Khasiat Belalang Beras.

Jutaan ekor belalang dalam timbunan padi yang dituai.

Mengutip belalang dalam timbunan padi

Mengutip belalang beras selepas padi dituai memang menyeronokkan. Ia  boleh didapati dengan banyak sekali terutama setelah padi yang ditanam secara organik dituai dengan menggunakan jentera pengetam padi (combine harvester). Belalang merupakan satu-satunya species serangga yang halal dimakan di sisi syariat Islam. Dalam kitab al-Shahihain (al-Bukhari dan Muslim) dinyatakan sepotong hadis daripada Abdullah bin Abi Aufi yang berkata “Kami pernah turut berperang bersama Rasulullah s.a.w dalam tujuh peperangan dan pada ketika itu kami makan belalang”. Malah Rasulullah s.a.w sendiri pernah menegaskan “Dihalalkan kepada kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah; iaitu; ikan dan belalang dan juga hati dan limpa”.

Dalam mafhum hadis ini, penegasan tentang dua jenis bangkai (ikan dan belalang) meskipun yang telah mati dan tak perlu disembelih (tanpa penggunaan racun yang memudharatkan kesihatan manusia) dan dua jenis darah (hati dan limpa haiwan yang halal dimakan selepas disembelih mengikut syarak) menunjukkan bahawa bahan-bahan makanan tersebut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri terutama sekali belalang.

Belalang diisikan ke dalam botol

Menurut kitab al-Tib al-Nabawwi (hlm 311), khasiat makan belalang amat baik bagi mengubati beberapa jenis penyakit. Jika dimasak secara kukus, ia dapat mengubati penyakit susah hendak kencing seperti dedas atau kencing tidak lawas dan penyakit buasir. Jika dimakan belalang yang belum bersayap dengan dibakar, ia mampu menghilangkan bisa racun kala jengking dan bisa binatang-binatang lain. Malah jika diamal memakannya secara berterusan, serangga ini juga dapat menguruskan badan. Namun pemakanan belalang tidak digalakkan bahkan mudharat bagi mereka yang mengalami sakit kepala dan lumpuh tidak dapat bergerak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: