Menangani gejala Sosial

Faktor utama mengapa gejala sosial dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia begitu sukar dibendung ialah kerana kurangnya pengetahuan tentang gaya hidup social yang positif. Bukan hanya berlaku dikalangan remaja atau muda mudi sahaja, malah sesetengah golongan tua ataupun warga emas juga tidak terkecuali menyumbang idea kreativiti mereka dalam aktiviti-aktiviti negatif lagi tidak bermoral.  Kehidupan beragama yang mengamalkan kesederhanaan dalam segenap aspek dipinggirkan. Sedangkan kegilaan terhadap hiburan amatlah melampaui batas-batas yang dibenarkan oleh syarak. Para artis jadi idola bagi golangan tua dan muda. Manakala golongan ulama’ dan intelektual Islam pula hanya dianggap  sesuai didampingi oleh mereka sudah benar-benar insaf dan ingin bertaubat. Dimana silapnya??? Sama-samalah kita bermuhasabah. Itulah reality kehidupan yang wujud dalam masyarakat kita hari ini.  Ketidakfahaman dan kegagalan menghayati permasalahan  sosiologi juga menyeret golongan malang ini ke arah kerosakan social yang kronik melalui pergaulan bebas yang terkelaluan. Natijahnya, lahirlah bayi-bayi yang tidak berdosa hasil daripada lonjakan nafsu yang gagal dibendung. Dalam usaha menangani gejala buruk ini, semua pihak wajib memain peranan masing-masing dan bukan hanya pihak berkuasa dan para ibubapa/ penjaga sahaja. Semua pihak wajib sedar, peka dan perihatin terhadap tanggungjawab masing-masing.

Pengetahuan tentang sosiologi manusia perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa melalui berbagai mekanisme agar objektifnya mampu terlaksana dan terpelihara. Dalam merealisasikan proses ini, buku-buku ilmiah berkaitan dengan masalah ini perlu didedahkan kepada masyarakat majmuk. Antaranya ialah kitab Tarbiyah al-Aulad (Pendidikan anak-anak). Wajar difahami; perkataan aulad (anak-anak) dalam bahasa Arab juga membawa pengertian yang luas iaitu; meliputi sekalian individu yang berada di bawah naungan (perlindungan) seseorang mukallaf yang aqil baligh. Kitab sebanyak dua jilid ini dikarang oleh al-Syeikh Abdullah Nashih Ulwan (pensyarah fakulti Dirasat Islamiyyah di Universiti King Abdul Aziz, Jeddah). Kupasannya berkitar tentang pendidikan seks (pendidikan jantina) ; iaitu perihal perkahwinan dan langkah-langkah positif yang wajar dilaksanakan sepanjang proses sebagai ibu bapa terhadap anak-anak dalam konteks sosiologi yang agak luas. Terlalu memakan masa yang agak panjang untuk saya huraikan kesemua  sekali dalam blog ini. Sebelum mengulas detail tentang masalah berkenaan, pengarang terlebih dahulu mengutarakan tiga factor utama mengapa berlakunya kekecewaan (putus asa) dalam usaha memperelokkan masyarakat, iaitu;

i)                    Jahil tentang status serta tabiat agama Islam itu sendiri.

ii)                   Terlalu cintakan dunia dan bencikan akhirat.

iii)                 Jahil tentang matlamat utama manusia dicipta.

Setelah diamati, didapati kitab ini amat sesuai dijadikan teks tadahan bagi ustaz-ustaz yang mengajar di surau-surau ataupun masjid. Dengan syarat, para ustaz terbabit  berkemampuan menterjemahkan isikandungannya disamping mengulas (mengupaskan) serta mengolahkannya kembali dalam Bahasa Malaysia melalui penyampaian yang mampu menarik perhatian serta minat mereka yang mendengar.  Saya tidak begitu pasti adakah kitab ini sudah diterjemahkan dan diterbitkan dalam edisi rumi (Bahasa Malaysia). Namun apa yang penting, isikandungannya adalah begitu amat bermanafaat untuk dijadikan teks ataupun kurikulum umum bagi masyarakat majmuk yang perlukan perubahan dalaman yang dinamik.

One response to this post.

  1. Asm.
    Gejala sosial hari ini adalah berpola. Melayu beragama Islam dilihat mengungguli pola ini. Seharusnya kita melihat kenapa anak2 ini lebih ‘advance’ dari anak Cina dan anak India. Apakah kerana kita Melayu atau adakah kerana kita beragama Islam kita layak untuk terkehadapan dalam isu bejat ini.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: