PAS UMNO bersatu perjuangkan Islam???

Nik Aziz setuju Pas-UMNO bersatu perjuang Islam

KOTA BHARU 13 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini.

Tegas beliau, perjuangan beliau bersama Pas selama ini memang untuk menyatukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini daripada mempercayai perkara yang tidak betul.

Katanya, Islam sendiri merupakan agama yang menggesa penganutnya untuk bersatu dan hanya mempercayai Tuhan yang satu.

“Islam itu agamanya Tauhid untuk menyatukan bukan sekadar Tuhan satu tetapi manusia semua mesti bersatu.

“Islamlah yang paling baik untuk menyatukan manusia. Kalau tidak boleh bersatu tubuh pun, dapat bersatu pemikiran pun bolehlah,” jelas beliau ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pendapat beberapa ulama di negara ini yang komited bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong masing-masing.

Antara individu yang menyokong penyatuan itu adalah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Kedua-dua ilmuwan Islam ini sependapat bahawa penyatuan antara kedua-dua parti membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam di negara ini bertambah kuat.

Semalam, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam berkata, kerjasama antara kedua-dua parti ini membolehkan dasar Islam dijalankan termasuk hukum hudud berbanding tindakan kerjasama dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.

Ketika ditanya mengenai pandangan berkenaan, Nik Abdul Aziz berkata:

“Betullah tu… Betul. Saya berjuang dalam Pas pun untuk menyatukan semua orang.

“Saya tidak mahu orang Melayu yang sudah Islam ini menyokong perkara yang bukan-bukan,” tegas beliau.

Bagaimanapun tegasnya, UMNO perlu mengubah dasar parti itu kepada Islam berbanding dasar kebangsaan yang diamalkan sekarang sekiranya mahu bergabung dengan Pas.

Dipetik dari;

http://www.utusan.com.my/utusan/

Towardsmardhatillah:

Saya kurang pasti sama ada petikan kenyataan akhbar yang tertera di atas ini telah dimanipulasikan oleh pihak Utusan Malaysia ataupun tidak. Namun apa yang pasti dan sering berlegar dalam benak saya ialah; mengapa UMNO perlu masa untuk bergabung dengan PAS terlebih dahulu bagi melaksanakan perundangan syariat secara syumul sedangkan kuasa mutlak  untuk memerintah Malaysia sudah lama dimiliki oleh UMNO dan Barisan Nasional?.

 

 

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by Pemerhati Muda on 19 April 2011 at 6:40 pm

    Salam. Pada pandangan peribadi saya, saya tak nampak relevannya PAS bersatu dengan satu parti yg semestinya tidak sehaluan dengan mereka. Antara sebabnya ialah seperti di bawah:

    1. PAS satu parti yang memperjuangkan Islam, oleh itu jika Umno juga memperjuangkan Islam, mengapa pengeluaran akhbar Harakah yang bermotifkan Membangun Bersama Islam pernah diterhadkan satu ketika dahulu?
    2. Pada tahun 2007-2008, PAS pernah diancam oleh para pemimpin Umno sendiri yg pernah mencadangkan supaya dihilangkan perkataan ‘Islam’ pada nama parti PAS.
    3. Ketika musim pilihanraya negeri Sarawak baru minggu lepas, PM Najib sendiri dengan angkuhnya berkata bahawa PAS ini parti yg pandai buat2 bersalam dengan org ramai tetapi berhati busuk.
    4. Juga, PAS terus disindir dalam akhbar Utusan Malaysia (milik kerajaan BN) oleh kerana tidak berjaya menawan mana2 kerusi di PRN Sarawak.
    5. Lagi pasal Umno, para pemimpin Umno selalu berhasrat untuk membangunkan negeri Kelantan tetapi royalti minyak yg seharusnya dimiliki Kelantan terus dinafikan haknya oleh kerajaan Pusat BN. Kenapa nak bersatu dgn PAS tapi tidak ikhlas bangunkan Kelantan? Bukankah tugas bangunkan Kelantan juga termasuk dalam tugas kerajaan Pusat BN?
    6. Juga Umno tak usah berbicara pasal perpaduan Melayu. Pada PRU 2008, banyak kerusi kawasan Melayu seperti Tg Malim, Bukit Gantang etc dicalonkan BN org bukan Melayu, sedangkan calon PAS semestinya Melayu. Jadi siapakah yg betul2 menjaga hak org Melayu sebenarnya ni?

    Dari beberapa contoh ini (baru beberapa, belum semuanya) jelaslah Umno sendiri pun tidak ikhlas bila mereka mengatakan BERSATU dengan PAS demi Islam. Secara kesimpulannya, Umno dengan PAS tidak akan dapat bersatu kerana Umno sendiri adalah satu parti yang sangat busuk dari mulut sehingga ke ususnya (sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Tun Dr M sendiri beberapa tahun dulu). Alangkah malunya Umno kerana mahu bersatu dengan PAS setelah diludahnya PAS seteruk2nya sebelum ini.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: