Archive for June, 2010

Pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan.

Selain berperangai buruk kerana tidak bekerjasama memartabatkan Ekonomi umat Islam dengan kerajaan PAS Kelantan melalui penggunaan matawang dinar dirham, terdahulu daripada itu UMNO dan Barisan Nasional juga terkenal dengan sikap jahat apabila menolak perlaksanaan hukum hudud di Kelantan suatu ketika dahulu. Mungkin ramai dikalangan mereka yang senior dalam PAS kenal dengan cover buku yang saya pamerkan ini. Namun bagi golongan muda ataupun junior dalam PAS, buku ini agak begitu asing kepada mereka. Pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan merupakan sebuah buku yang menceritakan situasi sebenar sejarah perjuangan PAS dalam usaha menegakkan syariat Alllah di muka bumi tapi dihalang mentah-mentah oleh UMNO dan Barisan Nasional. Selain mengenengahkan petikan enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, buku ini juga padat dengan keratan-keratan akhbar isu-isu politik berkaitan dengan hujjah-hujjah dangkal penolakkan terhadap perundangan Syariah secara syumul oleh UMNO dan parti-parti sekutunya.  

Sayang sekali mungkin buku ini sudah tidak lagi berada dalam pasaran meskipun isikandungannya amat ringkas, padat dan bermutu. Selain daripada sesuai sebagai bahan bacaan tambahan kepada masyarakat awam, buku ini juga amat baik dan sesuai sekali dijadikan rujukan  para mahasiswa terutama sekali para calon sarjana yang ingin mendalami sejarah pembikinan perundangan syarak di Kelantan sepanjang era pemerintahan PAS di Kelantan dengan menghasilkan ulasan-ulasan serta karya-karya ilmiah berkaitan dengannya sama ada dalam bentuk thesis ataupun artikel-artikel ilmiah sebagai tatapan dan sumber pengetahuan tambahan kepada generasi masa depan.

Dinar dan Dirham di Kelantan

Penemuan sekeping dinar emas di Kelantan dalam tahun 1914M yang dijumpai tertanam di bekas istana Kota Kubang Labu, ada tertulis dihadapannya “al-Julus Kelantan  577” membuktikan Kelantan telah diperintah oleh pemerintah Islam sejak tahun 577H bersamaan dengan tahun 1181M[1]. Kerajaan ini hidup merdeka sehinggalah ia jatuh di bawah kekuasaan Sultan Mahmud Shah Melaka yang melancarkan serangan ke atasnya pada tahun 1477M[2]. Namun sebelum kejatuhannya ke tangan Melaka, kerajaan Kelantan sempat mengadakan hubungan erat dengan Negara China  di mana pada tahun 814H bersamaan 1411M, pemerintah Kelantan yang bernama Engku Umar saling menghantar utusan dengan raja China[3].  Tiada lagi catitan sejarah ditemui yang mengatakan bahawa penggunaan matawang dinar masih diteruskan selanjutnya selepas kejatuhan kerajaan tersebut. Penggunaan matawang dinar akhirnya kekal dalam lipatan sejarah silam sahaja apabila otak Yahudi mula menggantikan penggunaan dinar emas dengan wang kertas yang digunakan pakai di seluruh dunia. Situasi jadi semakin bertambah ketara lebih-lebih lagi selepas penguatkuasaan ekonomi global yang dimonopolikan oleh Amerika Syarikat dan Yahudi yang menekankan penggunaan Dollar US sekitar tahun 1977.

Menyedari kesan negative penguasaan ekonomi global oleh Amerika Syarikat dan Yahudi, Negara-negara Eropah mulai bangkit dengan memperkenalkan dan menggunakan matawang Euro demi kestabilan ekonomi mereka di rantau dunia khususnya di Eropah. Dalam kegawatan dan kekalutan ekonomi ini, muncul seorang hamba Allah di Germany bernama Mr.Umar Vanillo (berbangsa Spanyol/dalam gambar memakai coat hitam) yang sentiasa peka dengan status perkembangan ekonomi dunia. Hasil penelitian dan pengamatan beliau, Mr.Umar berpendapat bahawa ekonomi umat Islam hanya mampu kembali utuh dan kukuh jika umat Islam kembali bersatu padu dan bersepakat menggunakan matawang dinar dirham dalam urusan harian mereka sepertimana yang pernah dipraktikkan di zaman Rasulullah s.a.w dahulu. Inilah sebenar-benar jihad ekonomi yang wajar dilancarkan oleh Umat Islam dalam usaha untuk melumpuhkan penguasaan serta monopoli ekonomi dunia oleh Amerika Syarikat dan Yahudi. Sekitar tahun 1995, satu rombangan kerajaan PAS Kelantan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Eropah dan pada masa inilah mereka berpeluang berkenalan dengan Mr.Umar Vanillo di Germany dan bermalam di rumah beliau. Turut sama dalam rombongan itu ialah Hj.Husam Musa, Ustaz Abdul Halim  dan juga abah saya sendiri, Hj.Hashim Omar.  Dalam pertemuan itu, Mr.Umar meluahkan hasrat dan cita-citanya untuk mengembalikan semula kegemilangan ekonomi Islam melalui penggunaan matawang dinar dan dirham. Dengan kata lain, proses memboikot beberapa jenama perniagaan seperti Coca Cola, Mc Donald, KFC dan lain-lain lagi sebenarnya tidaklah menjejaskan sangat ekonomi Amerika dan juga Yahudi kecuali jika umat Islam kembali semula menggunakan matawang dinar dan dirham.  Mengapa tidak diboikotkan sama penggunaan senjata M-16 yang direkacipta oleh Amerika Syarikat yang sering digunakan untuk membunuh umat Islam di seluruh dunia???

Sahabat lama...bertemu kembali dalam Ekspo Muktamar PAS ke-56

Gambar kenangan di Ekspo

Disamping itu, beliau juga menekan betapa pentingnya Open Market diwujudkan dalam usaha menjana ekonomi sesebuah Negara.  Masa berlalu cepat silih berganti. Akhirnya Kelantan di bawah pemerintah PAS berjaya mengembalikan semula kegemilangan  penggunaan matawang dinar[4] meskipun tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan pusat.

Dalam kemeriahan ekspo di Muktamar PAS ke-56 baru-baru ini, semua mata mereka yang mengenali Mr.Umar Vanillo terkejut dengan kehadiran beliau yang turut sama menyerikan ekspo berkenaan dengan memperkenal dan menerangkan sejelas-jelasnya tentang keistimewaan matawang dinar dirham kepada para pengunjung ekspo tersebut. Tidak disangka-sangka seorang tokoh pejuang yang berani melancarkan jihad ekonomi terhadap Amerika dan Yahudi juga sanggup meluangkan masanya turut sama memperjuangkan nasib matawang dinar (syiling emas) dan dirham (syiling perak)  di Kelantan. Dalam kesempatan ini, saya sempat mengambil beberapa gambar beliau sebagai kenangan.

Dinar dan dirham di bawah pemerintahan PAS Kelantan

Antara dinar dan dirham Kelantan yang dipamerkan


[1] Sa`ad Shukri Haji Muda (1971), Detik-Detik Sejarah Kelantan. Pustaka Aman Press. Kota Bharu. hlm 7.

[2] Ibid, hlm 28.

[3] Ibid, hlm 33.

[4] Sila lihat kertas kerja bertajuk, Kembalinya Dinar –Sejarah dan Implikasinya, Aspek Pengawalan Matawang Dinar dan kertas kerja bertajuk Mengapa Dinar Emas Sejajar Dengan Maqasid al-Syariah. Semua kertas kerja ini dibentangkan di Dewan Tanjung, Hotel Perdana pada 20 Sept. 2006.

Khasiat Belalang Beras.

Jutaan ekor belalang dalam timbunan padi yang dituai.

Mengutip belalang dalam timbunan padi

Mengutip belalang beras selepas padi dituai memang menyeronokkan. Ia  boleh didapati dengan banyak sekali terutama setelah padi yang ditanam secara organik dituai dengan menggunakan jentera pengetam padi (combine harvester). Belalang merupakan satu-satunya species serangga yang halal dimakan di sisi syariat Islam. Dalam kitab al-Shahihain (al-Bukhari dan Muslim) dinyatakan sepotong hadis daripada Abdullah bin Abi Aufi yang berkata “Kami pernah turut berperang bersama Rasulullah s.a.w dalam tujuh peperangan dan pada ketika itu kami makan belalang”. Malah Rasulullah s.a.w sendiri pernah menegaskan “Dihalalkan kepada kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah; iaitu; ikan dan belalang dan juga hati dan limpa”.

Dalam mafhum hadis ini, penegasan tentang dua jenis bangkai (ikan dan belalang) meskipun yang telah mati dan tak perlu disembelih (tanpa penggunaan racun yang memudharatkan kesihatan manusia) dan dua jenis darah (hati dan limpa haiwan yang halal dimakan selepas disembelih mengikut syarak) menunjukkan bahawa bahan-bahan makanan tersebut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri terutama sekali belalang.

Belalang diisikan ke dalam botol

Menurut kitab al-Tib al-Nabawwi (hlm 311), khasiat makan belalang amat baik bagi mengubati beberapa jenis penyakit. Jika dimasak secara kukus, ia dapat mengubati penyakit susah hendak kencing seperti dedas atau kencing tidak lawas dan penyakit buasir. Jika dimakan belalang yang belum bersayap dengan dibakar, ia mampu menghilangkan bisa racun kala jengking dan bisa binatang-binatang lain. Malah jika diamal memakannya secara berterusan, serangga ini juga dapat menguruskan badan. Namun pemakanan belalang tidak digalakkan bahkan mudharat bagi mereka yang mengalami sakit kepala dan lumpuh tidak dapat bergerak.

Sekadar meninjau kawasan ekspo sahaja….

Bila heboh larangan terhadap bloggers pro-pakatan membuat liputan dalam Muktamar PAS ke -56, saya pun rasa tawar hati nak masuk dalam Dewan PUTIK dan mendengar Ucapan Dasar Presiden PAS  secara live yang memang entah apa-apa. Malah ucapan-ucapan serta ulasan-ulasan tambahan oleh para perwakilan  berkaitan dengan Ucapan Dasar oleh Presiden PAS, al-Fadhil Haji Hadi hanya berbentuk  mujamalah secara spontan. Sebab tuh saya hanya meninjau dan ambil gambar-gambar berkaitan dengan ekspo pameran dan gerai-gerai rakyat yang berniaga di luar dewan sahaja. Meskipun saya tak sokong fahaman kerajaang  Perpaduang, namun itu bukan bererti saya bersikap double standard terhadap golongan ini. Gambar Cikgu Pa, Ustaz Nasa, Haji Hadi dan mereka yang sentiasa wala’ dengan kepimpinan ulama’ terompah kayu pun saya siarkan gambar mereka tanpa edit. Anyway, dalam kalangan pimpinan PAS Kelantan, ada seramai empat orang yang saya tidak boleh panggil atau berbahasakan Dato’  jika saya bercakap secara bersemuka dengan mereka meskipun adakala saya menggunakan istilah Dato kepada mereka ini dalam sesetengah artikel saya. Keras rasanya lidah ini nak memanggil mereka Dato’ jika bercakap  secara bersemuka. Ini kerana saya kenal keempat-empat orang ini sejak saya berada di bangku sekolah rendah lagi dan pada masa itu mereka belum dapat tittle Dato’ lagi. Mereka ialah Tok Guru Nik Aziz, Cikgu Rahim (Dato Wan AbdulRahim), Ustaz Halim  (Dato’ AbdulHalim AbdulRahman) dan Abe Husam (Dato’ Husam Musa). Barangkali masih ramai juga orang lain yang keras lidah untuk memanggil mereka ini Dato’ seperti saya…..

Angkat Ibu jari untuk beras organik !

Best kata Tok Guru

Suasana Ekspo di Muktamar PAS ke-56 (Part 3)

Suasana Ekspo di Muktamar PAS ke-56 (Part 2)

Keberangkatan tiba Hj.Hadi, Cikgu Pa dan Ust.Nasa ke gerai Sunnah Tani

Senyuman Darlie

try nasi beras organik

Suasana Ekspo di Muktamar PAS ke-56 (Part 1)

Banyak juga gambar-gambar menarik yang sempat saya ambil bermula dari 9hb-11hb.Jun 2010. Antaranya ialah;

Hj.Wan Zul. Hj. Zakaria dan Hj.Razali

Pameran Sunnah Tani dapat sambutan ramai

Sambutan terhadap ekspo amat memberangsangkan

This is Mr.Zaini PMBK

Para petugas Sunnah Tani kemas beruniform

Sehari sebelum ekspo di PUTIK

Menyediakan beras untuk dipamer dan dijual

Inilah telur itik organik !

Apa yang penting ...kerjasama

Dewan Perhimpunan ini sesuai dipanggil Dar al-Nadwah

Jentera pengetam padi (combine harvester)

Padi beras wangi organik yang baru dituai

ما شاء الله...... هذا من فضل ربنا

Tuntutan berdoa dalam apa jua situasi

Rasulullah pernah bersabda “Doa adalah senjata seseorang mukmin”. Tak kira sama ada ketika berada dalam situasi susah ataupun senang, seseorang muslim dituntut agar senantiasa berdoa sebagai tanda bersyukur dan menaruh harapan tinggi terhadap Allah Azza wa Jaala. Sehubungan ini, beberapa fakta yang dinyatakan oleh Dato’ Perdana Menteri Haji Nik Mahmud bin Ismail (Mantan Menteri Besar Kelantan tahun 1921-1944) dalam hasil karya beliau yang berjodol Pati Rahsia (hlm 23-26) wajar diberi perhatian sepenuhnya. Pati Rahsia pada ada asalnya ditulis dalam tulisan jawi kini boleh juga didapati dalam edisi rumi. Berkaitan dengan doa, Dato’ Perdana Menteri menghuraikan beberapa perkara, seperti;

Ketika yang mustajab berdoa yang telah masyhur disisi ahlinya, iaitu;

a)      Tiap-tiap lepas solat fardhu.

b)      Satu pertiga yang akhir daripada mana-mana malam, istimewa pula pada malam jumaat  (dahulu daripada masuk waktu subuh).

c)       Lepas daripada solat asar (di dalam waktu asar hingga jatuh matahari tiap-tiap hari jumaat).

d)      Lain ketika hendaklah mengikut bagaimana yang telah disebut pada tempat yang berkenaan dengan mana-mana surah, ayat selawat dan lainnya.

e)      Jikalau sekiranya kita ada terkena kesusahan apa-apa, tiada masa bagi kita menunggu ketika yang ditentukan itu, bacalah dan mintalah doa pada mana-mana ketika. Allah s.w.t sedia menerima doa tiap-tiap seseorang yang dikehendakiNya dan yakinlah dengan kuat bahawa Allah mengurniakan apa-apa permohonan kita dan Allah jua yang berkuasa di atas tiap-tiap suatu. Berserahlah kepadaNya. Mafhum sabda Rasulullah “Sesiapa yang tidak berdoa memohon daripada Allah Taala nescaya mengenai ke atasnya kemurkaan”.  Mafhum sabda Rasulullah juga “Sesiapa yang ingin supaya Allah menerima dan memperkenankan permohonannya pada masa datang bala atau pada mana-mana masa kesusahan, banyakkanlah berdoa pada masa di dalam kesenangan”.

Syarat-Syarat dan Adab Berdoa;

Siapa- siapa yang berdoa hendaklah menyempurnakan segala syarat-syaratnya dan mengikut bagaimana adab-adabnya. Adapun syarat-syaratnya ialah;

i)                    Hendaklah berhenti daripada mengerjakan maksiat dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang walau sedikit umpama makanan sesuap makanan yang tiada halal pun.

ii)                   Hati tetap ingat kepada Allah s.w.t dan sentiasa khudhu’ (tunduk/rendah diri), sehingga sekejap pun jangan lalai ke hadrat Allah s.w.t

iii)                 Yakin di hati dengan tiada syak lagi bahawa permintaan kita itu diperkenankan Allah s.w.t  sebagaimana mafhum sabda Rasulullah “Bahawasanya Allah s.w.t  Tuhan kamu ialah Tuhan Yang  Hidup dan sangat Pemurah dan Pemalu jika tidak memperkenankan doa hambaNya”.

iv)                 Mana-mana hajat yang dipohon ketika berdoa itu janganlah tertinggal pada cita-cita sahaja dengan tiada diusahakan ialah jika berkenaan dengan ringan tulang dan ikhtiar yang berhubung di antara satu dengan lain.

Sementara adab berdoa pula, Dato’ Perdana Menteri menyatakan sebagaimana berikut;

i)                    Bersih daripada segala hadas.

ii)                   Mengadap kiblat, duduk bertimpuh seperti kedudukan tahiyyat awal.

iii)                 Waktu berdoa mengangkat dua tangan sampai berbetulan dengan bahu dan menjadikan tapak tangan ke pihak muka dan jangan memandang ke pihak langit.

iv)                 Mulai dengan memuji Allah s.w.t  umpama membaca allahamdulillah  dan berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

v)                  Mengumumkan doa selamat sejahtera bagi kita dan bagi sekalian manusia.

vi)                 Mengaku kejahatan diri sendiri dan bersungguh meminta ampun kepada Allah s.w.t .

vii)               Ketika berdoa, ingatlah apa-apa  yang dihajati.

viii)              Sesudah habis berdoa sapulah kedua tangan ke muka (meraup muka).

Itulah antara yang dinyatakan oleh Dato’ Perdana Menteri. Bagi ahli-ahli PAS yang berada dalam situasi kusut lantaran gelombang fahaman Unity Government, maka disyorkanlah agar mereka ini semua sentiasa cekal hati disamping berdoa ke hadrat Ilahi. Mudah-mudahan segala perancangan puak pro- Unity Government @kerajaang perpaduang akan menemui kegagalan……………Amiiiiiinn…. Selamat bermuktamar di PUTIK.

sila klik di bawah;

http://g-82.blogspot.com/2010/06/tahniah-blogger-dapat-sekadar-pas.html

http://g-82.blogspot.com/2010/06/jadilah-media-umno-muktamar-akan-bagi.html

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.