Saya ke Yala hari ini…

Somsak

Lebih kurang pukul 10:00 pagi hari ini, saya menyeberang ke Sempadan Siam melalui Rantau Panjang. Kali terakhir saya ke seberang ialah kira-kira dua bulan yang lalu. Itupun hanya sekadar membeli pakaian untuk anak-anak dan merayau-rayau di Pekan Golok saja. Namun hari ini saya sampai ke Yala untuk bertemu dengan seorang rakan di sana, Razak ( Jak Somsak). Dulu sekitar tahun 2008, kami pernah bersama ke Bangkok untuk meninjau dan belajar sedikit sebanyak tentang Perusahaan Gaharu di sana. Jak Somsak juga banyak mengajar saya tentang cara-cara pengurusan depu (gaharu). Kali ini juga pertama kali saya ke seberang hinga ke Pekan Yala dengan menaiki van tambang. Setiap kepala (penumpang) dikenakan bayaran sebanyak rm 12 bagi perjalanan selama 2 jam setengah dari pekan Golok ke pekan Yala. Sepanjang perjalanan, road block oleh pihak soldadu Siam masih lagi giat beroperasi. Paling menyedihkan hati apabila saya dapati pihak soldadu hanya memeriksa data pengenalan diri kaum melayu, manakala bangsa Siam di biarkan begitu saja tanpa pemeriksaan sedangkan Selatan Thai merupakan lokasi majority umat Islam berbangsa Melayu. Malah Selatan Thai juga merupakan tanah Melayu yang dijajah oleh Siam sejak dulu hingga kini. 

Van yang saya naiki

Di Yala, saya ditunjukkan beberapa peralatan pertanian yang boleh dianggap canggih. Saya juga didedahkan dengan kaedah-kaedah pertanian yang pernah digunapakai di Malaysia dalam sekitar tahun 60 an (Paddy Trasher).

Paddy Trasher

Jentera kecil penuai padi

Kami juga berhenti untuk solat jumaat di Masjid Yala. Selepas solat  Jumaat, saya terus bangkit untuk mengqasarkan solat asar pula. Oleh kerana saya nih tak pernah kenal dan tak pernah jejak kaki ke rumah beliau , Jak Somsak kemudiannya membawa saya ke rumahnya. Masa tidak mengizinkan untuk saya berada lebih lama di situ dan saya terpaksa kembali semula ke Sempadan Rantau Panjang-Golok sebelum pukul 9:00 malam (sebelum imigresen ditutup). Sepanjang perjalanan pulang dari Yala ke Golok, saya sempat mengambil gambar-gambar permandangan di pekan Narathiwat dan juga Yala.

Pekan Yala

This is me in Yala Town

Pekan Narathiwat

Yang paling menarik hati saya ialah; cara kaum wanita dan juga anak gadis Islam di sana berpakaian. Cukup unik sekali. Sepanjang pengamatan saya, tak ada seorang pun  muslimah di seberang sana yang berakal dan cukup umur  yang tidak bertudung kepala sedangkan mereka semua itu berada di bawah penguasaan kerajaan Siam yang tidak Islamik. Di seberang sana juga tak ada pun enakmen pemakaian cara Islam (mengikut syarak) tapi kaum muslimat mampu dan sanggup menghayati penggunaan hijab. Memang jelas sekali kaum muslimat di seberang Siam boleh dikenali melalui pemakaian tudung (hijab). Cuba lihat di Malaysia; masih ramai wanita yang mengaku beragama Islam tapi berpakaian tak ubah seperti golongan non-muslimah, malah ada yang lebih teruk daripada itu.  Di Kelantan pula, pihak MPKB BRI sampai sanggup menyediakan papan tanda sebagai galakkan supaya kaum wanita berhijab tapi masih ramai yang belum berhijab. Berbeza di seberang sana, meskipun tak diwujudkan penggunaan papan tanda sebagai galakkan berhijab tapi kaum muslimah tetap berhijab. Bagi saya, pihak MPKB BRI patut rasa rendah diri dan sanggup belajar cara bagaimana para pendakwah di seberang sana berjaya mendidik jiwa para muslimat untuk berhijab secara sukarela tanpa paksaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: