Archive for September, 2010

Tantawi oh Tantawi! Malang sungguh nasibmu!

Saya begitu sibuk mencari serta mengumpul data-data sejarah lama PAS sepanjang minggu ini hinggakan tak berpeluang untuk nak up-date kan blog Mardhatillah nih dengan entries baru.  Walaupun begitu, pagi ini secara tak semena-mena saya terbaca satu entry dalam blog Warta Shubhi. Mungkin apa yang diluahkan oleh penulis ini juga begitu menarik perhatian golongan ulamak  yang begitu menyanjung tinggi konsep Kerajaang Perpaduang. Sila klik di bawah :

http://wartashubhi.blogspot.com/2010/09/raja-petra-hina-ketua-pemuda-pas.html

Saya terpaksa tinggalkan para pembaca sekalian kerana masih terlalu banyak data-data sejarah yang perlu dikumpulkan…. Chowwwwwwwwwwwwwwwww

Cerita Pagi Jumaat

Pagi nih entah mengapa saya teringatkan Jeram Pasu (Water Fall). Kali terakhir dulu saya sampai kat Jeram Pasu nih sekitar tahun 1987 dengan rakan-rakan satu sekolah (MML). Masa tuh kita tunggang motorsikal beramai-ramai. Hari nih saya tak bersama rakan-rakan ke Jeram Pasu tapi kali ini saya bawa anak isteri. Dalam perjalanan ke sana, saya sempat ambil gambar sebuah lori pengangkut sampah Majlis Daerah Ketereh yang mengangkut sampah sarat  namun dalam masa yang sama lori tersebut juga membuat sampah di sepanjang jalan kerana sampah-sampah yang dipunggah penuh itu tidak ditutup semasa ia bergerak. Habislah sampah-sampah yang baru dikutip itu bertaburan dan bersepah-sepah di jalanan. 

 

Sesampai di sana, saya terkejut dengan perubahan permandangan di Jeram Pasu. Dulu tak ada surau tapi kini dah ada surau. Dulu tak ada gelunsur tapi loni dah ada gelunsur. Mengikut cerita masyarakat setempat; surau kat Waterfall ini dibina pada tahun 1990 selepas kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) berjaya dibentuk.

Lepas 45 minit berada kat situ, kita berpatah balik ke Kota Bharu semula dan singgah sekejap di Baitul Taubat. Inilah kali pertama saya singgah di sini sejak ia mula ditubuhkan sebelum pilihanraya umum 2008.

Dalam kesempatan ini, saya berpeluang berborak dan bertanya khabar para penghuni lokasi ini. Menurut salah seorang daripada mereka; Baitul Taubah dihuni oleh sekitar 30-40 anak-anak muda yang  betul-betul insaf dan ingin bertaubat sebelum ajal Ilahi datang menjemput. Memang motif penubuhan Baitul-Taubah adalah berasaskan dakwah dan bertujuan untuk membuka minda serta memberi dorongan agar mereka yang pernah melakukan dosa besar dan dalam masa yang sama turut mengidapi penyakit-penyakit kronik seperti HIV AIDS untuk bertaubat. Rata-rata anak-anak muda yang sempat berbual dengan saya hari ini merupakan bekasan penagih dadah yang berasal dari segenap pelusuk negara. Air muka mereka semua ini kelihatan jernih kerana sentiasa digalakkan berada dalam keadaan berwudhuk dan selalu bermunajat kepada Allah Taala melalui Qiyamul-lail.

Lepas berborak ringkas dan mengambil gambar-gambar di lokasi berkenaan, saya sekeluarga terus segera berpatah balik dengan harapan agar sempat menunaikan solat Jumaat di Kota Bharu.

Musim Cedung Padi Kembali

Tanah selepas dibajak

Kerbau-kerbau besi direhatkan selepas tanah dibajak

Pak Aet menyediakan petak garisan sebelum anak padi dicedung

Anak-anak semaian yang bakal dipindahkan ke bendang

Anak-anak semaian tersusun rapi sebelum dipindah ke sawah

Petak-petak yang telah siap

Pakat-pakat cedung

Seronok mencedung

Bergambar beramai-ramai

Budaya Beraya Sambil Bergayut di Tepi Jalan

Boleh dikatakan wujud sepanduk-sepanduk, kain-kain rentang dan juga billboard sepertimana yang saya siarkan ini di seluruh 42 DUN di seluruh negeri Kelantan sama ada oleh pihak PAS, UMNO dan juga BEBAS.

Aktiviti Anak Beranak di Hari Raya Aidil Fitri

Sejak akhir bulan Ramadhan saya tidak berpeluang melayari internet apatah lagi untuk mengisi blog dengan artikel-artikel yang boleh dikongsi bersama. Pada malam raya kedua barulah saya berkesempatan berbuat demikian.  Seperti biasa lazimnya pada hari raya pertama saya sekeluarga beraya di kampung Tempoyak (rumah mertua), Pasir Mas, Kelantan. Di sini suasana kampung lebih terserlah dan anak-anak lebih ceria beraya berbanding dengan suasana raya di rumah saya di Kota Bharu. Faktor utamanya ialah jumlah anak-beranak sebelah pihak isteri saya lebih ramai dan lebih heboh riuh rendah bila berkumpul ramai-ramai jika dibandingkan dengan anak beranak saya di Kota Bharu. Suasana inilah yang membuat anak-anak saya lebih seronok beraya di kampung. Pada pagi raya kami menunaikan solat raya di Masjid Baru Tempoyak.

Lepas tuh, macam biasalah kita semua menjamu selera dengan jamuan nasi dagang yang disediakan oleh mak mertua saya. Raya tahun nih jatuh pada hari jumaat. Dari sudut fiqh, situasi berkenaan adalah sepertimana berikut; bagi sesiapa yang mengerjakan solat sunat hari raya di waktu pagi, maka tidak difardhukan ke atas dirinya solat jumaat dan memadailah sahaja dengan menunaikan solat zohor sahaja. Manakala bagi sesiapa yang tidak berpeluang ataupun sengaja tidak menunaikan solat hari raya, maka solat jumaat adalah satu kefardhuan ke atas dirinya.

Acara kemuncak sepanjang hari raya kali inilah acara BBQ pada malam raya kedua dan bermain mercun serta bunga api.  Ayam, sotong, ikan cencaru, ikan pari, sausage dan udang harimau yang semuanya dibakar merupakan menu utama khusus bagi sekalian anak-beranak yang berkumpul. Manakala kanak-kanak pula selepas kenyang menikmati BBQ, mereka mula menumpu perhatian dalam acara bermain mercun. Majlis tidak rasmi ini berakhir lebih kurang pukul 12 malam dan lepas itu saya terus bertolak kelik ke Kota Bharu. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN SYABAS UNTUK DIRI KITA SEMUA KERANA BERJAYA MENEMPUH CABARAN NAFSU SYAHWAT DI BULAN RAMADHAN. MUDAH-MUDAHAN KEJAYAAN KITA AKAN LEBIH MENINGKAT BAGI TAHUN-TAHUN AKAN DATANG….

Suasana Pagi Jumaat di bandar Kota Bharu

Pada pagi jumaat 27 hb. Ogos 2010, saya meluangkan masa bersiar-siar sekitar Pasar Pagi jumaat di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Tarikan utama sekitar  lokasi tersebut ialah Kuliyyah Pagi Jumaat yang lazimnya disampaikan Tok Guru Nik Aziz selaku MB Kelate berhadapan Pejabat PAS Kota Bharu di Jalan Ilmu. Aktiviti mengajar di sini dipraktikkan oleh Tok Guru sejak dulu lagi sebelum beliau menyandang jawatan Menteri Besar Kelantan dan ia mendapat perhatian berbagai lapisan masyarakat majmuk terutama sekali masyarakat Melayu dan Cina. Boleh dikatakan setiap pagi jumaat sekitar jam 9:00 hingga 11:30 pagi,  jalan-jalan di tengah Bandar Kota Bharu akan dipenuhi dengan berjenis kenderaan.  Urusan jual beli  giat berjalan lancar. Berbagai jenis barangan dan makanan  diperniagakan lebih-lebih lagi di akhir bulan Ramadhan dan harganya pula  berpatutan.

Kebetulan pada pagi itu selepas kuliyyah Tok Guru selesai, seorang wakil pelajar Dar al-Huffaz dari Indonesia turut dibenarkan berucap untuk meminta bantuan derma ramai bagi menyara pembelajaran mereka di sana. Maka ramailah penyokong-penyokong PAS yang sememangnya “kaki dengar ceramah” mengerumuni  pemidato cilik itu.

Selesai saja majlis, pihak MPKB BRI  bertindak membersih dan menyimpan semula pasu-pasu bunga dan pentas tempat mengajar agar laluan tersebut boleh digunakan seperti hari-hari biasa.

Zakat pertanian, dinar dan dirham

Pak Aep & Haji Hashim Omar merenung jauh masa depan pertanian padi organik di Kelantan

Ternakan itik secara organik turut diusahakan di Baruh Tunjung, Kota Bharu, Kelantan.

Dua punca ekonomi berasaskan amalan zakat yang ditutup rapat oleh kebanyakkan umat Islam kini ekoran kecuaian dan kejahilan masing-masing ialah;

i)                    Zakat pertanian.

ii)                   Zakat  dinar dan dirham.

Kegagalan dua punca ekonomi ini juga turut membantutkan proses  Zakat fitrah berasaskan dua sumber di atas.

Kedua-dua  punca utama ekonomi ini  ditutup rapat atas sebab-sebab berikut;

Bagi zakat pertanian, faktor-faktor utama ia gagal dilaksanakan ialah;

i)                    Ramai lebih suka dan masih menggunakan matawang kertas dan juga matawang syiling sebagai satu altenatif membayar zakat.

ii)                   Tiada penanaman secara organic yang diusahakan secara individual seperti zaman dahulu.

iii)                 Penanaman tanaman makanan rutin seperti padi di Asia Tenggara khususnya di Malaysia tidak berasaskan kaedah organic dan lebih cenderung terhadap penggunaan racun dan baja kimia. Lantaran itu, kos pembiayaannya adalah lebih besar dan secara tidak langsung ia tidak memenuhi syarat untuk dikeluarkan sebagai zakat pertanian.

Manakala faktor kegagalan perlaksanaan ataupun pengeluaran zakat dinar dan dirham pula ialah;

i)                    Tekanan pihak kuasa besar Amerika Syarikat dan Yahudi yang mewajibkan nilai matawang Dollar dipatuhi dan diikuti.

ii)                   Ketiadaan penggunaan matawang dinar dan dirham secara meluas selepas kejatuhan kerajaan Othmaniyyah di Turki.

iii)                 Kealpaan serta kejahilan umat Islam dan pemimpin Islam berkaitan keistimewaan matawang dinar dan dirham.

Sehubungan ini juga pintu rahmat Allah Taala turut tertutup apabila kejahilan dan kealpaan manusia tentang keistimewaan kedua-dua sumber ekonomi Islam ini terus terabai.  Berdasarkan faktor-faktor inilah kerajaan PAS Kelantan kembali berusaha membuka minda masyarakat Islam khususnya di negeri Kelantan dan menjelaskan betapa pentingnya zakat emas perak dan zakat pertanian dihidupkan kembali.

 

Ramadhan dan Hari raya yang menggerunkan…..

Adakala berkunjung musim raya ke rumah mereka yang miskin lagi lebih menenangkan jiwa kerana lazimnya kediaman mereka tidak  dipenuhi dengan berbagai juadah yang melimpah ruah. Persediaan yang dibuat bertepatan  dengan kemampuan mereka  dan sekadar memenuhi tuntutan pahala sunat. Bagaimana pula penyediaan juadah di rumah-rumah mereka yang boleh dianggap agak berada? Pasti tak cukup meja dibuat oleh mereka ini. Bukan hanya di Malaysia, budaya sebegini bertapak di jiwa kebanyakan masyarakat muslimin seluruh di dunia seolah-olah mereka semua berpesta makanan kerana sudah sebulan penuh sepanjang siang hari Ramadhan terpaksa menahan lapar. Maka di hari raya pesta makanan pun bermula. Paling teruk sekali kebanyakkan makanan yang disediakan sebenarnya tidak menepati ciri-ciri kesihatan seperti terlalu manis, masin, berlemak dan juga berminyak.  Persoalannya; adakah budaya ini bertepatan dengan tuntutan syarak? Tepuk dada tanyalah iman dan jangan tanya nafsu. Cuba bayangkan jika kita sekurang-kurangnya terpaksa berkunjung ke 5 buah rumah. Di rumah pertama, demi menjaga hati pihak tuan rumah, kita terpaksa makan 5 biji ketupat. Di rumah kedua pula, sepinggan nasi himpit bersekali dengan kuahnya dan 6 cucuk satay ayam. Di rumah ketiga,nasi minyak dan sambal udang pula dihidangkan walaupun sepinggan sahaja yang kita makan. Di rumah keempat  pula terpaksa mengadap dan menghabiskan semangkuk soto ayam dan akhir sekali di rumah kelima, kita cuma dihidangkan dengan puding dan agar-agar yang rasanya manis hingga tidak terkata. Alahai teruknya……..mengenangkan semua ini rasanya lebih baik berkurung aje dalam bilik selepas selesai solat hari raya. Begitu juga di bulan ramadhan, ramailah juga mereka yang berkemampuan begitu beria-ria mengadakan jamuan berbuka puasa. Hidangannya masyallah Tuhan sahaja yang tahu……..sampai tak cukup meja. Sapa yang tak tahan godaan hidangan banyak memang akan cepat jadi buntal. Ada yang buat jamuan berbuka di hotel dengan makan buffet sehingga perut terus maju ke depan. Tak kurang juga mereka yang  mengadakan majlis berbuka puasa di rumah dengan slogan “Makan sedap! makan biar kenyang!” . Tidak bolehkah jika majlis berbuka dibuat dengan ala kadar bagi memenuhi pahala sunat?

Empat tahun yang lepas, saya merupakan salah seorang penagih makanan berkalori tinggi. Seluar yang saya pakai pada ketika itu taklah besar sangat..Cuma saiz 38-40 sahaja. Masa saya belajar di Sudan dulu, seluar yang saya pakai hanyalah bersaiz 32-33 tapi semuanya berubah lepas saya balik ke Malaysia.  Dalam masa yang sama saya juga seorang perokok. Meskipun bukan seorang perokok tegar tapi bagi saya sekurang-kurangnya jika saya dapat hisap 2-3 batang sehari pun dah dikira okey.  Kini semuanya sudah berubah. Rokok pun saya sudah mampu  tinggalkan dengan jayanya secara 100%. Manakala berat badan pula saya berjaya control selepas doctor mengesahkan kadar kolestrol dalam darah saya tinggi iaitu sekitar 8.4.

Apa yang perlu hanyalah mujahadah menentang hawa nafsu dan akhirnya saya berjaya. Kini saya dah boleh kembali memakai seluar bersaiz 32-33 seperti dulu semula.  Allahamdulillah dan saya tak ingin kembali buntal semula……

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.