Archive for June 18th, 2010

Pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan.

Selain berperangai buruk kerana tidak bekerjasama memartabatkan Ekonomi umat Islam dengan kerajaan PAS Kelantan melalui penggunaan matawang dinar dirham, terdahulu daripada itu UMNO dan Barisan Nasional juga terkenal dengan sikap jahat apabila menolak perlaksanaan hukum hudud di Kelantan suatu ketika dahulu. Mungkin ramai dikalangan mereka yang senior dalam PAS kenal dengan cover buku yang saya pamerkan ini. Namun bagi golongan muda ataupun junior dalam PAS, buku ini agak begitu asing kepada mereka. Pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan merupakan sebuah buku yang menceritakan situasi sebenar sejarah perjuangan PAS dalam usaha menegakkan syariat Alllah di muka bumi tapi dihalang mentah-mentah oleh UMNO dan Barisan Nasional. Selain mengenengahkan petikan enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, buku ini juga padat dengan keratan-keratan akhbar isu-isu politik berkaitan dengan hujjah-hujjah dangkal penolakkan terhadap perundangan Syariah secara syumul oleh UMNO dan parti-parti sekutunya.  

Sayang sekali mungkin buku ini sudah tidak lagi berada dalam pasaran meskipun isikandungannya amat ringkas, padat dan bermutu. Selain daripada sesuai sebagai bahan bacaan tambahan kepada masyarakat awam, buku ini juga amat baik dan sesuai sekali dijadikan rujukan  para mahasiswa terutama sekali para calon sarjana yang ingin mendalami sejarah pembikinan perundangan syarak di Kelantan sepanjang era pemerintahan PAS di Kelantan dengan menghasilkan ulasan-ulasan serta karya-karya ilmiah berkaitan dengannya sama ada dalam bentuk thesis ataupun artikel-artikel ilmiah sebagai tatapan dan sumber pengetahuan tambahan kepada generasi masa depan.