Ramadhan dan Hari raya yang menggerunkan…..

Adakala berkunjung musim raya ke rumah mereka yang miskin lagi lebih menenangkan jiwa kerana lazimnya kediaman mereka tidak  dipenuhi dengan berbagai juadah yang melimpah ruah. Persediaan yang dibuat bertepatan  dengan kemampuan mereka  dan sekadar memenuhi tuntutan pahala sunat. Bagaimana pula penyediaan juadah di rumah-rumah mereka yang boleh dianggap agak berada? Pasti tak cukup meja dibuat oleh mereka ini. Bukan hanya di Malaysia, budaya sebegini bertapak di jiwa kebanyakan masyarakat muslimin seluruh di dunia seolah-olah mereka semua berpesta makanan kerana sudah sebulan penuh sepanjang siang hari Ramadhan terpaksa menahan lapar. Maka di hari raya pesta makanan pun bermula. Paling teruk sekali kebanyakkan makanan yang disediakan sebenarnya tidak menepati ciri-ciri kesihatan seperti terlalu manis, masin, berlemak dan juga berminyak.  Persoalannya; adakah budaya ini bertepatan dengan tuntutan syarak? Tepuk dada tanyalah iman dan jangan tanya nafsu. Cuba bayangkan jika kita sekurang-kurangnya terpaksa berkunjung ke 5 buah rumah. Di rumah pertama, demi menjaga hati pihak tuan rumah, kita terpaksa makan 5 biji ketupat. Di rumah kedua pula, sepinggan nasi himpit bersekali dengan kuahnya dan 6 cucuk satay ayam. Di rumah ketiga,nasi minyak dan sambal udang pula dihidangkan walaupun sepinggan sahaja yang kita makan. Di rumah keempat  pula terpaksa mengadap dan menghabiskan semangkuk soto ayam dan akhir sekali di rumah kelima, kita cuma dihidangkan dengan puding dan agar-agar yang rasanya manis hingga tidak terkata. Alahai teruknya……..mengenangkan semua ini rasanya lebih baik berkurung aje dalam bilik selepas selesai solat hari raya. Begitu juga di bulan ramadhan, ramailah juga mereka yang berkemampuan begitu beria-ria mengadakan jamuan berbuka puasa. Hidangannya masyallah Tuhan sahaja yang tahu……..sampai tak cukup meja. Sapa yang tak tahan godaan hidangan banyak memang akan cepat jadi buntal. Ada yang buat jamuan berbuka di hotel dengan makan buffet sehingga perut terus maju ke depan. Tak kurang juga mereka yang  mengadakan majlis berbuka puasa di rumah dengan slogan “Makan sedap! makan biar kenyang!” . Tidak bolehkah jika majlis berbuka dibuat dengan ala kadar bagi memenuhi pahala sunat?

Empat tahun yang lepas, saya merupakan salah seorang penagih makanan berkalori tinggi. Seluar yang saya pakai pada ketika itu taklah besar sangat..Cuma saiz 38-40 sahaja. Masa saya belajar di Sudan dulu, seluar yang saya pakai hanyalah bersaiz 32-33 tapi semuanya berubah lepas saya balik ke Malaysia.  Dalam masa yang sama saya juga seorang perokok. Meskipun bukan seorang perokok tegar tapi bagi saya sekurang-kurangnya jika saya dapat hisap 2-3 batang sehari pun dah dikira okey.  Kini semuanya sudah berubah. Rokok pun saya sudah mampu  tinggalkan dengan jayanya secara 100%. Manakala berat badan pula saya berjaya control selepas doctor mengesahkan kadar kolestrol dalam darah saya tinggi iaitu sekitar 8.4.

Apa yang perlu hanyalah mujahadah menentang hawa nafsu dan akhirnya saya berjaya. Kini saya dah boleh kembali memakai seluar bersaiz 32-33 seperti dulu semula.  Allahamdulillah dan saya tak ingin kembali buntal semula……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: