Kawasan DUN Galas adalah win-win zone sepertimana DUN Manik Urai yang dimenangi oleh YB Hj Fauzi selepas kematian Pak Su Weil, seorang wakil rakyat PAS yang bersifat low profile dan disenangi oleh masyarakat setempat. Meskipun Allahyarham Che Hashim pernah menang kerusi Galas lantaran latarbelakangnya yang disegani oleh masyarakat setempat tapi majoriti yang beliau perolehi agak terlalu kecil (sila rujuk keputusan pilihanraya umum 2008). Meskipun begitu berdasarkan perkembangan isu-isu semasa terkini, Pakatan Rakyat lebih berpeluang cerah untuk mempertahankan serta mengekalkan kerusi DUN Galas berbanding dengan Barisan Nasional. Apa yang bakal disaksikan dalam pilihanraya kecil ini ialah persaingan sengit daripada kedua-dua belah pihak Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional.
Bagi golongan “Syiah Jadian”, sila ambil perhatian terhadap kenyataan akhbar oleh Mursyid al-A’la Ayatullah Ali Khamani`ie yang telah mengisytiharkan secara rasmi fatwa haram bagi sebarang bentuk cemuhan serta penghinaan terhadap isteri-isteri Rasulullah termasuk Siti Aisyah r.a dan ahl Sunnah. Fatwa ini juga merupakan pandangan yang pernah dilontarkan secara umum oleh Ayatullah Khomeini dalam setiap ucapan beliau yang menyentuh tentang ahl Sunnah.
http://www.alarabiya.net/articles/2010/10/01/120857.html