Archive for August 10th, 2010

Gambar-gambar kenangan di Khartoum (Part 1)

Abah dan Encik Azree (bekas Pengarah YAKIN) naik kereta himar

Prof.Dr.Umar Samani, Timb.Naib Chansellor IUA, Sudan di pejabatnya

Para ulama' yang mendidik saya di Sudan

Tok Guru Nik Aziz, Dr.Abd.Rahim (Mudir IUA) dan saya

YB Nazola (semasa bersama Semangat 46) turut sama ke Sudan

Para tenaga pengajar IUA

Bersama para pelajar Pattani (Thailand) ke majlis berbuka puasa di Riyadh.

Team bolasepak pelajar Malaysia Sudan

Main bola di padang university of Khartoum

Lepak di kedai Mamat berhampiran IUA.

Persahabatan yang telus

i)                     “Sudah pastilah kecintaanKu itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana Aku. Sudah pasti juga kecintaanKu untuk orang yang saling cinta menyintai kerana Aku dan sudah pasti pula kecintaanKu kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana Aku. Juga sudah pastilah kecintaanKu untuk orang yang saling tolong menolong kerana Aku.” ( Riwayat Ahmad dan Hakim/hadis Qudsi)

ii)                  Dan Sesiapa yang membebaskan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan membebaskan kesusahannya di hari kiamat.  (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ada banyak hadis-hadis Rasulullah dan juga hadis Qudsi yang memperkatakan tentang hubungan persahabatan yang dituntut oleh syarak. Namun memadailah bagi saya dengan hanya mengupas dua buah hadis yang tertera di atas secara ringkas untuk kita saling menyelami apakah sebenarnya erti persahabatan. Ramai dikalangan para ulama’ meletakkan syarat bahawa seseorang yang layak untuk diambil sebagai sahabat ialah; individu yang tidak fasiq (iaitu individu yang tidak meninggalkan segala kewajiban yang difardhukan ke atas setiap orang muslimin dengan rela hati dan ikhlas. Bagaimana pula dengan golongan non-muslims?? Tak boleh bersahabatkah dengan mereka yang belum memeluk agama Islam ini??? Inilah antara kekeliruan yang sering timbul dikalangan umat berkaitan dengan definisi sahabat. Lain ceritalah pula definisi sahabat Rasulullah mengikut pengajian ilmu Mustholah Hadis.

Menyentuh tentang hadis pertama (hadis Qudsi); Allah Taala secara jelas lagi nyata mensyaratkan  setiap pertalian persahabatan itu WAJIB kerana diriNya Yang Maha Esa. Seseorang ataupun pihak yang  minta tolong mesti kerana Allah dan seseorang yang menolong sahabatnya juga mesti kerana Allah. Seterusnya dalam mafhum hadis kedua (riwayat al-Bukhari dan Muslim); Ramai yang beranggapan bahawa membebaskan kesusahan seorang muslim hanya berlaku pada sebelah pihak yang memohon bantuan sahaja tanpa perlu mengambil kira kesusahan yang bakal dialami oleh pihak yang dimohon agar membantu diri individu berkenaan. Membantu individu lain hanyalah mengikut kadar kemampuan masing-masing  sahaja dan janganlah berusaha melampaui batas-batas kemampuan yang dimiliki. Sebenarnya mafhum hadis kedua ini juga menyentuh tentang betapa pentingnya sifat mulia tersebut (sifat suka membebaskan kesusahan individu lain). Meskipun begitu, dalam masa yang sama pihak yang dibantu itu sama sekali tidak wajar bertindak mengambil kesempatan di atas segala kebaikan dan budi bicara yang dihulurkan. Janganlah kita berpegang dengan pepatah Melayu “Diberikan betis…peha pula yang diminta”.  Ini kerana sikap suka mengambil kesempatan di atas kebaikan budi bicara orang lain hingga menyusahkan diri individu berkenaan (meskipun tidak diluahkan rasa susah hati beliau) adalah satu sikap yang tercela yang wajib dihindari.

Menurut Hasan al-Basri , Seorang teman yang jika engkau temui akan mengingatkanmu tentang  kewajibanmu terhadap Allah itu lebih baik bagimu daripada seorang teman yang selalu memberimu segenggam dinar.” Beliau juga mengatakan Seorang mukmin adalah cermin bagi saudaranya yang lain. Jika dia mendapatkan sesuatu yang tidak menyenangkan pada diri saudaranya, dia segera meluruskan dan juga selalu menjaga aib saudaranya baik ketika sendirian atau ketika bersama orang lain”. (kecuali dalam situasi amar maaruf dan nahi mungkar)