Bila heboh larangan terhadap bloggers pro-pakatan membuat liputan dalam Muktamar PAS ke -56, saya pun rasa tawar hati nak masuk dalam Dewan PUTIK dan mendengar Ucapan Dasar Presiden PAS secara live yang memang entah apa-apa. Malah ucapan-ucapan serta ulasan-ulasan tambahan oleh para perwakilan berkaitan dengan Ucapan Dasar oleh Presiden PAS, al-Fadhil Haji Hadi hanya berbentuk mujamalah secara spontan. Sebab tuh saya hanya meninjau dan ambil gambar-gambar berkaitan dengan ekspo pameran dan gerai-gerai rakyat yang berniaga di luar dewan sahaja. Meskipun saya tak sokong fahaman kerajaang Perpaduang, namun itu bukan bererti saya bersikap double standard terhadap golongan ini. Gambar Cikgu Pa, Ustaz Nasa, Haji Hadi dan mereka yang sentiasa wala’ dengan kepimpinan ulama’ terompah kayu pun saya siarkan gambar mereka tanpa edit. Anyway, dalam kalangan pimpinan PAS Kelantan, ada seramai empat orang yang saya tidak boleh panggil atau berbahasakan Dato’ jika saya bercakap secara bersemuka dengan mereka meskipun adakala saya menggunakan istilah Dato kepada mereka ini dalam sesetengah artikel saya. Keras rasanya lidah ini nak memanggil mereka Dato’ jika bercakap secara bersemuka. Ini kerana saya kenal keempat-empat orang ini sejak saya berada di bangku sekolah rendah lagi dan pada masa itu mereka belum dapat tittle Dato’ lagi. Mereka ialah Tok Guru Nik Aziz, Cikgu Rahim (Dato Wan AbdulRahim), Ustaz Halim (Dato’ AbdulHalim AbdulRahman) dan Abe Husam (Dato’ Husam Musa). Barangkali masih ramai juga orang lain yang keras lidah untuk memanggil mereka ini Dato’ seperti saya…..
12 Jun