Mengapa saya jarang mengulas tentang isu-isu politik tanahair…

Dua tiga orang rakan mula bertanya khabar mengapa saya jarang sekali  mengulas tentang isu-isu politik tanahair  dan lebih banyak menyiarkan posting berbentuk ilmiah dan maklumat am saja. Saya mengaku memang saya jarang berbuat demikian. Bukan kerana saya tidak mengikuti langsung perkembangan politik tanahair tapi kerana saya sebenarnya adakala rasa loya dengan sikap, perangai dan juga tindakan sesetengah ahli-ahli politik (tak kiralah parti mana sekalipun) yang hanya suka bermuka-muka. Ahli-ahli politik ini hanya gheti nak jaga periuk nasi sendiri aje. Focus perjuangan semakin jadi kucar kacir. Golongan rakyat dan juga ahli-ahli parti politik biasa (kelas bawahan) hanya tahu nak bertaqlid buta. Apa saja pemimpin mereka buat semuanya betul dan tak boleh dipertikaikan. Bila masing-masing hanya mendahulukan nafsu untuk berkuasa, segala kerosakan di kalangan masyarakat awam akan semakin parah. Bala demi bala Allah Taala turunkan ekoran keangkuhan, keegoan dan kerakusan manusia-manusia yang suka mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan ke atas mereka. Masa nak masuk bertanding jadi calon bukan main lagi janji sana dan janji sini. Bila dah berjaya dan menang sebagai Y.B (selepas dipilih oleh rakyat), perubahan yang lebih diutamakan terlebih dahulu ialah penampilan YB seperti kereta besar, rumah besar, bini kena ramai. Tak salah kalau nak bergaya. Lagipun memang semua rakyat sudah sedia maklum gaji sebagai wakil rakyat ini agak lumayan meskipun masih ramai dikalangan mereka yang tak dapat tender projek untuk menambah sumber wang saku …tapi biarlah berpada-pada. Dalam masa yang sama, otak menjadi semakin tersumbat dan alpa dengan bilik berhawa dingin. Segala-janji untuk rakyat terabai begitu saja. Bukan setakat itu saja, bahkan  untuk memikir secara kreatif demi kemaslahatan rakyat pun tak berkesempatan. Paling-paling tidak,  pemimpin sebegitu hanya tunggu masa untuk turun dari jawatan yang disandang dan mengecapi pencen selepas gagal memenuhi  tanggungjawab yang diamanahkan ke atas diri mereka.  Ada juga yang tergila-gila darajat kebesaran anugerah daripada Istana seperti gelaran Dato’ dan sebagainya meskipun jasa-jasa yang dicurahkan tidaklah sebesar manapun. Ahli-ahli politik ini hanya memikirkan tentang kemaslahatan anak cucu mereka sahaja tanpa mempedulikan tentang nasib rakyat di kawasan masing-masing jika mereka  terpaksa turun tahkta suatu hari nanti.  Tidak salah mengutamakan keluarga terdekat. Malah Islam tetap menggalakkan agar keluarga masing-masing diutamakan. Namun  biarlah berpada-pada. Janganlah dijamu dengan kemewahan melampaui batas yang sepatutnya.

  
Factor-faktor inilah yang membuatkan saya malas dan naik fade-up nak mengulas berkaitan sesetengah isu –isu politik tanahair. Nak ditegur berulang kalipun rasanya tak ada faedah juga kalau masing-masing lebih memperajakan nafsu ammarah dan pasti sekali segala teguran saya itu tak ubah seperti mencurah air ke daun keladi.  Dalam konteks memperajakan hawa nafsu, manusia adakalanya sanggup mengenepikan konsep saling memperingati dengan kebenaran dan saling memperingati dengan penuh kesabaran sebagaimana yang dituntut dalam ayat 3 di akhir surah al-Asr.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: