Archive for September 17th, 2010

Cerita Pagi Jumaat

Pagi nih entah mengapa saya teringatkan Jeram Pasu (Water Fall). Kali terakhir dulu saya sampai kat Jeram Pasu nih sekitar tahun 1987 dengan rakan-rakan satu sekolah (MML). Masa tuh kita tunggang motorsikal beramai-ramai. Hari nih saya tak bersama rakan-rakan ke Jeram Pasu tapi kali ini saya bawa anak isteri. Dalam perjalanan ke sana, saya sempat ambil gambar sebuah lori pengangkut sampah Majlis Daerah Ketereh yang mengangkut sampah sarat  namun dalam masa yang sama lori tersebut juga membuat sampah di sepanjang jalan kerana sampah-sampah yang dipunggah penuh itu tidak ditutup semasa ia bergerak. Habislah sampah-sampah yang baru dikutip itu bertaburan dan bersepah-sepah di jalanan. 

 

Sesampai di sana, saya terkejut dengan perubahan permandangan di Jeram Pasu. Dulu tak ada surau tapi kini dah ada surau. Dulu tak ada gelunsur tapi loni dah ada gelunsur. Mengikut cerita masyarakat setempat; surau kat Waterfall ini dibina pada tahun 1990 selepas kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) berjaya dibentuk.

Lepas 45 minit berada kat situ, kita berpatah balik ke Kota Bharu semula dan singgah sekejap di Baitul Taubat. Inilah kali pertama saya singgah di sini sejak ia mula ditubuhkan sebelum pilihanraya umum 2008.

Dalam kesempatan ini, saya berpeluang berborak dan bertanya khabar para penghuni lokasi ini. Menurut salah seorang daripada mereka; Baitul Taubah dihuni oleh sekitar 30-40 anak-anak muda yang  betul-betul insaf dan ingin bertaubat sebelum ajal Ilahi datang menjemput. Memang motif penubuhan Baitul-Taubah adalah berasaskan dakwah dan bertujuan untuk membuka minda serta memberi dorongan agar mereka yang pernah melakukan dosa besar dan dalam masa yang sama turut mengidapi penyakit-penyakit kronik seperti HIV AIDS untuk bertaubat. Rata-rata anak-anak muda yang sempat berbual dengan saya hari ini merupakan bekasan penagih dadah yang berasal dari segenap pelusuk negara. Air muka mereka semua ini kelihatan jernih kerana sentiasa digalakkan berada dalam keadaan berwudhuk dan selalu bermunajat kepada Allah Taala melalui Qiyamul-lail.

Lepas berborak ringkas dan mengambil gambar-gambar di lokasi berkenaan, saya sekeluarga terus segera berpatah balik dengan harapan agar sempat menunaikan solat Jumaat di Kota Bharu.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.