Tuntutan berdoa dalam apa jua situasi

Rasulullah pernah bersabda “Doa adalah senjata seseorang mukmin”. Tak kira sama ada ketika berada dalam situasi susah ataupun senang, seseorang muslim dituntut agar senantiasa berdoa sebagai tanda bersyukur dan menaruh harapan tinggi terhadap Allah Azza wa Jaala. Sehubungan ini, beberapa fakta yang dinyatakan oleh Dato’ Perdana Menteri Haji Nik Mahmud bin Ismail (Mantan Menteri Besar Kelantan tahun 1921-1944) dalam hasil karya beliau yang berjodol Pati Rahsia (hlm 23-26) wajar diberi perhatian sepenuhnya. Pati Rahsia pada ada asalnya ditulis dalam tulisan jawi kini boleh juga didapati dalam edisi rumi. Berkaitan dengan doa, Dato’ Perdana Menteri menghuraikan beberapa perkara, seperti;

Ketika yang mustajab berdoa yang telah masyhur disisi ahlinya, iaitu;

a)      Tiap-tiap lepas solat fardhu.

b)      Satu pertiga yang akhir daripada mana-mana malam, istimewa pula pada malam jumaat  (dahulu daripada masuk waktu subuh).

c)       Lepas daripada solat asar (di dalam waktu asar hingga jatuh matahari tiap-tiap hari jumaat).

d)      Lain ketika hendaklah mengikut bagaimana yang telah disebut pada tempat yang berkenaan dengan mana-mana surah, ayat selawat dan lainnya.

e)      Jikalau sekiranya kita ada terkena kesusahan apa-apa, tiada masa bagi kita menunggu ketika yang ditentukan itu, bacalah dan mintalah doa pada mana-mana ketika. Allah s.w.t sedia menerima doa tiap-tiap seseorang yang dikehendakiNya dan yakinlah dengan kuat bahawa Allah mengurniakan apa-apa permohonan kita dan Allah jua yang berkuasa di atas tiap-tiap suatu. Berserahlah kepadaNya. Mafhum sabda Rasulullah “Sesiapa yang tidak berdoa memohon daripada Allah Taala nescaya mengenai ke atasnya kemurkaan”.  Mafhum sabda Rasulullah juga “Sesiapa yang ingin supaya Allah menerima dan memperkenankan permohonannya pada masa datang bala atau pada mana-mana masa kesusahan, banyakkanlah berdoa pada masa di dalam kesenangan”.

Syarat-Syarat dan Adab Berdoa;

Siapa- siapa yang berdoa hendaklah menyempurnakan segala syarat-syaratnya dan mengikut bagaimana adab-adabnya. Adapun syarat-syaratnya ialah;

i)                    Hendaklah berhenti daripada mengerjakan maksiat dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang walau sedikit umpama makanan sesuap makanan yang tiada halal pun.

ii)                   Hati tetap ingat kepada Allah s.w.t dan sentiasa khudhu’ (tunduk/rendah diri), sehingga sekejap pun jangan lalai ke hadrat Allah s.w.t

iii)                 Yakin di hati dengan tiada syak lagi bahawa permintaan kita itu diperkenankan Allah s.w.t  sebagaimana mafhum sabda Rasulullah “Bahawasanya Allah s.w.t  Tuhan kamu ialah Tuhan Yang  Hidup dan sangat Pemurah dan Pemalu jika tidak memperkenankan doa hambaNya”.

iv)                 Mana-mana hajat yang dipohon ketika berdoa itu janganlah tertinggal pada cita-cita sahaja dengan tiada diusahakan ialah jika berkenaan dengan ringan tulang dan ikhtiar yang berhubung di antara satu dengan lain.

Sementara adab berdoa pula, Dato’ Perdana Menteri menyatakan sebagaimana berikut;

i)                    Bersih daripada segala hadas.

ii)                   Mengadap kiblat, duduk bertimpuh seperti kedudukan tahiyyat awal.

iii)                 Waktu berdoa mengangkat dua tangan sampai berbetulan dengan bahu dan menjadikan tapak tangan ke pihak muka dan jangan memandang ke pihak langit.

iv)                 Mulai dengan memuji Allah s.w.t  umpama membaca allahamdulillah  dan berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

v)                  Mengumumkan doa selamat sejahtera bagi kita dan bagi sekalian manusia.

vi)                 Mengaku kejahatan diri sendiri dan bersungguh meminta ampun kepada Allah s.w.t .

vii)               Ketika berdoa, ingatlah apa-apa  yang dihajati.

viii)              Sesudah habis berdoa sapulah kedua tangan ke muka (meraup muka).

Itulah antara yang dinyatakan oleh Dato’ Perdana Menteri. Bagi ahli-ahli PAS yang berada dalam situasi kusut lantaran gelombang fahaman Unity Government, maka disyorkanlah agar mereka ini semua sentiasa cekal hati disamping berdoa ke hadrat Ilahi. Mudah-mudahan segala perancangan puak pro- Unity Government @kerajaang perpaduang akan menemui kegagalan……………Amiiiiiinn…. Selamat bermuktamar di PUTIK.

sila klik di bawah;

http://g-82.blogspot.com/2010/06/tahniah-blogger-dapat-sekadar-pas.html

http://g-82.blogspot.com/2010/06/jadilah-media-umno-muktamar-akan-bagi.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: