Archive for August 4th, 2010

Kitab al-Shaum – الصوم

Sempena bulan Ramadhan tahun ini, ada baiknya jika pengisian blog-blog dimanafaatkan secara lebih banyak dengan entry ataupun artikel-artikel yang berbentuk ilmiah untuk dikongsi bersama. Pada tahun yang lepas-lepas, kerapkali juga saya masukkan posting tentang Bulan Ramadhan di Khartoum, Sudan berdasarkan pengalaman saya yang pernah berada di sana satu ketika dulu. Disamping itu, beberapa artikel umum dalam masalah fiqh yang berkitar tentang ibadat di bulan Ramadhan seperti solat Tarawih dan juga fadhilat puasa mengikut pandangan para ulama Sunni juga telah saya muatkan dalam blog ini untuk tatapan dan renungan kita bersama.  Namun untuk posting bulan Ramadhan tahun ini, saya memilih kitab al-Shaum untuk saya terjemah dan siarkan dalam blog ini. Terlebih dahulu suka saya maklumkan bahawa Kitab al-Shaum ini adalah hasil perahan idea bersama al-Syeikh Muhammad Ali al-Taskhiri dan juga al-Syeikh Mahmud Qansuh. Ia diterbitkan oleh Munazzomah al-`I`llan al-Islami, Tehran. Pasti sekali bab puasa yang dibicarakan dalam kitab ini berasaskan mazhab Syiah dan memang tak ada langsung dihuraikan tentang solat tarawih di dalamnya. Ada hujjah-hujjah (dalil-dalil) yang dipegang oleh golongan Syiah mengapa mereka tidak mengamalkan solat terawih.   Namun jangan salah sangka! SAYA NIH TIDAK BERPEGANG DENGAN MAZHAB SYIAH!!  Namun dari sudut penambahan maklumat, apa salahnya jika segala ilmu yang ada di dalamnya dikongsi bersama?? Umumnya, kitab ini mengandungi sebanyak 14 bab dan merangkumi sebanyak 308 halaman.  Ia bermula dengan penjelasan tentang kebesaran bulan Ramadhan (termasuklah tentang status individu berpuasa, kepentingan ibadat secara mutlak di bulan itu dan juga berkaitan melipat gandakan amal di bulan puasa) dan berakhir dengan tajuk solat aidil fitri. Amat mustahil jika ia dapat diterjemahkan kesemuanya sekali dalam tempoh sebulan Ramadhan semata-mata untuk dimuatkan dalam blog ini. Walaubagaimanapun, saya akan berusaha sedaya mungkin dalam tempoh sebulan Ramadhan untuk menyiarkan  tajuk-tajuk yang rasanya perlu diutamakan terlebih dahulu untuk dikongsikan bersama. Harap maklum.