Persiapan Lengkap Sebelum Perang (Part 2)

Pada awal zaman penyebaran Islam, ketika mana pasukan tentera mula ingin bergerak , pasukan berkenaan akan dilepaskan dengan ucapan laungan “al-solat  al-jamiah”. Selepas saja laungan digemakan ke udara, para parajurit (sama ada perajurit bergaji ataupun perajurit sukarela) akan segera bergegas untuk berkumpul di markaz besar, iaitu di masjid.  Khalifah/imam ataupun wakilnya akan berucap ringkas sebagai bekalan terakhir sebelum mereka  bergerak ke medan juang. Ucapan-ucapan berapi-api membakar semangat para perajurit agar tidak gentar dan tidak takut mati menggegarkan sanubari setiap parajurit lazim dikumandangkan demi meraih hasil yang gemilang. Factor utama kemenangan tentera Islam ialah keikhlasan mereka yang disaluti semangat jihad disamping mengharapkan ganjaran syurga di hari kemudian kelak. Selain itu,  factor tahan lasak dikalangan para pejuang Islam berbangsa Arab  juga tidak boleh dipandang remeh juga. Ini kerana kerana  para tentera muslimin tahan menderita  dengan bekalan makanan serta ubatan yang sedikit dan sanggup bertempur dengan peralatan senjata yang serba sederhana. Dengan situasi sedemikian, mereka mudah melacarkan serangan gerilla ke atas pihak lawan. Lain cerita pula dengan tentera Rom dan Parsi yang apabila bergerak ke medan tempur , mereka memerlukan peralatan sertas kelengkapan yang banyak seperti khemah-khemah, perlatan memasak, pengangkutan yang banyak seperti kuda, keldai dan unta. Kaedah perang inilah yang dipraktikkan tentera Islam lebih daripada 80 tahun hinggakan mereka mampu menguasai hampir seluruh dunia. Dengan jayanya, mereka mampu menduduki wilayah Syria sampai ke China di Asia, beberapa Negara di Afrika dan beberapa Wilayah di benua Eropah. Pada asalnya Islam tidak mengsyariatkan peperangan kerana Islam mengharamkan pertumpahan darah. Namun dalam konteks menyebarkan kebenaran,peperangan dibenarkan demi menghindari atau menghalang bahaya yang lebih besar muncul.   Lantaran itu, al-Imam Naisaburi berpendapat;  “Perang disyariatkan  adalah bertujuan untuk menghindarkan peperangan”.

Angkatan bersenjata adalah perisai Negara. Tanpanya, sesebuah negara tidak akan mampu tegak dengan kukuh. Oleh itu, hukum kewujudan angkatan tentera adalah wajib kerana sesuatu yang terhalang atau terhenti atasnya wajib, maka hal tersebut menjadi wajib. Rasulullah selaku ketua Negara Islam yang pertama telah dengan jayanya menunjukkan gambaran tentang status angkatan bersenjata menurut citarasa Islam. Jika direnung dan dikaji, pasti didapati bahawa catatan tentang sejarah kepahlawanan dan ketenteraan Islam adalah lebih banyak  jika dibandingkan dengan sejarah-sejarah Islam dalam sector yang lain. Pada mulanya masalah ketenteraan    ini menjadi kewajiban semua  kaum muslimin dengan satu tugas yang disebut “jihad”.  Seterusnya pada zaman Umar  al-Khattab sebagai khalifah, satu lembaga atau badan khusus  ditubuhkan dalam pemerintahan bagi mengurus hal-ehwal yang berkaitan dengan ketenteraan dan persenjataan. Manakala pembentukan tentera secara rasmi mula diperkenalkan pada  era pemerintahan Bani Umaiyyah dan pada ketika itu mereka yang terlibat dengan angkatan bersenjata adalah terbatas kepada mereka yang sedia mengangkat senjata dan mengabdikan diri kepada Negara.

Selaras dengan peredaran zaman, angkatan bersenjata dan pertahanan semakin memerlukan statusnya yang tersendiri.  Pada era pemerintahan Bani Abbasiyyah, Junta Tentera mulai berkuasa langsung berhubung dengan khalifah selaku Ketua Negara. Junta inilah yang bertanggungjawab mengatur  taktik dan strategic pertahanan Negara disamping mengatur gerakan risikan dan politik.  Situasi ini berbeza dengan zaman Rasulullah kerana pimpinan dan arahan langsung dipegang oleh Rasulullah sendiri  lantaran pada masa itu semua lapisan masyarakat secara langsung merupakan anggota angkatan bersenjata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: