Imam Besar pelawa Syiah belajar di Al-Azhar

KAHERAH – Iman Besar Al-Azhar, Dr Sheikh Ahmed al-Tayeb mengalukan-alukan penyertaan pelajar Syiah untuk mengikuti pengajian di universiti itu.

Namun, beliau menegaskan bahawa pihak Al-Azhar tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang cubaan untuk menyebarkan doktrin Syiah di negara-negara Islam atau kalangan belia Sunni.

Sheikh Ahmed menyatakan Al-Azhar akan terus memainkan peranan dalam menganjurkan dialog untuk mengelakkan ketegangan dan sensitiviti agama.

Beliau berkata demikian ketika muncul buat kali pertama dalam saluran luar Mesir menerusi rancangan Wajeh al-Sahafa (Bersama Media) yang disiarkan oleh Al Arabiya, kelmarin.

Sheikh Ahmed turut menjelaskan akan sentiasa berwaspada dan bersedia menggagalkan sebarang agenda politik yang cuba dicetuskan penuntut Syiah yang belajar di Mesir.

Ini kerana beliau tidak mahu belia Sunni terpengaruh dengan doktrin Syiah dan kemudian akan mengheret kepada perpecahan.

Menurutnya, percampuran intelektual adalah sangat penting dalam batas-batas saintifik sahaja dan ini sentiasa dialu-alukan kepada penuntut Syiah di Al-Azhar.

Sheikh Ahmed dilantik sebagai Imam Besar Al-Azhar baru oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, 19 Mac lalu.

Dipetik dari:  http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7516059.asp

Towardsmardhatillah: Pihak al-Azhar wajar bertindak adil antara kedua belah pihak Sunni dan Syiah. Bukan hanya terhadap dakyah negatif golongan Syiah. Gejala dan propaganda negatif  yang memecah belahkan umat Islam oleh golongan al-Wahhabiyyin yang menyelinap masuk lalu mengaku sebagai golongan Sunni juga perlu dibenteras. Biarkanlah kancah intelektual bebas dengan hujjah-hujjah serta idea-idea bernas untuk difikir, dianalisi dan diterima oleh mereka yang mendabik dada sebagai siswa dan juga siswi. Selama mana medan ilmu berkenaan tidak dicemari dengan ajaran sesat dan juga sebarang fitnah (kenyataan tanpa fakta konkrit), maka wajarlah ia dibiarkan bebas beroperasi dengan kawalan yang adil tanpa cengkaman negatif daripada mana-mana pihak.   

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: