PAS Tidak Boleh Bekerjasama Dengan Parti Lawan Lebih Kuat – Nik Aziz

KOTA BAHRU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana parti lawan itu lebih kuat daripadanya.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pengalaman lepas juga mengajar PAS agar tidak mengulangi kesilapan bekerjasama dengan Umno sebelum disingkir daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“…kita ditendang begitu sahaja apabila kita tidak diperlukan. Pengalaman itu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita, kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang lebih kuat daripada kita,” kata Nik Abdul Aziz pada kuliah mingguannya, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, PAS mempertimbangkan faktor kekuatan setara itu berasaskan prinsip ‘menang-menang’ yang hanya boleh dicapai jika kedudukan kedua-dua parti sama kuat.

“Islam mengajar supaya kita bekerjasama dengan pihak lawan, jika kedudukan kita sama kuat barulah kerjasama itu mencapai matlamat, kalau tidak kita mudah ditindas,” katanya.

Beliau juga mempertahankan kerjasama PAS dan DAP yang disifatkannya telah banyak membantu masyarakat Cina memahami Islam dan tidak lagi menganggap masyarakat Islam sebagai golongan ekstremis.

DAP juga katanya menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS. – BERNAMA

 

Towardsmardhatillah:

Saya begitu tertarik dengan kenyataan Dato’ Menteri Besar Kelantan berkaitan dengan sejarah silam hubungan  antara PAS dan UMNO semasa bersama dalam Barisan Nasional meskipun kenyataan beliau ini bagi saya tidaklah begitu tepat. Sebenarnya PAS disingkir keluar daripada Barisan Nasional kerana kewujudan PAS dalam kompenen tersebut tidak menguntungkan UMNO bahkan merugikan lagi UMNO. Sokongan rakyat semakin padu terhadap PAS dan situasi inilah yang merupakan factor utama mengapa PAS ditendang keluar daripada Barisan Nasional dulu. UMNO tamak dan tak suka statusnya digugat oleh mana-mana parti politik lain di Malaysia. Lantaran sikap tamak ini juga, UMNO sanggup buat apa saja meskipun terpaksa menzalimi rakan politiknya sendiri. Sikap buruk ini jelas menunjukkan UMNO sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai untuk bersama berkongsi kuasa. Oleh itu mengapa masih ada dikalangan sesetengah pemimpin PAS yang gila kemaruk inginkan kerajaan perpaduang????????? Fikir-fikirlahhhh  

One response to this post.

  1. Posted by Zolio 010 on 26 May 2010 at 12:08 pm

    Salam. Tuan Guru you are wrong. In the first place why should you still want to have the idea of umno in your mind. If you treat them powerless. You easily can over let them down in Malaysia history. Im real politic Pas is weak. Pas needs new food supplement UMAIRAH and UMARI. If Pas realy can trust this product surely Pas can rule Malaysia like TSUNAMI VAWE.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: