Kitab al-Shaum mazhab Syiah (Puasa) bhg. 3

Beberapa kewajiban puasa

Kewajiban pertama; niat. Puasa merupakan ibadat yang terdiri daripada niat untuk mematuhi segala kewajibannya serta menjauhi segala yang membatalkannya semata-mata kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah. Dan sifat riya’ boleh mengharam serta membatalkan puasa. Persoalan: Puasa adalah satu tegahan harian yang adakalanya tidak dipedulikan oleh manusia dan tidak merasainya. Maka bagaimanakah seseorang itu melaksanakan  tegahan tersebut sebagai satu perintah Allah? Jawabnya; memadailah pada niat berkenaan mendekatkan diri itu  kerana Ilahi walaupun sekadar sejenak.  Dan tidak memerlukan satu lafaz dan bahkan tidak berterusan di hati dan fikiran  tapi memadailah seseorang itu tidak melakukan sesuatu sepanjang hari kerana mematuhi perintah Allah.

Ditegah sebelum terbit waktu fajar  sedikit sehingga selepas terbenam matahari sedikit daripada mengambil makanan (untuk berbuka) dengan perintah Allah. Seseorang individu mampu berniat bermula pada malam untuk puasa keesokkan hari  dan tidur . Meskipun dia terjaga selepas waktu fajar, maka puasanya sah.

Dan afdhal jika dia berniat pada malam hari pertama untuk puasa sebulan. Walaupun seseorang itu tidur  tanpa berniat puasa meskipun dia terjaga sebelum waktu zohor , maka dia tetap boleh berniat dan sah puasanya (wajib dan digalakkan). Jika dia terjaga selepas zohor, dia tidak boleh berniat puasa wajib. Jika ini berlaku pada bulan puasa, wajib ke atas dirinya imsak dan kemudiannya qadha’ (ganti puasa). Jika mahu, dia boleh berpuasa lain (ganti) pada bulan lain selain bulan puasa (ramadhan); dia wajib menentukannya (menetapkannya) seperti mengatakan “Aku berpuasa nazar”  ataupun “aku berpuasa qadha” . Adapun pada bulan puasa (ramadhan), maka tidak wajib keatasnya niat berpuasa ramadhan bahkan jika dia belum mendahului bahawa dirinya berada di bulan puasa ramadhan  dan berniat puasa lain, tetap sah dan tetap dianggap sebagai puasa ramadhan (mengikut pendapat al-Imam).  Jika dia mengetahui bahawa bulan itu adalah bulan ramadhan sedangkan dia berniat selainnya, maka tidak sah sama ada niat bagi bulan ramadhan dan juga niat selain daripadanya.  Pada hari syak (di akhir Syaaban atau di awal ramadhan), tidak wajib ke atas dirinya berpuasa.

Kewajiban kedua: Suci daripada janabah ketika waktu fajar. Jika seseorang itu dalam keadaan berjunub sam ada lelaki ataupun perempuan (didatangi haid ataupun nifas), wajib mandi (mandi junub) sebelum terbit fajar. Sekiranya dia tidak berbuat demikian, maka wajib ke atas dirinya imsak bagi tujuan menyerupai mereka yang berpuasa dan wajib ke atasnya qadha (diganti puasa) serta kaffarah. Jika seseorang itu tidak mandi wajib secara sengaja sehinggalah luput waktu untuk mandi , maka dia wajib bertayammum. Jika terlupa mandi wajib, maka puasanya sama kadar dengan kadar hari-hari yang dilupakan adalah batal dan wajib ke atas dirinya qadha tanpa sebarang kaffarah. Individu yang berjunub yang tahu bahawa jika dirinya tidur maka dia pasti tidak akan sedar; tidak wajar baginya tidur hinggalah dia mandi wajib terlebih dahulu. Jika dia tidur sebelum mandi dan masih tidak sedar daripada tidurnya , maka wajib ke atas dirinya qadha dan juga kaffarah. Adapun jika dia sengaja mengambil peringatan atau menetapkan bagi dirinya; mengantuk (tiada penghalang tidur) ataupun beranggapan dia akan terjaga dan kemudiannya mandi dan dia  terus tidur sehingga terbit fajar, maka puasanya tetap sah. Jika selepas bangun dia masih lupa untuk mandi sebelum terbit fajar, maka puasanya tetap sah juga. Jika seseorang itu tidur dan berhasrat bangun sebelum fajar dan mandi, lalu dia bangun dan berkeyakinan dirinya jika tidur  maka dia akan tersedar sebelum fajar dan meneruskan tidurnya sehingga fajar, maka wajib ke atas dirinya puasa pada hari berkenaan dan qadha (ganti) sahaja.

  • Tidak wajib ke atas individu berpuasa untuk segera mandi wajib jika dia bermimpi (hingga keluar mani) pada siang hari.
  • Sesiapa yang tidur dan bermimpi kemudiannya tersedar sebelum terbit fajar,  maka puasanya adalah sah.
  • Bagi wanita yang kering (suci) daripada haid ataupun nifas tetapi masih belum mandi wajib sebelum terbit fajar atau belum bertayammum, maka puasanya terbatal.
  • Jika dia suci selepas fajar atapun mendapati darah haid atau nifas keluar selepas fajar, maka terbatallah puasanya. Jika perempuan berkenaan terlupa mandi wajib. Maka puasanya tetap sah.
  • Sesiapa yang menyentuh mayat (jenazah), maka wajib ke atasnya mandi  tetapi tidak disyaratkan mandi sebelum fajar  dan tidak terbatal puasanya jika dia menyentuh mayat pada siang hari.  

   

Kewajiban Ketiga: Menghindari segala apa yang membatalkan puasa; iaitu; (1)makan (2)minum termasuklah menelan debu sama ada sedikit ataupun banyak (debu yang halal dimakan ataupun debu tanah. Debu yang dia tidak nampak  tidak memudharatkan.  Adapun wap dan asap wajar ditegah daripada memasuki halkum. Segala apa yang keluar daripada perut atau dada dan ia sampai ke halkum seperti kahak, maka ia wajib ludah (dikeluarkan). Adapun air liur, ia boleh ditelan meskipun kuantitinya banyak. Jika seseorang makan secara terlupa, maka puasanya tidak terjejas.  Jarum suntikan makanan atau ubat ; juga membatalkan puasa. Kadarnya ialah; memasukkan makanan dan juga minuman ke dalam perut meskipun ia disempurnakan melalui hidung ataupun laluan perubatan (ditebuk lubang pada badan).  Tidak mengapa untuk mengunyah makanan kepada kanak-kanak ataupun burung ataupun mengecapi makanan dengan lidah makanan yang dimasak.   (3) Bersetubuh sama ada yang menyetubuhi ataupun yang disetubuhi. (4) Melancap (onani) hingga keluar mani. (5) Mendustai Allah dan para RasulNya. (6)Memasukkan (membenamkan) seluruh kepala dalam air sekali gus. Adapun jika seseorang itu membenamkan separuh kepalanya dan kemudian mengeluarkannya dari dalam air dan seterusnya membenamkan sebelah kepalanya yang satu lagi selepas itu, maka puasanya tidak batal. (7)Suntikan seperti ubatan dan gula. (8) Muntah dengan sengaja.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: