Selepas demam 3-4 hari

Sudah 3-4 hari saya tak jamah laktop kerana demam dan asyik duk terlantar atas katil. Solat pun terpaksa ditunai secara duduk. Dah hampir setahun lebih  saya tak demam dan memang wajar pun saya demam kali nih. Allahamdulillah demam biasa aje dan bukannya selsema babi اعوذ بالله من ذلك.  Bila dah rasa segar sikit, saya mula bosan tanpa  dapat  menekan keyboard. Semasa duk explore blog-blog lain untuk dapatkan new informations, terkejut juga bila ada manusia yang sanggup mengaku secara terang-terang untuk melakukan dosa besar dengan membunuh Tok Guru Nik Aziz. Sebenarnya bukan hanya Tok Guru saja yang berdosa jika dibunuh tapi rakyat awam, makhluk-makhluk Allah Taala yang lain juga adalah haram dibunuh tanpa motif yang dibenarkan oleh syarak.

http://www.ibnuhasyim.com/2010/05/pumno-ugut-bunuh-nik-aziz-apa-tindak.html

Sudah lama saya tidak menyatakan sebarang pandangan saya untuk membela Tok Guru dalam urusan politiking beliau. Ini kerana beliau sendiri sepatutnya lebih berhak untuk menjawab segala tohmah dan juga dakwaan terhadap dirinya.  Ataupun sekurang-kurangnya segala tohmahan dan dakwaan tersebut dijawab oleh individu-individu lain yang selalu mencari publisiti dan popularity dengan bertenggek di atas tittle “MB Kelate”.  Siapalah diri saya ini…sekadar melukut di tepi gantang. Namun dalam soal amar maaruf dan nahi mungkar, meskipun sekadar melukut di tepi gantang sekali pun, saya sanggup bersuara dan menekan-nekan keyboard ini demi menentang hasrat seorang pemuda UMNO yang telah memperajakan nafsu ammarah ke tahap memahkotakan Iblis di kepala otaknya  sendiri hingga tergamak meluahkan saranan ke arah kelakuan yang amat zalim.

Selain itu, Dato’ Husam juga memeranjatkan saya dengan hujjah-hujjah logic beliau dalam blognya;

http://cetusan-hati.blogspot.com/2010/04/murahnya-nak-jatuhkan-pm-kita.html

Lihat juga di sini;

http://pinkturtle2.wordpress.com/2010/05/02/29158/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: