Dinar dan Dirham di Kelantan

Penemuan sekeping dinar emas di Kelantan dalam tahun 1914M yang dijumpai tertanam di bekas istana Kota Kubang Labu, ada tertulis dihadapannya “al-Julus Kelantan  577” membuktikan Kelantan telah diperintah oleh pemerintah Islam sejak tahun 577H bersamaan dengan tahun 1181M[1]. Kerajaan ini hidup merdeka sehinggalah ia jatuh di bawah kekuasaan Sultan Mahmud Shah Melaka yang melancarkan serangan ke atasnya pada tahun 1477M[2]. Namun sebelum kejatuhannya ke tangan Melaka, kerajaan Kelantan sempat mengadakan hubungan erat dengan Negara China  di mana pada tahun 814H bersamaan 1411M, pemerintah Kelantan yang bernama Engku Umar saling menghantar utusan dengan raja China[3].  Tiada lagi catitan sejarah ditemui yang mengatakan bahawa penggunaan matawang dinar masih diteruskan selanjutnya selepas kejatuhan kerajaan tersebut. Penggunaan matawang dinar akhirnya kekal dalam lipatan sejarah silam sahaja apabila otak Yahudi mula menggantikan penggunaan dinar emas dengan wang kertas yang digunakan pakai di seluruh dunia. Situasi jadi semakin bertambah ketara lebih-lebih lagi selepas penguatkuasaan ekonomi global yang dimonopolikan oleh Amerika Syarikat dan Yahudi yang menekankan penggunaan Dollar US sekitar tahun 1977.

Menyedari kesan negative penguasaan ekonomi global oleh Amerika Syarikat dan Yahudi, Negara-negara Eropah mulai bangkit dengan memperkenalkan dan menggunakan matawang Euro demi kestabilan ekonomi mereka di rantau dunia khususnya di Eropah. Dalam kegawatan dan kekalutan ekonomi ini, muncul seorang hamba Allah di Germany bernama Mr.Umar Vanillo (berbangsa Spanyol/dalam gambar memakai coat hitam) yang sentiasa peka dengan status perkembangan ekonomi dunia. Hasil penelitian dan pengamatan beliau, Mr.Umar berpendapat bahawa ekonomi umat Islam hanya mampu kembali utuh dan kukuh jika umat Islam kembali bersatu padu dan bersepakat menggunakan matawang dinar dirham dalam urusan harian mereka sepertimana yang pernah dipraktikkan di zaman Rasulullah s.a.w dahulu. Inilah sebenar-benar jihad ekonomi yang wajar dilancarkan oleh Umat Islam dalam usaha untuk melumpuhkan penguasaan serta monopoli ekonomi dunia oleh Amerika Syarikat dan Yahudi. Sekitar tahun 1995, satu rombangan kerajaan PAS Kelantan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Eropah dan pada masa inilah mereka berpeluang berkenalan dengan Mr.Umar Vanillo di Germany dan bermalam di rumah beliau. Turut sama dalam rombongan itu ialah Hj.Husam Musa, Ustaz Abdul Halim  dan juga abah saya sendiri, Hj.Hashim Omar.  Dalam pertemuan itu, Mr.Umar meluahkan hasrat dan cita-citanya untuk mengembalikan semula kegemilangan ekonomi Islam melalui penggunaan matawang dinar dan dirham. Dengan kata lain, proses memboikot beberapa jenama perniagaan seperti Coca Cola, Mc Donald, KFC dan lain-lain lagi sebenarnya tidaklah menjejaskan sangat ekonomi Amerika dan juga Yahudi kecuali jika umat Islam kembali semula menggunakan matawang dinar dan dirham.  Mengapa tidak diboikotkan sama penggunaan senjata M-16 yang direkacipta oleh Amerika Syarikat yang sering digunakan untuk membunuh umat Islam di seluruh dunia???

Sahabat lama...bertemu kembali dalam Ekspo Muktamar PAS ke-56

Gambar kenangan di Ekspo

Disamping itu, beliau juga menekan betapa pentingnya Open Market diwujudkan dalam usaha menjana ekonomi sesebuah Negara.  Masa berlalu cepat silih berganti. Akhirnya Kelantan di bawah pemerintah PAS berjaya mengembalikan semula kegemilangan  penggunaan matawang dinar[4] meskipun tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan pusat.

Dalam kemeriahan ekspo di Muktamar PAS ke-56 baru-baru ini, semua mata mereka yang mengenali Mr.Umar Vanillo terkejut dengan kehadiran beliau yang turut sama menyerikan ekspo berkenaan dengan memperkenal dan menerangkan sejelas-jelasnya tentang keistimewaan matawang dinar dirham kepada para pengunjung ekspo tersebut. Tidak disangka-sangka seorang tokoh pejuang yang berani melancarkan jihad ekonomi terhadap Amerika dan Yahudi juga sanggup meluangkan masanya turut sama memperjuangkan nasib matawang dinar (syiling emas) dan dirham (syiling perak)  di Kelantan. Dalam kesempatan ini, saya sempat mengambil beberapa gambar beliau sebagai kenangan.

Dinar dan dirham di bawah pemerintahan PAS Kelantan

Antara dinar dan dirham Kelantan yang dipamerkan


[1] Sa`ad Shukri Haji Muda (1971), Detik-Detik Sejarah Kelantan. Pustaka Aman Press. Kota Bharu. hlm 7.

[2] Ibid, hlm 28.

[3] Ibid, hlm 33.

[4] Sila lihat kertas kerja bertajuk, Kembalinya Dinar –Sejarah dan Implikasinya, Aspek Pengawalan Matawang Dinar dan kertas kerja bertajuk Mengapa Dinar Emas Sejajar Dengan Maqasid al-Syariah. Semua kertas kerja ini dibentangkan di Dewan Tanjung, Hotel Perdana pada 20 Sept. 2006.

3 responses to this post.

  1. Alhamdulillah

    Dinar dan dirham keluaran kerajaan negeri Kelantan.

    Reply

  2. Tahniah dengan pelancaran Dinar emas dan Dirham perak Kelantan membuka lembaran baru muamalah umat islam sebenar. Zakat, qirad perniagaan dan wakaf boleh ditunaikan tanpa wang kertas yang berbunga. Kebebasan ekonomi pasti membawa kepada kebebasan akal dan rohani serta tidak gentar dengan kuasa kuffar.
    Dinar adalah pemusnah kepada US Dolar atau Euro dimana bank-bank mega mereka terhutang berbilion-bilion secara bon, kredit dan saham kertas saja. Negara islam jual minyak dan komoditi akan habis pupus satu hari nanti.

    Reply

  3. Posted by Ir Hj Muhamad Nor Salleh on 23 August 2010 at 1:56 am

    Tahniah dengan pelancaran Dinar emas dan Dirham perak Kelantan membuka lembaran baru muamalah umat islam sebenar. Zakat, qirad perniagaan dan wakaf boleh ditunaikan tanpa wang kertas yang berbunga.

    Rancang & laksanakan secara profesioanl agar ia dapat menandingi mata wang yang sudah establish di dunia.Aturkan supaya ia dapat menyakinkan negara-negara Islam Sedunia sebagai sandara Mata Wang masing-masing.

    Jangan terlalu emotional dan kita mesti menerima realiti .

    Insha ALLAH, jika kita rancang dan laksanakan secara profesinal, perkara ini dapat dilaksanakan.

    What you can conceive,you can achieve.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: