Kitab al-Shaum mazhab Syiah (Puasa) bhg. 2

 Siapakah yang diwajibkan berpuasa ?

Puasa merupakan satu kemestian- iaitu kemestian yang difardhukan lantaran kewujudan manusia. Ia diwajibkan ke atas individu-individu yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut;

i)                    Baligh (cukup umur mengikut syarak). Kanak-kanak belum baligh yang berpuasa tetap mendapat ganjaran pahala.  Jika seseorang itu berubah menjadi baligh selepas terbit matahari, maka individu tersebut tidak diwajibkan berpuasa, tidak wajib meninggalkan makan dan juga tidak wajib ke atas dirinya mengqadha (mengganti) puasa yang ditinggalkan.  Begitu juga meskipun jika dia berpuasa secara secara sukarela (digalakkan), tidak wajib ke atas dirinya untuk meneruskannya.

ii)                   Berakal. Tidak wajib puasa ke atas orang gila. Jika  dia hilang akal (gila) pada satu bahagian di siang hari, maka tidak wajib puasa ke atas dirinya.

iii)                 Tidak hilang akal sebelum berniat puasa. Adapun jika bersekali dengan niat dan sedar pada siang hari, maka dia wajib meneruskan puasa. Begitu juga jika seseorang itu berpuasa pada pagi kemudian dia pitam dan kemudian sedar, maka dia juga perlu meneruskan puasanya itu.  

iv)                 Bagi kaum wanita, suci daripada haid dan nifas sepanjang waktu siang hari. Jika haid atau nifas ini terhenti (terputus )selepas terbit waktu fajar meskipun untuk kedua kali, tetap tidak wajib ke atasnya (perempuan itu) puasa pada hari itu.

v)                  Aman ataupun selamat daripada sebarang bentuk ancaman (kemudharatan). Jika ada ketakutan ditimpa musibah, penyakit yang berlarutan untuk tempoh yang panjang ataupun penyakit serious, maka tidak wajib ke atasnya untuk berpuasa. Adapun kemudharatan kecil mengikut kelaziman orang ramai, maka tidak harus (tidak wajar) baginya untuk berbuka puasa. Dan neraca pertimbangannya ialah  kemudharatan seperti kecederaan mata dan buta meskipun pada tahap 30%. Adapun anggaran kecederaan kecil, individu terbabit tidak wajar membuka puasanya. Jika seseorang itu ditimpa kemudharatan dan dia berpuasa, lalu puasanya tidak diterima (tidak sempurna) dan dia wajib menggantikan pausa tersebut. Bahkan al-Imam pimpinan berpendapat; (1) jika seseorang itu ditimpa kemudharatan, lalu kemudharatan itu semakin serious, maka puasanya akan terbatal.  (2) Jika menanggung kemudharatan sedangkan dia berpuasa dan jelas kemudiannya tiada kemudharatan (lenyap kemudharatan) sekalipun terbit daripadanya niat mendekatkan diri dengan Allah, maka puasanya adalah sah. (3) Jika terbit fajar dan seseorang individu masih sakit tetapi belum berbuka puasa dan sembuh (pulih sedia kala) pada waktu tengahari; maka wajib ke atas dirinya imsak[1] dan juga qadha (ganti) kecuali jika terpaksa makan/minum ubat. (4) Kadar kebimbangan (ketakutan) meskipun tidak dinyatakan oleh seorang doctor  tentang kemudharatan penyakit yang dihidapi sedangkan dia merasa bimbang, bolehlah dia berbuka puasa.  (5) Adapun bila seorang doctor mengesahkan tentang kemudharatan serta jelas lagi nyata kesilapannya (tiada apa-apa yang perlu dikhuatirkan), maka dia wajib berpuasa.  

vi)                     Tiada halangan untuk berpuasa. (halangan yang mampu melemahkan serta menghalangkan aktiviti harian secara mutlak seperti dahaga yang melampau disamping tiada kemampuan mengubah situasi, maka puasa itu wajib diqadha (diganti).

vii)               Bukan berada dalam perjalanan (bermusafir). Seseorang musafir tidak wajib puasa ke atas dirinya kecuali jika dia jahil tentang hukumnya dan masih belum mengetahui tentang hukum itu hingga ke pertengahan hari berpuasa.

viii)              Tidak mengalami keuzuran kerana tua dan lemah untuk berpuasa.  Bagi golongan tua dan lemah ini boleh sama ada berpuasa atapun berbuka dan membayar kemudiannya membayar fidyah. Kadarnya adalah sebanyak 3 ¼  kilogram gandum atau  selain daripadanya daripada makanan harian dan tidak wajib qadha (ganti) puasa.

ix)                 Tidak mengalami penyakit dahaga. Mereka yang mengalami penyakit ini boleh memilih sama ada untuk berpuasa ataupun tidak berpuasa serta digantikan dengan fidyah. Kecuali jika dia uzur secara mutlak, maka tidak diwajibkan fidyah ke atasnya.

x)                  Bukan daripada kalangan wanita hamil yang hampir melahirkan anak dan puasanya mampu memudharatkan kandungannya. Jika berlaku demikian, maka wajib ke atas wanita ini berbuka dan mengganti puasanya itu serta membayar fidyah di kemudian hari. Begitulah juga jika wanita itu bimbangkan kemudharatan ke atas dirinya dan bukan memudharatkan bayi kandungannya.

Perhatian: Segala apa yang dinyatakan ini adalah berdasar mazhab Syiah. Sila rujuk buku Ihya Ramadhan bagi mengetahui perihal Ramadhan dan ibadat di bulan mulia ini mengikut pandangan mazhab Sunni.  


[1] Menahan diri daripada segala apa yang membatalkan puasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: