Archive for August, 2010

Muslimat Sudan tidak takut mati

Antara kejayaan besar revolusi Islam di Sudan ialah membangkitkan semangat jihad di kalangan kaum wanita untuk berani mati di medan tempur. Laungan slogan “jihad”, “nasr” “syahadah” sering digema oleh para mujahidat Sudan dalam apa jua situasi demi membakar semangat juang masing-masing dalam usaha meraih mardhatillah. Mereka ini yang terpilih sebagai tentera pertahanan rakyat (difa’ sya`bi) begitu berbangga dengan penghormatan yang diterima. Ganjaran susulan yang diimpikan bakal dikecapi di akhirat kelak.

Kitab al-Shaum mazhab Syiah (Puasa) bhg. 4

Tajuk-tajuk menarik dalam kitab al-Shaum mazhab Syiah masih banyak yang belum diterjemah dan disiarkan lagi. Maklumlah sekarang nih kita semua dah berada di akhir Ramadhan. Banyak masa perlu diperuntukan bagi menyediakan persiapan-persiapan hari raya. Begitu  juga masa yang diperlukan untuk beli baju-baju raya anak-anak. Lantaran itu, masa untuk saya mengadap laktop juga amat terhad.   Paling menarik sekali, Kitab al-Shaum ini turut mengutarakan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh kedua-dua pihak Sunni dan Syiah berkisarkan tentang perihal puasa dan segala ibadat di bulan Ramadhan serta fadhilatnya.

Perkara-perkara Membatalkan Puasa.

Selanjutnya, perkara-perkara membatalkan puasa[1] jika lakukan dimaafkan bagi beberapa situasi, iaitu;

i)                    Ketika terlupa.

ii)                   Seseorang yang berpuasa tidan mengetahui bahawa salah satu daripada lapan perkara itu membatalkan puasa.

iii)                 Berlaku secara tidak sengaja seperti seseorang yang membuka mulutnya dan air masuk ke dalam perut atau sedang berenang lalu dia ditenggelami air.

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan adalah wajib apabila terbatal puasanya dan dibenarkan baginya untuk makan ataupun melakukan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa di siang hari bahkan dia perlu menyerupai individu-individu lain yang berpuasa. Setiap puasa yang batal wajib diganti. Kaffarah (denda) tidak diwajibkan keculai apabila perkara membatalkan itu berlaku dengan beberapa syarat, iaitu;

i)                    Berlaku tanpa niat (tidak sengaja).

ii)                   Tidak dipaksa untuk membatalkan puasa.

iii)                 Tidak berkeyakinan ( iktiqad) harus untuk membatalkan puasa.

iv)                 Bukan muntah yang sengaja, maka ia tidak diwajibkan kaffarah.  

Diwajibkan ganti puasa sahaja bagi beberapa situasi berikut;

i)                    Muntah secara sengaja dalam pada siang hari di bulan Ramadhan.

ii)                   Individu yang berjunub pada malam hari di bulan Ramadhan, kemudian tidur dan berniat untuk mandi junub sebelum fajar. Lalu dia bangkit tidur dan kemudian tidur sekali lagi bersekali dengan niat tersebut dan kemudian terbit fajar.

iii)                 Niat membatalkan puasa tanpa melakukan perkara-perkara yang membatalkannya. Mengikut pendapat al-Imam, seseorang yang berniat membatalkan puasa tetapi tidak melakukannya, maka tidak ada apa-apa hukuman ke atasnya.

iv)                 Seseorang yang lupa dirinya dalam situasi berjanabah sehingga melebihi tempoh sehari ataupun lebih daripada sehari.

v)                  Seseorang yang tidak memastikan (tidak selidik) waktu fajar lalu melakukan perkara yang membatalkan puasa, kemudian jelas baginya waktu subuh ketika itu. Adapun bagi individu yang dapat memastikan, maka tiada sebarang hukuman ke atasnya (sama ada qadha ataupun kaffarah).

vi)                 Apabila berpegang dengan pendapat orang yang mengatakan kepadanya  masih belum terbit fajar lalu dia makan dan jelas terbit fajar pada ketika itu.

vii)               Apabila seseorang mengatakan kepadanya “telah terbit fajar, lalu dia tidak yakin dengan kata-kata tersebut atau menggambarkan bahwa individu berkenaan hanya bergurau dan dia melakukan perkara yang membatalkan puasa kemudian kembali yakin dengan kata-kata itu.

viii)              Membuka puasa disebabkan kata-kata seseorang “telah masuk waktu maghrib” kemudian dia dapati masih belum masuk waktunya.

ix)                 Yakin dengan masuknya waktu maghrib lalu dia makan kemudian jelas serta nyata baginya masih belum masuk waktu.

x)                  Seseorang yang berkumur bukan untuk wudhuk hingga menyebabkan air masuk ke dalam perutnya.   


[1] Lapan perkara sepertimana yang dinyatakan dalam entry yang lalu.

Persiapan Lengkap Sebelum Perang (Part 2)

Pada awal zaman penyebaran Islam, ketika mana pasukan tentera mula ingin bergerak , pasukan berkenaan akan dilepaskan dengan ucapan laungan “al-solat  al-jamiah”. Selepas saja laungan digemakan ke udara, para parajurit (sama ada perajurit bergaji ataupun perajurit sukarela) akan segera bergegas untuk berkumpul di markaz besar, iaitu di masjid.  Khalifah/imam ataupun wakilnya akan berucap ringkas sebagai bekalan terakhir sebelum mereka  bergerak ke medan juang. Ucapan-ucapan berapi-api membakar semangat para perajurit agar tidak gentar dan tidak takut mati menggegarkan sanubari setiap parajurit lazim dikumandangkan demi meraih hasil yang gemilang. Factor utama kemenangan tentera Islam ialah keikhlasan mereka yang disaluti semangat jihad disamping mengharapkan ganjaran syurga di hari kemudian kelak. Selain itu,  factor tahan lasak dikalangan para pejuang Islam berbangsa Arab  juga tidak boleh dipandang remeh juga. Ini kerana kerana  para tentera muslimin tahan menderita  dengan bekalan makanan serta ubatan yang sedikit dan sanggup bertempur dengan peralatan senjata yang serba sederhana. Dengan situasi sedemikian, mereka mudah melacarkan serangan gerilla ke atas pihak lawan. Lain cerita pula dengan tentera Rom dan Parsi yang apabila bergerak ke medan tempur , mereka memerlukan peralatan sertas kelengkapan yang banyak seperti khemah-khemah, perlatan memasak, pengangkutan yang banyak seperti kuda, keldai dan unta. Kaedah perang inilah yang dipraktikkan tentera Islam lebih daripada 80 tahun hinggakan mereka mampu menguasai hampir seluruh dunia. Dengan jayanya, mereka mampu menduduki wilayah Syria sampai ke China di Asia, beberapa Negara di Afrika dan beberapa Wilayah di benua Eropah. Pada asalnya Islam tidak mengsyariatkan peperangan kerana Islam mengharamkan pertumpahan darah. Namun dalam konteks menyebarkan kebenaran,peperangan dibenarkan demi menghindari atau menghalang bahaya yang lebih besar muncul.   Lantaran itu, al-Imam Naisaburi berpendapat;  “Perang disyariatkan  adalah bertujuan untuk menghindarkan peperangan”.

Angkatan bersenjata adalah perisai Negara. Tanpanya, sesebuah negara tidak akan mampu tegak dengan kukuh. Oleh itu, hukum kewujudan angkatan tentera adalah wajib kerana sesuatu yang terhalang atau terhenti atasnya wajib, maka hal tersebut menjadi wajib. Rasulullah selaku ketua Negara Islam yang pertama telah dengan jayanya menunjukkan gambaran tentang status angkatan bersenjata menurut citarasa Islam. Jika direnung dan dikaji, pasti didapati bahawa catatan tentang sejarah kepahlawanan dan ketenteraan Islam adalah lebih banyak  jika dibandingkan dengan sejarah-sejarah Islam dalam sector yang lain. Pada mulanya masalah ketenteraan    ini menjadi kewajiban semua  kaum muslimin dengan satu tugas yang disebut “jihad”.  Seterusnya pada zaman Umar  al-Khattab sebagai khalifah, satu lembaga atau badan khusus  ditubuhkan dalam pemerintahan bagi mengurus hal-ehwal yang berkaitan dengan ketenteraan dan persenjataan. Manakala pembentukan tentera secara rasmi mula diperkenalkan pada  era pemerintahan Bani Umaiyyah dan pada ketika itu mereka yang terlibat dengan angkatan bersenjata adalah terbatas kepada mereka yang sedia mengangkat senjata dan mengabdikan diri kepada Negara.

Selaras dengan peredaran zaman, angkatan bersenjata dan pertahanan semakin memerlukan statusnya yang tersendiri.  Pada era pemerintahan Bani Abbasiyyah, Junta Tentera mulai berkuasa langsung berhubung dengan khalifah selaku Ketua Negara. Junta inilah yang bertanggungjawab mengatur  taktik dan strategic pertahanan Negara disamping mengatur gerakan risikan dan politik.  Situasi ini berbeza dengan zaman Rasulullah kerana pimpinan dan arahan langsung dipegang oleh Rasulullah sendiri  lantaran pada masa itu semua lapisan masyarakat secara langsung merupakan anggota angkatan bersenjata.

Persiapan Lengkap Sebelum Perang (Part 1)

Di kala waktu yang dianggar hampir dengan musim pilihanraya umum, adalah wajar jika kita semua menyusuri sejarah silam perjuangan Junjungan Tinggi kita, Rasulullah s.a.w  dan para sahabatnya dalam usaha memartabatkan kalimah   La Ilaha illa Lah Muhammad Rasulullah. Meskipun jihad pada zaman itu merupakan jihad di medan tempur dan jihad Islami di zaman kita sekarang di Malaysia hanyalah jihad di medan siasah (pilihanraya), namun kisah-kisah tauladan silam itu masih boleh dijadikan  iktibar untuk kita semua di masa kini.    

Sebelum angkatan perang ataupun battalion perang berangkat ke medan tempur, terlebih dahulu angkatan tersebut perlu dilengkapi dengan kekuatan peralatan fizikal dan kekuatan mental serta spiritual. Kekuatan peralatan fizikal yang dimaksudkan ialah seperti peralatan senjata, pakaian perang, ilmu pengetahuan tentang taktik dan strategic berperang serta makanan/minuman. Bagi tujuan ini, latihan-latihan tubi dijalankan di lokasi-lokasi strategic yang terpilih dan juga di perkarangan masjid. Malah Rasulullah s.a.w dan Siti Aisyah r.a pernah menyaksikan para perajurit muslimin berlatih dan bersenam di halaman masjid dengan memperagakan ketangkasan menunggang kuda, bermain pedang, lembing dan memanah.

Mafhum firman Allah:

Dan persiapkanlah kekuatan untuk menghadapi  mereka menurut kemampuan  kamu dan pasukan berkuda di medan tempur untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu dan yang lain disamping mereka yang tidak kamu ketahui (tapi) Allah mengetahuinya. Dan segala apa yang kamu belanjakan di jalan Allah  nescaya akan dibayar sempurna  kepada kamu  dan kamu tidak akan dizalimi (surah al-Anfal, ayat 60).

Mengikut Tafsir al-Jalalain; Persiapan kekuatan yang dimaksudkan dalam ayat 60 surah al-Anfal ini ialah memperhebatkan kekuatan angkatan bersenjata seperti memanah dan melontar lembing dan juga pasukan berkuda bertujuan untuk menggempur serta menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu daripada kalangan kuffar Mekah dan juga selain daripada mereka, iaitu golongan munafiqin dan Yahudi yanh kamu tidak tahu tapi Allah mengetahui tentang itu. Dan segala apa yang kamu korban serta belanjakan di jalan Allah pasti  akan diberikan ganjaran sempurna dan pergorbanan kamu itu tentu sekali tidak disia-siakan begitu sahaja.

Manakala persiapan kekuatan mental dan spiritual pula ialah; keberanian, keyakinan terhadap janji Allah dan tawakkal. Lantaran itu, Nabi Muhammad s.a.w selalku Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata yang memegang kuasa member perintah, sebelum bergerak terlebih dahulu mengatur segala sesuatu dengan memberi arahan-arahan kepada komandan-komandan pasukan yang dilantik. Dalam masa yang sama, Rasulullah sering memperingatkan mereka itu semua agar jangan lari kucar kacir bertempiaran apabila melihat jumlah kekuatan musuh yang jauh lebih besar daripada mereka. Sebelum melancarkan operasi, terlebih dahulu senjata akan diperiksa satu persatu, khuatir kalau-kalau ada yang rosak ataupun terbawa senjata sudah lapok. Gerakan pengintipan dilakukan lama sebelum sesuatu serangan dilancarkan. Pusat pertahanan, taktik perang saraf musuh, persenjataan dan segala kelemahan musuh perlu dikaji dan diselidiki[1]. Gerakan perang saraf diatur dengan sebaik mungkin bagi melemahkan pihak lawan. Malah gerakan perang saraf juga sentiasa dipratikkan sepanjang tempoh peperangan berlangsung. Disamping itu, Rasulullah turut memperingatkan para perajurit Islam Perang itu adalah tipu muslihat”. Bagi memantapkan keberanian, keyakinan terhadap janji-janji Allah dan bertawakkal, ucapan pidato-pidato serta syair-syair bersemangat juang akan dikemundangkan.


[1] Sila rujuk Kitab al-Sirah al-Nabawiyyah, Ibn Hisyam. Rujuk juga kertas kerja Faktor-Faktor Penentu Kemenangan yang pernah dibentang oleh Dato’ Hj.Husam Musa dalam Mukhayyam Tarbawi satu ketika dahulu.

Perintah Turun Berperang

Perintah perang diterima oleh Rasulullah s.a.w  pada tahun kedua hijrah.  Sepanjang 10 tahun menetap di Kota mekah, belum ada sebarang perintah untuk turun berperang. Lantaran itu, Rasulullah s.a.w sabar  dan tetap tabah menghadapi berbagai rintangan,  ancaman dan kekerasan yang dilancarkan oleh golongan Musyrikin terhadap  beliau dan para pengikutnya.  Namun selepas hijrah ke Madinah pada hari Isnin bersamaan 12 Rabiul-awal agama Islam mulai berkembang subur dikalangan masyarakat majmuk, Allah Taala memerintahkan Rasulullah melancarkan  peperangan jika kaum muslimin diperangi oleh pihak musuh. Pada awalnya di waktu itu, belum boleh dilakukan sebarang serangan tetapi apabila musuh telah menyatakan kesediaan berperang dan sudah bersiap untuk mengatur strategic perang,  maka pada saat itulah Rasulullah dan para pengikutnya diarah supaya melawan serangan dan perancangan pihak musuh.  Sebagaimana gendang begitulah juga tarinya.  

Mafhum firman Allah:

“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa menolong mereka itu (iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar kecuali kerana mereka berkata, “Tuhan kami hanyalah Allah.” Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid yang didalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang-orang yang menolong (agamaNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha perkasa, (iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh melakukan perkara makruf dan mencegah daripada perbuatan mungkar dan kepada Allahlah kembali segala urusan.” (al-Hajj : 39-41)

Mafhum firman Allah:

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu[1] dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (al-Baqarah, ayat 190).

Sesudah itu, Rasulullah diperintah pula oleh Allah Taala supaya mulai mengatur serangan di luar bulan haram [2]. Menurut al-Mawardi, selepas perintah perang itu turun, Rasulullah telah melancarkan peperangan sebanyak 27 kali dalam tempoh 9 tahun. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Zaid ibn Arqam; Rasulullah telah berperang sebanyak 27 kali dan mengirim beberapa pasukan tetapi tidak semuanya terjadi pertempuran. Pada tahun kedua hijrah meletus perang Badar Kubra (Badar Besar). Pada tahun ketiga hijrah meledak pula perang Badar Sughra (Badar Kecil) dan juga perang Bani Nadhir (puak Yahudi). Pada tahun keempat hijrah berlaku perang Khandaq (perang al-Ahzab). Pada tahun kelima perang Dzat al-Raqa’, Daumat al-Khandaq dan perang Bani Quraizah (Yahudi).  Pada tahun keenam perang Hudaibiyyah dan perang Bani Mustaliq. Pada tahun ketujuh perang Khaibar. Pada tahun kelapan perang Mu`tah, Zat al-Salasil, penaklukan Kota Mekah, peperangan  Hunain dan peperangan Taif. Manakala pada tahun kesembilan hijrah tercetus pula peperangan Tabuk.  


[1] Peperangan dalam Islam hanya untuk membela (mempertahankan) diri, menghapuskan segala rintangan terhadap kemerdekaan menjalankan urusan agama dan bukannya untuk memaksa orang-orang bukan Islam agar memeluk agama Islam.

[2] 4 bulan yang diharamkan berperang iaitu; Rejab, Muharram, Zulhijjah dan ZulQaedah. Namun jika diserang terlebih dahulu, kaum Muslimin dibenarkan menyerang balas mengikut ketetapan syarak.

Kitab al-Shaum mazhab Syiah (Puasa) bhg. 3

Beberapa kewajiban puasa

Kewajiban pertama; niat. Puasa merupakan ibadat yang terdiri daripada niat untuk mematuhi segala kewajibannya serta menjauhi segala yang membatalkannya semata-mata kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah. Dan sifat riya’ boleh mengharam serta membatalkan puasa. Persoalan: Puasa adalah satu tegahan harian yang adakalanya tidak dipedulikan oleh manusia dan tidak merasainya. Maka bagaimanakah seseorang itu melaksanakan  tegahan tersebut sebagai satu perintah Allah? Jawabnya; memadailah pada niat berkenaan mendekatkan diri itu  kerana Ilahi walaupun sekadar sejenak.  Dan tidak memerlukan satu lafaz dan bahkan tidak berterusan di hati dan fikiran  tapi memadailah seseorang itu tidak melakukan sesuatu sepanjang hari kerana mematuhi perintah Allah.

Ditegah sebelum terbit waktu fajar  sedikit sehingga selepas terbenam matahari sedikit daripada mengambil makanan (untuk berbuka) dengan perintah Allah. Seseorang individu mampu berniat bermula pada malam untuk puasa keesokkan hari  dan tidur . Meskipun dia terjaga selepas waktu fajar, maka puasanya sah.

Dan afdhal jika dia berniat pada malam hari pertama untuk puasa sebulan. Walaupun seseorang itu tidur  tanpa berniat puasa meskipun dia terjaga sebelum waktu zohor , maka dia tetap boleh berniat dan sah puasanya (wajib dan digalakkan). Jika dia terjaga selepas zohor, dia tidak boleh berniat puasa wajib. Jika ini berlaku pada bulan puasa, wajib ke atas dirinya imsak dan kemudiannya qadha’ (ganti puasa). Jika mahu, dia boleh berpuasa lain (ganti) pada bulan lain selain bulan puasa (ramadhan); dia wajib menentukannya (menetapkannya) seperti mengatakan “Aku berpuasa nazar”  ataupun “aku berpuasa qadha” . Adapun pada bulan puasa (ramadhan), maka tidak wajib keatasnya niat berpuasa ramadhan bahkan jika dia belum mendahului bahawa dirinya berada di bulan puasa ramadhan  dan berniat puasa lain, tetap sah dan tetap dianggap sebagai puasa ramadhan (mengikut pendapat al-Imam).  Jika dia mengetahui bahawa bulan itu adalah bulan ramadhan sedangkan dia berniat selainnya, maka tidak sah sama ada niat bagi bulan ramadhan dan juga niat selain daripadanya.  Pada hari syak (di akhir Syaaban atau di awal ramadhan), tidak wajib ke atas dirinya berpuasa.

Kewajiban kedua: Suci daripada janabah ketika waktu fajar. Jika seseorang itu dalam keadaan berjunub sam ada lelaki ataupun perempuan (didatangi haid ataupun nifas), wajib mandi (mandi junub) sebelum terbit fajar. Sekiranya dia tidak berbuat demikian, maka wajib ke atas dirinya imsak bagi tujuan menyerupai mereka yang berpuasa dan wajib ke atasnya qadha (diganti puasa) serta kaffarah. Jika seseorang itu tidak mandi wajib secara sengaja sehinggalah luput waktu untuk mandi , maka dia wajib bertayammum. Jika terlupa mandi wajib, maka puasanya sama kadar dengan kadar hari-hari yang dilupakan adalah batal dan wajib ke atas dirinya qadha tanpa sebarang kaffarah. Individu yang berjunub yang tahu bahawa jika dirinya tidur maka dia pasti tidak akan sedar; tidak wajar baginya tidur hinggalah dia mandi wajib terlebih dahulu. Jika dia tidur sebelum mandi dan masih tidak sedar daripada tidurnya , maka wajib ke atas dirinya qadha dan juga kaffarah. Adapun jika dia sengaja mengambil peringatan atau menetapkan bagi dirinya; mengantuk (tiada penghalang tidur) ataupun beranggapan dia akan terjaga dan kemudiannya mandi dan dia  terus tidur sehingga terbit fajar, maka puasanya tetap sah. Jika selepas bangun dia masih lupa untuk mandi sebelum terbit fajar, maka puasanya tetap sah juga. Jika seseorang itu tidur dan berhasrat bangun sebelum fajar dan mandi, lalu dia bangun dan berkeyakinan dirinya jika tidur  maka dia akan tersedar sebelum fajar dan meneruskan tidurnya sehingga fajar, maka wajib ke atas dirinya puasa pada hari berkenaan dan qadha (ganti) sahaja.

  • Tidak wajib ke atas individu berpuasa untuk segera mandi wajib jika dia bermimpi (hingga keluar mani) pada siang hari.
  • Sesiapa yang tidur dan bermimpi kemudiannya tersedar sebelum terbit fajar,  maka puasanya adalah sah.
  • Bagi wanita yang kering (suci) daripada haid ataupun nifas tetapi masih belum mandi wajib sebelum terbit fajar atau belum bertayammum, maka puasanya terbatal.
  • Jika dia suci selepas fajar atapun mendapati darah haid atau nifas keluar selepas fajar, maka terbatallah puasanya. Jika perempuan berkenaan terlupa mandi wajib. Maka puasanya tetap sah.
  • Sesiapa yang menyentuh mayat (jenazah), maka wajib ke atasnya mandi  tetapi tidak disyaratkan mandi sebelum fajar  dan tidak terbatal puasanya jika dia menyentuh mayat pada siang hari.  

   

Kewajiban Ketiga: Menghindari segala apa yang membatalkan puasa; iaitu; (1)makan (2)minum termasuklah menelan debu sama ada sedikit ataupun banyak (debu yang halal dimakan ataupun debu tanah. Debu yang dia tidak nampak  tidak memudharatkan.  Adapun wap dan asap wajar ditegah daripada memasuki halkum. Segala apa yang keluar daripada perut atau dada dan ia sampai ke halkum seperti kahak, maka ia wajib ludah (dikeluarkan). Adapun air liur, ia boleh ditelan meskipun kuantitinya banyak. Jika seseorang makan secara terlupa, maka puasanya tidak terjejas.  Jarum suntikan makanan atau ubat ; juga membatalkan puasa. Kadarnya ialah; memasukkan makanan dan juga minuman ke dalam perut meskipun ia disempurnakan melalui hidung ataupun laluan perubatan (ditebuk lubang pada badan).  Tidak mengapa untuk mengunyah makanan kepada kanak-kanak ataupun burung ataupun mengecapi makanan dengan lidah makanan yang dimasak.   (3) Bersetubuh sama ada yang menyetubuhi ataupun yang disetubuhi. (4) Melancap (onani) hingga keluar mani. (5) Mendustai Allah dan para RasulNya. (6)Memasukkan (membenamkan) seluruh kepala dalam air sekali gus. Adapun jika seseorang itu membenamkan separuh kepalanya dan kemudian mengeluarkannya dari dalam air dan seterusnya membenamkan sebelah kepalanya yang satu lagi selepas itu, maka puasanya tidak batal. (7)Suntikan seperti ubatan dan gula. (8) Muntah dengan sengaja.

Ada skandal pulak ke nih?Siapa agaknya Timb.Menteri nih?

Timbalan menteri bakal disiasat

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/08/16

KUALA LUMPUR: Seorang timbalan menteri bakal disiasat polis selepas satu laporan dibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selain didakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis di kalangan pelajar kolej.

Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yang dilakukan oleh timbalan menteri berkenaan.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dilakukan oleh ahli politik terbabit yang mendakwa memperolehi bukti berhubung pembabitan suspek terhadap kes salah laku seksual selain pelacuran gadis bawah umur.

Malah timbalan menteri terbabit yang memulakan khidmat selepas Pilihan Raya Umum 2008 itu turut dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Difahamkan pengadu sebelum ini menerima surat layang menerusi pos laju yang dihantar kepadanya pada 11 Ogos lalu.

“Melalui kandungan surat terbabit, timbalan menteri itu didakwa terbabit dengan aktiviti pelacuran termasuk membekalkan gadis-gadis kolej terutama kepada golongan VIP.

“Kandungan surat itu mendakwa timbalan menteri terbabit dikesan menggunakan sebuah rumah sewa di Gombak untuk melakukan aktiviti haram berkenaan,” katanya.

Berdasarkan maklumat awal, surat terbabit dipercayai dihantar seorang daripada gadis yang pernah menjadi mangsa sindiket pelacuran berkenaan.

Bagaimanapun semua perbuatan dikaitkan dengan suspek dilakukan di Ipoh menyebabkan pihak polis menyerahkan kes terbabit kepada polis Perak untuk menyiasat kes berkenaan.

Polis turut mengambil keterangan dari ahli politik yang membuat laporan berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Sementara itu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Setakat ini kes terbabit akan diserahkan kepada pihak polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk disiasat berikutan kes dilaporkan di negeri itu.

Dipetik dari: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Timbalanmenteribakaldisiasat/Article

Al-Muwatta’: Himpunan Hadis-hadis hasil ketelitian al-Imam Malik.

Al-Muwatta’ bermaksud; ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ tentang ilmu dan hukum-hukum fiqh. Ia mengandungi hadis-hadis hukum yang dikumpulkan oleh al-Imam Malik . Semua hadis di dalam al-Muwatta’  adalah sahih kerana al-Imam Malik terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis tertentu. Beliau sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan. Daripada 100,000 buah hadis yang dihafal beliau, hanya 10,000 sahaja diakui sah dan daripada 10,000 hadis itu, hanya 5,000 sahaja yang disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan dipadankan dengan al-Quran. Menurut satu riwayat, al-Imam Malik telah menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya. Muridnya, al-Imam al-Syafie pernah berkata, “Tiada sebuah kitab di muka bumi ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selain daripada kitab al-Muwatta’ karangan al-Imam Malik.”

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2008/12/12/al-imam-malik-pengasas-mazhab-al-hadith/

Gambar-gambar Kenangan di Khartoum (Part 2)

Ustaz Mat Iraq di belakang MB Kelate dan Ust.Yahya Othman berpaling ke belakang

Dalam masjid IUA

Naik Saudi Airline menuju ke Khartoum selepas kelik bercuti tahun 1995

Buffalo dance dari Selatan Sudan di Friendship Hall di Umm Darman

Arab Sudan lelaki dan perempuan berpakaian macam nih le...

الماليزيات في الخرطوم

pakat kongsi sewa ramai-ramai

Ustaz Yusoff Yaacob loni mengajar di sekolah Rahmah Kenali

Siapa cam Ust.Bakar Chik Perpaduang dalam gambar nih????

Depan Bangunan Kuliyyah bersama pelajar Somalia

Sebahagian pelajar Malaysia kat IUA

Wan Alias ingat lagi tak gambar nih???

Jamiah Nilein terletak di pertemuan Sungai Nile Biru dan Nile Putih di Umm Darman

Kitab al-Shaum mazhab Syiah (Puasa) bhg. 2

 Siapakah yang diwajibkan berpuasa ?

Puasa merupakan satu kemestian- iaitu kemestian yang difardhukan lantaran kewujudan manusia. Ia diwajibkan ke atas individu-individu yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut;

i)                    Baligh (cukup umur mengikut syarak). Kanak-kanak belum baligh yang berpuasa tetap mendapat ganjaran pahala.  Jika seseorang itu berubah menjadi baligh selepas terbit matahari, maka individu tersebut tidak diwajibkan berpuasa, tidak wajib meninggalkan makan dan juga tidak wajib ke atas dirinya mengqadha (mengganti) puasa yang ditinggalkan.  Begitu juga meskipun jika dia berpuasa secara secara sukarela (digalakkan), tidak wajib ke atas dirinya untuk meneruskannya.

ii)                   Berakal. Tidak wajib puasa ke atas orang gila. Jika  dia hilang akal (gila) pada satu bahagian di siang hari, maka tidak wajib puasa ke atas dirinya.

iii)                 Tidak hilang akal sebelum berniat puasa. Adapun jika bersekali dengan niat dan sedar pada siang hari, maka dia wajib meneruskan puasa. Begitu juga jika seseorang itu berpuasa pada pagi kemudian dia pitam dan kemudian sedar, maka dia juga perlu meneruskan puasanya itu.  

iv)                 Bagi kaum wanita, suci daripada haid dan nifas sepanjang waktu siang hari. Jika haid atau nifas ini terhenti (terputus )selepas terbit waktu fajar meskipun untuk kedua kali, tetap tidak wajib ke atasnya (perempuan itu) puasa pada hari itu.

v)                  Aman ataupun selamat daripada sebarang bentuk ancaman (kemudharatan). Jika ada ketakutan ditimpa musibah, penyakit yang berlarutan untuk tempoh yang panjang ataupun penyakit serious, maka tidak wajib ke atasnya untuk berpuasa. Adapun kemudharatan kecil mengikut kelaziman orang ramai, maka tidak harus (tidak wajar) baginya untuk berbuka puasa. Dan neraca pertimbangannya ialah  kemudharatan seperti kecederaan mata dan buta meskipun pada tahap 30%. Adapun anggaran kecederaan kecil, individu terbabit tidak wajar membuka puasanya. Jika seseorang itu ditimpa kemudharatan dan dia berpuasa, lalu puasanya tidak diterima (tidak sempurna) dan dia wajib menggantikan pausa tersebut. Bahkan al-Imam pimpinan berpendapat; (1) jika seseorang itu ditimpa kemudharatan, lalu kemudharatan itu semakin serious, maka puasanya akan terbatal.  (2) Jika menanggung kemudharatan sedangkan dia berpuasa dan jelas kemudiannya tiada kemudharatan (lenyap kemudharatan) sekalipun terbit daripadanya niat mendekatkan diri dengan Allah, maka puasanya adalah sah. (3) Jika terbit fajar dan seseorang individu masih sakit tetapi belum berbuka puasa dan sembuh (pulih sedia kala) pada waktu tengahari; maka wajib ke atas dirinya imsak[1] dan juga qadha (ganti) kecuali jika terpaksa makan/minum ubat. (4) Kadar kebimbangan (ketakutan) meskipun tidak dinyatakan oleh seorang doctor  tentang kemudharatan penyakit yang dihidapi sedangkan dia merasa bimbang, bolehlah dia berbuka puasa.  (5) Adapun bila seorang doctor mengesahkan tentang kemudharatan serta jelas lagi nyata kesilapannya (tiada apa-apa yang perlu dikhuatirkan), maka dia wajib berpuasa.  

vi)                     Tiada halangan untuk berpuasa. (halangan yang mampu melemahkan serta menghalangkan aktiviti harian secara mutlak seperti dahaga yang melampau disamping tiada kemampuan mengubah situasi, maka puasa itu wajib diqadha (diganti).

vii)               Bukan berada dalam perjalanan (bermusafir). Seseorang musafir tidak wajib puasa ke atas dirinya kecuali jika dia jahil tentang hukumnya dan masih belum mengetahui tentang hukum itu hingga ke pertengahan hari berpuasa.

viii)              Tidak mengalami keuzuran kerana tua dan lemah untuk berpuasa.  Bagi golongan tua dan lemah ini boleh sama ada berpuasa atapun berbuka dan membayar kemudiannya membayar fidyah. Kadarnya adalah sebanyak 3 ¼  kilogram gandum atau  selain daripadanya daripada makanan harian dan tidak wajib qadha (ganti) puasa.

ix)                 Tidak mengalami penyakit dahaga. Mereka yang mengalami penyakit ini boleh memilih sama ada untuk berpuasa ataupun tidak berpuasa serta digantikan dengan fidyah. Kecuali jika dia uzur secara mutlak, maka tidak diwajibkan fidyah ke atasnya.

x)                  Bukan daripada kalangan wanita hamil yang hampir melahirkan anak dan puasanya mampu memudharatkan kandungannya. Jika berlaku demikian, maka wajib ke atas wanita ini berbuka dan mengganti puasanya itu serta membayar fidyah di kemudian hari. Begitulah juga jika wanita itu bimbangkan kemudharatan ke atas dirinya dan bukan memudharatkan bayi kandungannya.

Perhatian: Segala apa yang dinyatakan ini adalah berdasar mazhab Syiah. Sila rujuk buku Ihya Ramadhan bagi mengetahui perihal Ramadhan dan ibadat di bulan mulia ini mengikut pandangan mazhab Sunni.  


[1] Menahan diri daripada segala apa yang membatalkan puasa.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.