Ka Ting, Datuk Seri Ong Ka Chuan, bagi jawatan nombor dua parti.

Dr Chua terbabit dalam pertikaian kepemimpinan dengan Tee Keat apabila beliau dipecat kerana mencemarkan imej parti berikutan video seks pada Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau kemudian diterima semula sebagai anggota parti pada mesyuarat agung luar biasa MCA yang turut meluluskan undi tidak percaya terhadap presiden parti.— Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: