Archive for April, 2010

Respons kepada entry Pendidikan Seks di peringkat sekolah rendah satu kewajaran.

Berkaitan dengan entry bertajuk Pendidikan Seks di peringkat sekolah rendah satu kewajaran, saya menerima satu comment berikut daripada salah seorang pengunjung blog ini, iaitu;

 mat komando
untukciter@gmail.com
94.193.165.160
2010/04/27 at 8:30 pmdah ada semua tu dalam pendidikan agama Islam..ustaz saya pernah ajar dulu kat kelas..jadi memang tak payah nak baiki benda yang memang elok..harap maklum..dah ada semua tu dalam pendidikan agama Islam.. ustaz saya pernah ajar dulu kat kelas..jadi memang tak payah nak baiki benda yang memang elok.. harap maklum..

untukciter@gmail.com

mat komando

 Terima kasih kepada beliau kerana sudi menghulurkan pandangan. Namun dalam konteks pendidikan agama di setiap sekolah sama ada di sekolah agama ataupun sekolah kebangsaan, penerapan nilai-nilai pendidikan seks adalah begitu amat kecil peratusannya. Dalam pada itu, gejala-gejala jenayah  seperti rogol, seks rambang, buang bayi dan sebagainya semakin meningkat dan menghantui masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh itu, saya tidak mampu bersetuju dengan comment di atas yang hanya bersetuju dan berpuashati dengan segala apa yang ada sekarang tanpa sebarang perubahan penambahbaikan. Dalam situasi konteks kefahaman tentang rang undang-undang Jenayah Islam yang tidak begitu diambil peduli oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, penyusunan kurikulum pendidikan seks adalah satu kewajaran.

Pendidikan Seks di peringkat sekolah rendah satu kewajaran.

Gambar hiasan

Pelbagai pihak memperkatakan tentang perlaksanaan pendidikan seks di peringkat sekolah rendah. Ada yang bersetuju ia dilaksanakan dan ada juga pihak yang tidak bersetuju. Bermacam-macam alasan yang dikemukakan oleh kedua pihak yang pro dan juga yang kontra tentang perlaksanaannya. Bagi mereka yang bersikap pro dalam isu ini lebih berpegang dengan hujjah;  perlaksanaan pendidikan seks di peringkat sekolah rendah adalah penting kerana murid-murid diperingkat ini wajar dimaklumkan kepada mereka tentang seks. Manakala bagi golongan yang kontra pula berpendapat; pendidikan seks diperingkat sekolah rendah adalah amat tidak wajar kerana seks itu adalah suatu perkara yang amat sensatif dan tidak wajar diperbincangkan secara terbuka.  Sehubungan ini juga, pihak kerajaan turut mengumumkan bahwa matapelajaran pendidikan seks di peringkat tersebut tidak akan diwujudkan. Bahkan apa sahaja berkaitan dengan seks hanyalah memadai diterapkan dalam beberapa matapelajaran tertentu yang akan disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Disamping itu juga pihak kementerian Pendidikan turut sanggup melatih para guru untuk mengajar matapelajaran berkenaan. Bagi saya, pendirian Kementerian Pendidikan itu adalah satu stand yang amat tidak wajar dalam situasi Negara sekarang yang begitu amat berkecamuk  dengan bala seks luar nikah dan budaya pembuangan bayi.   

Jika diamati dengan teliti segala hujjah-hujjjah di atas ini, jelas sekali masih ramai yang berhujjah dengan hujjah sedemikian masih lagi keliru apakah sebenarnya pendidikan seks. Malah masih ramai juga yang tidak mampu membezakan antara pendidikan seks dan juga pendidikan hubungan seks. Mungkin pihak yang kontra dengan pendidikan seks itu skop pemikiran mereka lebih tertumpu kepada hubungan seks dan cara-cara berkesan untuk menikmati seks ketika  mengadakan hubungan seks. Oleh itu, soal seks adalah suatu perkara yang mengaibkan dan hanya wajar dilalui secara sembunyi-sembunyi oleh mereka yang sudah halal untuk bersama selepas proses ijab qabul. Lagipun, kebanyakkan orang tua-tua dahulu kala tidak pernah mengajar anak-anak mereka tentang seks. Malah ramai dikalangan ibubapa yang menganggap persoalan seks amat sukar dijawab oleh mereka jika ada dikalangan anak-anak yang mengajukan soalan-soalan cepu emas berkaitan dengan seks.  

Manakala bagi golongan ibubapa yang begitu khuatir dengan penularan wabak pembuangan bayi dan seks luar nikah, pendidikan seks adalah amat perlu dilaksanakan di peringkat tersebut. Secara jujur dinyatakan, saya juga amat bersetuju jika pendidikan seks diajar bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Lantaran ini,  persoalan utama yang perlu diurus dan diselaraskan ialah kurikulum sahaja agar semua pihak mampu membezakan antara pendidikan seks dan juga pendidikan hubungan seks. Semua pihak juga perlu peka dan tahu perbezaan antara  istilah pendidikan seks dan juga hubungan seks. Umumnya, pendidikan seks bererti pendidikan jantina. Adapun pendidikan hubungan seks pula bermaksud pendidikan hubungan seks yang lazim dinyatakan dalam buku-buku pengetahuan am berkaitan dengan seks seperti buku Permata yang Hilang dan sebagainya. Pinggirkan seketika pendidikan hubungan seks dan tumpukanlah focus kepada pendidikan seks. Dalam masalah pendidikan seks (pendidikan jantina), para pelajar yang beragama Islam perlu didedahkan dengan beberapa persoalan berkaitan dengan proses kejadian manusia. Persoalan-persoalan tersebut seperti; Mengapa manusia dicipta? Mengapa manusia bernafsu syahwat? Mengapa hanya manusia perlukan system pembiakan yang berlandaskan syarak? Mengapa pendidikan seks berhubungkait dengan dosa pahala serta juga syurga dan neraka? Apakah kaitan pendidikan seks dengan pegangan aqidah umat Islam? Manakala bagi para pelajar non-muslim, pendidikan seks bolehlah disandarkan berpaksi pendidikan moral dan juga kesedaran sivik. Jangan kelirukan diri kita semua dengan menyama dan menganggapkan pendidikan seks itu adalah pendidikan hubungan seks. Ini kerana pendidikan seks itu adalah lebih umum dan lebih meluaskan jika dibandingkan dengan pendidikan hubungan seks yang hanya merupakan salah satu cabang kecil berkaitan dengan hal ehwal jantina.  Dari segi kurikulum bagi pendidikan seks, penyusunan topik-topik utama iaitu kaitan seks (jantina) dengan kehidupan harian seperti; keperluan sekurang-kurang 3 buah bilik bagi setiap buah rumah, pengasingan dan pembatasan pergaulan antara adik beradik perempuan dan lelaki setelah  mereka meningkat dewasa, penutupan aurat dan berpakaian sopan ketika keluar rumah perlu diberi keutamaan. Adapun pendidikan hubungan seks, ia juga wajar diperkatakan dalam situasi ilmiah dengan penuh keinsafan dan sikap ingin tahu demi menambah ilmu pengetahuan mengenainya disamping meminggirkan nafsu ammarah yang sentiasa merosakkan otak dan syahwat manusia.

Jangan denda lari keliling padang

 

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

AKTIVITI larian dianggap kurang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. – Gambar hiasan


 

KUALA LUMPUR – Persatuan Fisioterapi Malaysia (MPA) mahu hukuman berlari mengelilingi padang yang dikenakan ke atas murid sekolah rendah kerana kesalahan tertentu ditukar kepada hukuman lain kerana hukuman itu dibimbangi boleh mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan dalaman.

Presidennya, Dr. Balwant Singh Bains berkata, kanak-kanak tidak digalakkan untuk berlari anak kerana kira-kira 80 peratus daripada tubuh badan mereka mudah terdedah kepada kecederaan.

“Tidak semua orang dilahirkan mampu berlari pada jarak jauh dan berlari tanpa pemeriksaan betul boleh menimbulkan masalah pada otot, ligamen dan tendon.

“Untuk hukuman di sekolah- sekolah, kita lihat pelajar-pelajar diminta untuk berlari mengelilingi padang dua atau tiga pusingan, jadi saya berharap Kementerian Pelajaran khususnya para guru patut mencari hukuman yang lain,” kata Balwant.

Dipetik dari:

http://www.kosmo.com.my/

Saya ke Yala hari ini…

Somsak

Lebih kurang pukul 10:00 pagi hari ini, saya menyeberang ke Sempadan Siam melalui Rantau Panjang. Kali terakhir saya ke seberang ialah kira-kira dua bulan yang lalu. Itupun hanya sekadar membeli pakaian untuk anak-anak dan merayau-rayau di Pekan Golok saja. Namun hari ini saya sampai ke Yala untuk bertemu dengan seorang rakan di sana, Razak ( Jak Somsak). Dulu sekitar tahun 2008, kami pernah bersama ke Bangkok untuk meninjau dan belajar sedikit sebanyak tentang Perusahaan Gaharu di sana. Jak Somsak juga banyak mengajar saya tentang cara-cara pengurusan depu (gaharu). Kali ini juga pertama kali saya ke seberang hinga ke Pekan Yala dengan menaiki van tambang. Setiap kepala (penumpang) dikenakan bayaran sebanyak rm 12 bagi perjalanan selama 2 jam setengah dari pekan Golok ke pekan Yala. Sepanjang perjalanan, road block oleh pihak soldadu Siam masih lagi giat beroperasi. Paling menyedihkan hati apabila saya dapati pihak soldadu hanya memeriksa data pengenalan diri kaum melayu, manakala bangsa Siam di biarkan begitu saja tanpa pemeriksaan sedangkan Selatan Thai merupakan lokasi majority umat Islam berbangsa Melayu. Malah Selatan Thai juga merupakan tanah Melayu yang dijajah oleh Siam sejak dulu hingga kini. 

Van yang saya naiki

Di Yala, saya ditunjukkan beberapa peralatan pertanian yang boleh dianggap canggih. Saya juga didedahkan dengan kaedah-kaedah pertanian yang pernah digunapakai di Malaysia dalam sekitar tahun 60 an (Paddy Trasher).

Paddy Trasher

Jentera kecil penuai padi

Kami juga berhenti untuk solat jumaat di Masjid Yala. Selepas solat  Jumaat, saya terus bangkit untuk mengqasarkan solat asar pula. Oleh kerana saya nih tak pernah kenal dan tak pernah jejak kaki ke rumah beliau , Jak Somsak kemudiannya membawa saya ke rumahnya. Masa tidak mengizinkan untuk saya berada lebih lama di situ dan saya terpaksa kembali semula ke Sempadan Rantau Panjang-Golok sebelum pukul 9:00 malam (sebelum imigresen ditutup). Sepanjang perjalanan pulang dari Yala ke Golok, saya sempat mengambil gambar-gambar permandangan di pekan Narathiwat dan juga Yala.

Pekan Yala

This is me in Yala Town

Pekan Narathiwat

Yang paling menarik hati saya ialah; cara kaum wanita dan juga anak gadis Islam di sana berpakaian. Cukup unik sekali. Sepanjang pengamatan saya, tak ada seorang pun  muslimah di seberang sana yang berakal dan cukup umur  yang tidak bertudung kepala sedangkan mereka semua itu berada di bawah penguasaan kerajaan Siam yang tidak Islamik. Di seberang sana juga tak ada pun enakmen pemakaian cara Islam (mengikut syarak) tapi kaum muslimat mampu dan sanggup menghayati penggunaan hijab. Memang jelas sekali kaum muslimat di seberang Siam boleh dikenali melalui pemakaian tudung (hijab). Cuba lihat di Malaysia; masih ramai wanita yang mengaku beragama Islam tapi berpakaian tak ubah seperti golongan non-muslimah, malah ada yang lebih teruk daripada itu.  Di Kelantan pula, pihak MPKB BRI sampai sanggup menyediakan papan tanda sebagai galakkan supaya kaum wanita berhijab tapi masih ramai yang belum berhijab. Berbeza di seberang sana, meskipun tak diwujudkan penggunaan papan tanda sebagai galakkan berhijab tapi kaum muslimah tetap berhijab. Bagi saya, pihak MPKB BRI patut rasa rendah diri dan sanggup belajar cara bagaimana para pendakwah di seberang sana berjaya mendidik jiwa para muslimat untuk berhijab secara sukarela tanpa paksaan.

Sokongan buat Dato’ Zaid Ibrahim

Dalam kesibukan diri sepanjang seminggu dua ini, rasanya masih belum terlambat untuk saya nyatakan sokongan kepada Dato’ Zaid Ibrahim melalui blog ini. Syabas Dato’  Zaid kerana berani berubah demi kebaikan diri dan masyarakat. Kisah silamnya sebagai kaki togak tegar yang kelam semasa berada dalam UMNO dulu hanyalah tinggal sebagai sempadan serta pengajaran kepada diri beliau khususnya dan juga masyarakat Malaysia amnya.

Muktaf is in Syria…

Dalam seminggu dua nih saya sibuk dengan urusan peribadi. Memang tak ada masa luang langsung untuk saya “bertumah”  di Hulu Selangor dan mengikuti setiap perkembangan terkini sepanjang proses pilihanraya kecil di sana. Anyway, malam nih saya terima e-mail daripada Muktaf yang sedang mengikuti kelas pengajian bahasa Arab di Damsyik, Syria. Dua tiga hari lepas saya minta dia kirimkan gambar-gambar menarik di sana. Adalah sikit-sikit gambar permandangan menarik yang dia hantarkan kepada saya melalui e-mail.   







Apa nak jadi nih???

KUALA TERENGGANU – Jika Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib sebelum ini mendedahkan terdapat kumpulan tertentu dalam UMNO sanggup bekerjasama memenangkan parti pembangkang pada pilihan raya umum nanti, semalam, kepimpinan UMNO pula mendakwa perkara sama.:Sambil mengakui terdapat kumpulan tertentu dalam Pas bersedia berbuat demikian, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, kerjasama yang akan diadakan nanti boleh membantu pihak Barisan Nasional (BN) mengekalkan pemerintahan negeri ini dengan kemenangan majoriti dua pertiga.

Menurutnya, kumpulan Pas yang menyokong UMNO itu wujud di beberapa bahagian di negeri ini selepas kecewa dengan tindakan kepimpinan parti itu bekerjasama dengan DAP yang jelas menolak Islam.

“Mereka kecewa dengan tindakan pemimpin Pas yang menolak UMNO tetapi rela bekerjasama dengan parti yang cuba menolak Islam dan mengatakan langkah mayat mereka dahulu (jika mahu membina negara Islam),” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas Parlimen Kuala Te�rengganu di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Harun sebelum ini yang mengatakan Pas mengadakan pakatan dengan kumpulan tertentu dalam UMNO bagi mengukuhkan :kedudukan parti itu di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Harun turut mengakui, kerjasama itu diadakan dengan mereka yang sudah hilang harapan dan kepercayaan terhadap kepimpinan UMNO Terengganu.

Wan Ahmad Farid berkata, beberapa individu dalam Pas terutama yang menentang kumpulan Erdogan ada berjumpa dengannya dan menzahirkan kekecewaan terhadap kepimpinan parti itu.

“Saya fikir kekecewaan individu :berkenaan boleh digunakan bagi membolehkan UMNO mempertahankan majoriti dua pertiga.

“Jika Harun berani mengumumkan nama individu yang sudi memberi kerjasama dengan Pas, saya tidak akan teragak-agak mendedahkan individu yang memberi sokongan kepada UMNO,” katanya.

Dipetik dari:  http://www.sinarharian.com.my/terengganu/content/story7549704.asp

Baca juga entry di bawah ini;

http://www.sinarharian.com.my/terengganu/content/story7548533.asp

Penghuni Rumah Panjang Dihantui ‘Serangan Lintah’

 

 

SELANGGAU: Bagi penanam padi di Bumi Kenyalang, ketika ini ialah musim menuai. Tetapi bagi Santa anak Lu, 42, setiap kali pergi ke sawah, wanita ini akan memastikan beliau memakai dua helai seluar dalam ketat di dalam kain sarung atau seluar panjangnya.

Ini bukan disebabkan penghuni rumah panjang di KM 58, Jalan Sibu-Bintulu itu ingin mencuba sesuatu yang ‘luar biasa’, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga selepas satu insiden yang agak menakutkan berlaku.

“Satu pagi Disember lepas, saya sedang bekerja di petak sawah bila saya terasa sesuatu sedang merayap menaiki paha kanan saya. Tanpa segan silu saya terus menyingkap kain dan alangkah terkejutnya bila mendapati seekor lintah sepanjang 10 cm sedang merayap di paha. Saya terpaksa menggunakan sebatang kayu untuk menguisnya jatuh dari paha,” Santa memberitahu pemberita di rumah panjang tempat tinggal beliau.

‘Tuai rumah’ atau ketua rumah panjang, Unggat anak Masing, 64, mengakui kejadian yang dialami Santa dan kini beliau juga takut untuk menangkap ikan di Sungai Buluh atau Sungai Serinah begitu juga kolam ikan kepunyaan beliau.

LINTAH DALAM SELUAR DALAM

Satu kejadian yang dialami sendiri oleh Unggat ialah ketika beliau menjala ikan di sungai pada suatu pagi bila beliau perasan seekor lintah sedang merayap di pahanya dan cuba masuk ke dalam seluar dalamnya.

Seminggu sebelum kejadian itu, ketika beliau sedang menebar jala ikan di Sungai Unggat nampak beberapa ekor lintah sedang berenang ke arahnya tetapi beliau berjaya menguis lintah-lintah itu dengan sebatang kayu.

“Penghuni rumah panjang sekarang takut nak mandi sungai terutama ketika musim kemarau kerana ketika inilah lintah-lintah itu jadi aktif dan agresif.

“Kami tak tahu apa nak buat. Bagi bekalan air, kami terpaksa bergantung pada air hujan atau air yang diambil dari paip kepunyaan Majlis Daerah Sibu di pasar di Selanggau tapi kami sudah menerima arahan supaya berhenti daripada melakukannya,” kata beliau.

Menurut Unggat, penghuni rumah panjang terpaksa bergantung kepada bekalan air sistem ‘graviti’ sejak mereka mendiami rumah panjang berkenaan 10 tahun lepas tetapi acapkali juga paip air mereka menjadi kering.

“Kami berkongsi sumber air terletak jauh di dalam hutan bersama dua lagi rumah panjang tetapi bila dah masuk beberapa hari pada musim kemarau, paip kami dah mula kering kontang,” kata beliau.

MASALAH SERANGAN LINTAH

Masalah ‘serangan’ lintah yang dihadapi Unggat dan 53 lagi penghuni rumah panjang itu bermula Disember lepas bila lintah ‘Hirudo medicinalis’(medicinal leeches) yang dipelihara secara komersil terlepas dari tangki peliharaan di dua rumah panjang yang berjiran dengan rumah panjang mereka.

Unggat tidak tahu siapa yang memulakan projek penternakan lintah itu tetapi mereka diberitahu bahawa satu kilogram lintah boleh mendatangkan hasil RM120.

“Apa yang saya tahu, enam penghuni dari rumah panjang yang terdekat menjalankan projek itu selepas berkursus di Sibu. Saya ingat mereka cuai dan tidak ikut panduan memelihara lintah berkenaan dengan betul.

“Kini lintah-lintah itu memang ada di dalam sungai dan juga sawah padi kami dan beberapa pelajar juga turut mendakwa melihat lintah ini di padang sukan SK Sungai Buluh, tiga kilometer dari rumah panjang kami.

Unggat juga pasti lintah-lintah berkenaan yang cepat membiak sudah lepas ke kawasan yang lebih jauh termasuk Sungai Sepiring.

SELESAI MASALAH

Unggat berharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah itu dengan segera.

“Saya bimbang tentang anak-anak yang suka mandi sungai selain mencari siput dan menangkap ikan di sungai,” kata beliau.

Menurut Unggat, apa yang yang diperlukan segera oleh setiap 10 keluarga penghuni rumah panjang itu ialah tangki air yang boleh menyimpan air hujan untuk kegunaan harian mereka.

“Lagi bagus kalau kerajaan dapat menyambung air bersih Loji Air Selanggau kepada kami kerana lokasi kami hanyalah di sebelah jalan utama negeri dan 15 minit perjalanan dari pekan Selanggau,” kata beliau. – BERNAMA

Dipetik dari: http://mstar.com.my/

Lihat juga entry di bawah ini;

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/11/13/perihal-lintah/

Bridget Amal Negeri Kelantan belajar cara bertani

Banyak bekerja kurang bercakap. Itulah prinsip Dato’ Husam Musa yang wajar dicontohi oleh generasi pemimpin muda PAS. Ceramah politik pun ceramah juga tapi kemaslahatan untuk rakyat perlu juga dibina seiring dengan keperluan semasa.  Kalau ahli-ahli politik hanya tahu  dan mahu bersilat lidah dan berpolitiking saja, pasti sekali kemaslahatan rakyat akan terus terabai. Apa saja yang remeh temeh perlu diketepikan dan apa saja  agenda positif yang tergendala mesti diteruskan. Tapak Projek Pertanian Organik di Baruh Tunjung yang seluas 20 ekar sebenarnya berjaya membuka mata dan minda  masyarakat majmuk yang prihatin tentang keperluan terhadap corak pertanian dan hasil pertanian yang sihat. Revolusi pertanian demi meraih kestabilan ekonomi dan hasil tanaman yang sihat bermula di sini.  Perubahan perlu dijana melalui proses pembinaan minda positif dikalangan generasi muda agar mereka faham apakah corak pertanian sebenar yang dituntut oleh syarak. Generasi muda juga perlu didedahkan dengan beberapa persoalan seperti; Mengapa generasi muda perlu bertani? Mengapa kaedah pertanian organic wajib dihidupkan kembali di Malaysia setelah sekian lama ia ditinggal dan dianggap sudah ketinggalan zaman?

Ustaz Hafiz bin Hj.Musa

Bagi tujuan ini, salah seorang Exco Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Hafiz bin Hj.Musa  mencadangkan agar Bridget Amal Negeri Kelantan turut diasuh dan diajar tentang cara penanaman padi secara organic dan kaedah penyelenggaraannya secara lebih systematic seperti cara-cara mencedung, membuang rumput di bendang padi, melandak rumput, mengenal musuh padi dan juga haiwan-haiwan organisma yang membantu menyuburkan tanah dan lain-lain lagi.

Kelas kursus Pertanian

Semangat untuk belajar

Bersiap sedia turun ke bendang

Belajar cara mencabut rumput di bendang

Padi beras pulut organik

Padi beras pulut organik

SUP kepada Menteri Besar, Hj.Wan Nik meninjau bendang padi

Budu Tulen sedap senggoti weh!!!!!!

 

Saya nih memang penagih tegar budu. Budu makanan yang amat berkhasiat.

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2008/12/13/khasiat-budu/

Dah bermacam jenis dan jenama budu saya cuba test. Semuanya boleh dikatakan sedap…tapi ada satu lagi budu yang betul-betul sedap. Ada kick dan ada oomph!…. budu tuh tak lain dan tak bukan ….budu tulen. Cita rasanya memang lain dari yang lain. Lantaran itu, Datin Rohana (isteri Dato’ Husam Musa) mengambil insiatif memberikan 2 botol budu ini beserta sekampit beras organik kepada setiap ahli rombongan Muslimat PAS Selangor yang diketuai oleh Dr. Lo’ Lo’ sebagai ole-ole kenang-kenangan pada 3hb.April 2010 di Baruh Tunjung baru-baru ini.

Rombongan Muslimat PAS Selangor

Datin Rohana (berkaca mata) beri sumbangan beras organik

Cikgu Nik Man

Sebagai makluman, resepi budu tulen ini adalah hasil kreativiti idea Hajjah Asmat, isteri kepada cikgu Nik Man, seorang  veteran PAS.   Sesiapa yang berminat untuk mencubanya bolehlah  menghubungi Hajjah Asmat sendiri;

Hajjah Asmat,

Lot 956 Jalan Masjid,

Kg.Talak, 16210, Tumpat,

Kelantan.

No.h/phone: 019- 9695526

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.