Archive for August 11th, 2010

Kitab al-Shaum mazhab Syiah (Puasa) bhg. 1

Melipatgandakan amal kebajikan

Amal soleh yang dilakukan oleh seseorang hamba pada bulan-bulan lain akan diberi sebanyak 10 ganjaran kebaikan seumpamanya. Adapun hari ini- pada bulan Ramadhan-akan dibalas dengan berlipat-lipat kali ganda daripada jumlah ini. Dengan ini, kita wajar mendengar (meneliti)  sabda Rasulullah s.a.w  sepertimana yang diucapkan dalam khutbahnya yang mulia;

“Wahai manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang memperelokkan kelakuannya  pada bulan ini , nescaya dia akan mendapat pelepasan di atas titian (al-sirad)  pada hari kaki-kaki manusia lain tergelincir daripadanya.  Dan sesiapa yang meringankan (tidak membebankan) pada bulan ini sekalian hamba yang dimiliki, nescaya Allah turut meringankan kiraan (hisab) ke atas dirinya. Dan sesiapa yang menghalang keburukkan dirinya (bulan ini), nescaya Allah  menegah kemurkaanNya terhadap beliau pada hari bertemu denganNya (hari kiamat). Sesiapa yang memuliakan anak yatim dalam bulan ini, Allah akan memuliakannya di hari akhirat. Sesiapa yang menyambung sillatulrahim, nescaya dia akan mendapat rahmat Allah di hari kiamat. Sesiapa yang secara sukarela menunaikan solat sunat(kecuali terawih), Allah tetapkan baginya kebebasan daripada api neraka. Sesiapa yang menunaikan satu ibadat fardhu dalam bulan ini, maka baginya ganjaran menyamai sesiapa yang menunaikan sebanyak 70 kali ibadat fardhu pada bulan-bulan lain. .Sesiapa yang berselawat ke atasku , nescaya Allah akan memberatkan timbangannya pada hari kiamat dimana timbangan-timbangan lain meringan. Sesiapa membaca satu ayat daripada al-Quran pada bulan ini, baginya ganjaran menyamai seseorang yang khatam al-Quran pada bulan-bulan lain”.