Face Book punye cerite…

 

THE MOST FAMOUS GUY IN THE FACE BOOK (AHMAD NAJIB OZMAN/PETRONAS ENGINEER)

Ramai benar yang minta saya menyertai Face Book. Dah hampir setahun lebih didesak oleh bekas rakan-rakan zaman persekolahan dulu, akhirnya saya mengalah. Baru dua tiga hari saya daftar nama sertai Face book tapi terus terang saya katakan memang saya malas nak buat posting dalam Face Book. Setakat jarang-jarang sekali nak jengok tengok gambar-gambar, baca celoteh rakan-rakan dan untuk dapatkan maklumat terkini tentang aktiviti masyarakat majmuk kontemporari boleh lah. That`s all….tak lebih daripada itu. Saya dah ada blog sendiri dan memadailah dengan blog https://towardsmardhatillah.wordpress.com/ sebagai satu platform untuk saya bersuara.

Dunia Face Book nih luas. Nak berniaga ke… nak berpolitik ke…. nak berdakwah ke… nak cari jodoh ke….nak cari glamour ke….semua boleh melalui Face Book.  Yang positif boleh dan yang negative pun boleh. Saya tak nak sentuh panjang-panjang tentang mereka yang menggunakan Face Book  bagi tujuan negative di sini. Rata-rata yang paling ramai menyertai Face Book ialah golongan remaja di alam persekolahan, siswa/ siswi  dan   juga  mereka yang sudah berkejaya tapi masih gemar berkawan dan ingin mengekalkan talian persahabatan meskipun masing-masing sudah  berjauhan dan sibuk dengan  karier sendiri. Tak kurang juga ada di kalangan mereka yang menganggap ruangan Face Book sebagai Opened Diary yang boleh dikongsi bersama di alam cyber.  Baguslah bagi mereka yang berminat sedemikian.  Cuma nasihat saya; jangan terlalu asyik berada di alam cyber hingga melupakan tanggungjawab harian kita semua terhadap Allah dan juga masyarakat sekeliling. Antara tanggungjawab kita terhadap Allah ialah; menunaikan segala suruhannya termasuklah solat 5 kali sehari semalam dan meninggalkan segala larangannya yang pasti sekali bertentangan dengan nafsu ammarah manusia.  Manakala tanggungjawab kepada  masyarakat sekeliling ialah; pastikan setiap langkah dan tujuan positif kita sentiasa berasaskan hikmah (bijaksana yang sesuai dengan masa dan lokasi) bagi menjamin keharmonian sekeliling.  That`s all….. Thanks  for everything my friends….

http://www.facebook.com/home.php

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: