Archive for June, 2010

Suasana Ekspo di Muktamar PAS ke-56 (Part 1)

Banyak juga gambar-gambar menarik yang sempat saya ambil bermula dari 9hb-11hb.Jun 2010. Antaranya ialah;

Hj.Wan Zul. Hj. Zakaria dan Hj.Razali

Pameran Sunnah Tani dapat sambutan ramai

Sambutan terhadap ekspo amat memberangsangkan

This is Mr.Zaini PMBK

Para petugas Sunnah Tani kemas beruniform

Sehari sebelum ekspo di PUTIK

Menyediakan beras untuk dipamer dan dijual

Inilah telur itik organik !

Apa yang penting ...kerjasama

Dewan Perhimpunan ini sesuai dipanggil Dar al-Nadwah

Jentera pengetam padi (combine harvester)

Padi beras wangi organik yang baru dituai

ما شاء الله...... هذا من فضل ربنا

Tuntutan berdoa dalam apa jua situasi

Rasulullah pernah bersabda “Doa adalah senjata seseorang mukmin”. Tak kira sama ada ketika berada dalam situasi susah ataupun senang, seseorang muslim dituntut agar senantiasa berdoa sebagai tanda bersyukur dan menaruh harapan tinggi terhadap Allah Azza wa Jaala. Sehubungan ini, beberapa fakta yang dinyatakan oleh Dato’ Perdana Menteri Haji Nik Mahmud bin Ismail (Mantan Menteri Besar Kelantan tahun 1921-1944) dalam hasil karya beliau yang berjodol Pati Rahsia (hlm 23-26) wajar diberi perhatian sepenuhnya. Pati Rahsia pada ada asalnya ditulis dalam tulisan jawi kini boleh juga didapati dalam edisi rumi. Berkaitan dengan doa, Dato’ Perdana Menteri menghuraikan beberapa perkara, seperti;

Ketika yang mustajab berdoa yang telah masyhur disisi ahlinya, iaitu;

a)      Tiap-tiap lepas solat fardhu.

b)      Satu pertiga yang akhir daripada mana-mana malam, istimewa pula pada malam jumaat  (dahulu daripada masuk waktu subuh).

c)       Lepas daripada solat asar (di dalam waktu asar hingga jatuh matahari tiap-tiap hari jumaat).

d)      Lain ketika hendaklah mengikut bagaimana yang telah disebut pada tempat yang berkenaan dengan mana-mana surah, ayat selawat dan lainnya.

e)      Jikalau sekiranya kita ada terkena kesusahan apa-apa, tiada masa bagi kita menunggu ketika yang ditentukan itu, bacalah dan mintalah doa pada mana-mana ketika. Allah s.w.t sedia menerima doa tiap-tiap seseorang yang dikehendakiNya dan yakinlah dengan kuat bahawa Allah mengurniakan apa-apa permohonan kita dan Allah jua yang berkuasa di atas tiap-tiap suatu. Berserahlah kepadaNya. Mafhum sabda Rasulullah “Sesiapa yang tidak berdoa memohon daripada Allah Taala nescaya mengenai ke atasnya kemurkaan”.  Mafhum sabda Rasulullah juga “Sesiapa yang ingin supaya Allah menerima dan memperkenankan permohonannya pada masa datang bala atau pada mana-mana masa kesusahan, banyakkanlah berdoa pada masa di dalam kesenangan”.

Syarat-Syarat dan Adab Berdoa;

Siapa- siapa yang berdoa hendaklah menyempurnakan segala syarat-syaratnya dan mengikut bagaimana adab-adabnya. Adapun syarat-syaratnya ialah;

i)                    Hendaklah berhenti daripada mengerjakan maksiat dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang walau sedikit umpama makanan sesuap makanan yang tiada halal pun.

ii)                   Hati tetap ingat kepada Allah s.w.t dan sentiasa khudhu’ (tunduk/rendah diri), sehingga sekejap pun jangan lalai ke hadrat Allah s.w.t

iii)                 Yakin di hati dengan tiada syak lagi bahawa permintaan kita itu diperkenankan Allah s.w.t  sebagaimana mafhum sabda Rasulullah “Bahawasanya Allah s.w.t  Tuhan kamu ialah Tuhan Yang  Hidup dan sangat Pemurah dan Pemalu jika tidak memperkenankan doa hambaNya”.

iv)                 Mana-mana hajat yang dipohon ketika berdoa itu janganlah tertinggal pada cita-cita sahaja dengan tiada diusahakan ialah jika berkenaan dengan ringan tulang dan ikhtiar yang berhubung di antara satu dengan lain.

Sementara adab berdoa pula, Dato’ Perdana Menteri menyatakan sebagaimana berikut;

i)                    Bersih daripada segala hadas.

ii)                   Mengadap kiblat, duduk bertimpuh seperti kedudukan tahiyyat awal.

iii)                 Waktu berdoa mengangkat dua tangan sampai berbetulan dengan bahu dan menjadikan tapak tangan ke pihak muka dan jangan memandang ke pihak langit.

iv)                 Mulai dengan memuji Allah s.w.t  umpama membaca allahamdulillah  dan berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

v)                  Mengumumkan doa selamat sejahtera bagi kita dan bagi sekalian manusia.

vi)                 Mengaku kejahatan diri sendiri dan bersungguh meminta ampun kepada Allah s.w.t .

vii)               Ketika berdoa, ingatlah apa-apa  yang dihajati.

viii)              Sesudah habis berdoa sapulah kedua tangan ke muka (meraup muka).

Itulah antara yang dinyatakan oleh Dato’ Perdana Menteri. Bagi ahli-ahli PAS yang berada dalam situasi kusut lantaran gelombang fahaman Unity Government, maka disyorkanlah agar mereka ini semua sentiasa cekal hati disamping berdoa ke hadrat Ilahi. Mudah-mudahan segala perancangan puak pro- Unity Government @kerajaang perpaduang akan menemui kegagalan……………Amiiiiiinn…. Selamat bermuktamar di PUTIK.

sila klik di bawah;

http://g-82.blogspot.com/2010/06/tahniah-blogger-dapat-sekadar-pas.html

http://g-82.blogspot.com/2010/06/jadilah-media-umno-muktamar-akan-bagi.html

Gaya hidup sihat dalam masyarakat majmuk di Thailand.

Selain daripada kegigihan berusaha mencari rezeki dan amalan menjaga kebersihan, amalan gaya hidup sihat yang diterapkan dalam budaya kehidupan masyarakat majmuk di Thailand turut mengagumkan saya. http://kickdefella.wordpress.com/2007/11/06/powerless-yet-powerful/

Boleh dikatakan seluruh taman riyadah di seluruh negara Thailand dilengkapi dengan alat-alat senaman out door fitness.  Setiap pagi dan petang, taman-taman ini lazimnya  dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat yang suka bersenam. Dengan penyediaan alat-alat out door fitness oleh pihak kerajaan ini, budaya bersenam dan penjagaan kesihatan di kalangan rakyat Thai semakin menyerlah dan mendapat sambutan ramai.  Ada juga guru-guru senaman aerobic yang disediakan bagi menggalakkan rakyat Thai terutamanya kaum wanita untuk berpeluh dan membakar kalori mereka di waktu petang. Muzik aerobik dihentikan  kira-kira pukul 7 petang sebelum solat maghrib. Begitulah juga amalan harian Pak Nik Leh, seorang ahli peniaga berjaya di bandar Pattani yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan berjogging sejauh 4 km pagi dan juga 4km petang setiap pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat. Ini kerana pada setiap hari Jumaat, beliau akan mengajak anak-anaknya menziarahi kubur ayahanda beliau disamping bersarapan pagi bersama ibunya di Kampung Kresik.

Membakar kalori di waktu petang

Beraerobik bersama tanpa mengira agama

Pak Nik Leh bersenam dengan menggunakan salah satu out door fitness

Berusaha menurunkan berat badan

Bersenam mencerdaskan minda

Terima kasih Pak Nik Leh Sekeluarga!

Hampir seminggu lebih saya tidak berpeluang menjamah laktop kerana sibuk dengan penyusunan dan penyemakan buku Sejarah PAS Kelantan (1959-1978). Allahamdulillah ia akan dicetak dan seterusnya  berada dalam pasaran dalam tempoh yang terdekat ini.  Selepas siap membuat penyemakan buku tersebut, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk makan angin di negara seberang, Thailand. Pada pagi Jumaat 4hb.Jun 2004, Abah juga turut bersama kami menyeberangi ke seberang melalui jeti Pengkalan Kubor dan terus menuju ke Pattani. Selain untuk berehat, anak-anak saya juga berpeluang belajar dan mengetahui tentang budaya dan resam hidup masyarakat Thai terutama sekali corak kehidupan umat Islam di Pattani dan juga Hatyai.

Feri sedang menyeberang di Pengkalan Kubor

Kehadiran kami di sana diraikan dengan penuh mesra oleh Pak Nik Leh sekeluarga. Kalau tidak kerana Pak Nik Leh dan keluarganya, sudah tentulah percutian sambil belajar kami sekeluarga tidak  begitu bermakna dan ceria. Di Pattani kira-kira pukul 3 petang, Nik Hasan (anak lelaki Pak Nik Leh) menempatkan kami di CS Hotel Pattani.   Pada waktu malam lebih kurang pukul 8:30 malam, kami dijemput  ke rumah Pak Nik Leh untuk menikmati hidangan ringan dan Pak Nik Leh mempelawa untuk membawa kami bersiar-siar ke Bandar Hatyai keesokan harinya.

Anak-anak bersantai di kolam renang CS Hotel

Selepas breakfast di hotel pada pagi 6hb.Jun 2010, kami berpeluang ronda-ronda keliling Bandar Pattani dan singgah sekejap di Taman rekreasi tempat beriyadah (bersenam) bagi masyarakat majmuk di Pattani. Pasar Tani di bandar Pattani begitu amat menarik perhatian kami!!!

Gaya hidup sihat masyarakat majmuk di Pattani

Pasar pagi di bandar Pattani

Selepas check out dari CS Hotel pada pukul 11:30 pagi, 5hb.Jun 2010, dengan dua buah transports ( Toyota Hi-Lux dan Mitsubishi Grandis), kami dua keluarga menuju ke Hatyai. Sesampai di sana, isteri Pak Nik (Puan Rosmah, Staff nurse di Hospital Pattani) membawa kami menjamu selera di restoran sahabat lamanya di tengah bandar Hatyai. Huyooooooi ! Sedap sungguh sup sayur air di restoran ini! Dua hari di seberang, berat badan saya pun turut meningkat sikit!!!  Ikut bersama dalam perjalanan kami ini ialah Nik Hasan (anak lelaki Pak Nik Leh), Nik Hamidah (anak perempuan Pak Nik Leh, penuntut tahun tiga jurusan Media /information & Management di University Prince of Songkhla), Hawa (cucu Pak Nik Leh) dan  juga Nik Abdullah (anak bongsu lelaki Pak Nik Leh).

Pak Nik Leh (tengah) bersama anaknya Nik Hasan dan Hawa cucunya

Menunggu hidangan lunch

Nik Hamidah, penuntut tahun tiga di Universiti Prince of Songkhla

Lepas makan tengahari, Pak Nik Leh bawa kami ke supermarket Diyana. Di sini anak-anak saya bersama anak beliau, Nik Abdullah dan juga cucu perempuannya (Hawa)  mula berpeluang untuk beramah mesra dan bermain bersama.

Puan Rosmah berbaju purple

Bermain di Supermarket Diyana

After that, kami dibawa pula melihat dan meninjau Floating Boat Market di Hatyai. Floating Boat Market merupakan antara tempat yang paling strategic bagi kerajaan Thai dari sudut perkembangan ekonomi rakyat dan sentiasa dikunjungi ramai oleh para pelancong dari dalam dan juga luar. Di sini berbagai jenis masakan dimasak dan dijual di dalam sampan-sampan di tebing sungai Hatyai.  

Meninjau Floating Boat Market di Hadyai

Kenangan abadi

Pada malam hari pula, Pak Nik Leh sekeluarga membawa kami  menetap di Haad Kaew Resort  di Songkhla. Keesokan pagi (Ahad 6hb, Jun 2010), sebelum berangkat pulang ke Pattani, kami mandi kolam dan membeli belah di pasar pakaian di pinggir Bandar Hatyai. Sesampai di Pattani, kami dijamukan sekali dengan jamuan nasi dengan lauk pauk yang amat lazat seperti Tom Yam Pattani dan juga sayur daging. Selesai saja menjamu selera, kami  bersalaman, mengucap terima kasih dan meminta izin untuk pulang ke Kelantan. Dalam perjalanan pulang, saya sempat meninjau kawasan memproses garam di pinggir Bandar Pattani dan belajar serba sedikit cara memproses garam.  Musim kemarau dan udara sejuk berangin merupakan cuaca yang paling sesuai untuk memproses garam.

Pak cik Mamat sedang memproses garam

Bendang garam

Garam diperam dalam stor

Pada awalnya, air laut perlu dipam masuk ke dalam bendang tanah berselut (berlumpur) untuk tempoh 4-5 hari dan membentuk garam. Selepas itu, garam-garam ini akan diangkat untuk dibersihkan daripada lumpur-lumpur yang melekat padanya dengan air garam/ air laut (tidak boleh sama sekali dibersih dengan air biasa). Akhir sekali garam-garam ini akan diperam selama tempoh lebih kurang dua bulan untuk dikeringkan sebelum ia boleh dibungkus  dan dijual di pasaran. Sungguh menarik sekali cara rakyat Pattani berusaha mencari rezeki!!! Lebih kurang pukul 9:30 malam kami sampai ke Imigresen Sungai Golok untuk dicop semua passport dan terus masuk ke negeri Kelantan.