Archive for April 1st, 2010

Dialog antara Nasaruddin Mat Isa dan Wartawan Harakah

 

Ramai yang terkejut dengan berita tentang dialog antara salah seorang ulamak perpaduang, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan wartawan harakah, Zainulfaqar. Saya mula tertanya-tanya mengapa Presideng PAS, Hj.Hadi Awang tidak menegur sikap dan tindakan Timbalannya melepak di cafeteria Parlimen yang amat jelas merugikan Pakatan Rakyat. Atau sekurang-kurangnya Hj.Hadi perlu juga membela sikap Timbalannya itu jika dia benar-benar tidak bersalah kepada rakyat yang memilihnya kerana melepak semasa sessi perbahasan Dewan Rakyat berlangsung. Sejak awal dipilih sebagai MP Bachok, Ustaz Nasaruddin Mat Isa sedikit pun tidak menyengat dalam setiap sessi perbahasan Dewan Rakyat.  Seolah-olah Ustaz Nasaruddin  tidak lagi perlu bersungguh-sungguh  mengkaji, menyelidik fakta dan menyediakan hujjah-hujjah yang konkrit untuk menentang Barisan Nasional  dalam Dewan. Tergamak sungguh hati Ustaz menghampakan penyokong-penyokong PAS terutama sekali rakyat Bachok dengan sikap dan tindakannya itu. Sebelum dan selepas jadi calon wakil rakyat  lain cerita…lepas jadi wakil rakyat makin lain lagi cerita….sekali ombak memukul pantai…..sekali pasir berubah….begitulah juga dengan diri  Ustaz Nasaruddin Mat Isa.  

sila klik di bawah;

http://zainulfaqar.wordpress.com/2010/03/31/lebih-baik-tanya-allah-dari-bertanya-nasharuddin/