Archive for October 14th, 2010

The Gods Must Be Crazy

Tentu ramai yang masih ingat cerita lucu The Gods Must Be Crazy satu ketika dulu. Ringkasnya, cerita ini memaparkan kehidupan masyarakat orang asli di di benua Afrika .  http://en.wikipedia.org/wiki/The_Gods_Must_Be_Crazy

Saya pernah berpengalaman tinggal berjiran dengan masyarakat asli berasal dari Selatan Sudan dan menetap di Utara Sudan (di Khartoum).  Kehidupan mereka  (orang Asli di Sudan) tak ubah sepertimana yang digambarkan dalam kisah The Gods Must Be Crazy meskipun mereka telah berhijrah dan menetap di Bandar Khartoum. Cuma semasa bersiar-siar dalam bandar, mereka lebih suka memakai coat dan berkaca mata hitam. Itulah perubahan luaran yang amat ketara tatkala mereka berada di bandar. Dalam masa yang sama, Kerajaan Sudan sentiasa berusaha menaikkan taraf penduduk Asli berkenaan dengan menyediakan berbagai bentuk kemudahan awam bertaraf sederhana seperti penyediaan Universiti Juba yang mana ianya khusus untuk masyarakat tersebut  tanpa mengira latar belakang agama disamping mendakwah mereka ke jalan yang benar dan diredhai Allah Taala. Macam mana pula nasib dan status Orang Asli di Malaysia? Sejauh manakah peranan Kerajaan Barisan Nasional dalam usaha menaikkan taraf penduduk masyarakat kaum Asli di Malaysia? Sejauh manakah peranan kerajaan Barisan Nasional dalam mengutarakan dakwah Islamiyyah melalui badan berkanun JAKIM dan juga PERKIM kepada masyarakat tersebut?….. apa pulalah kempen politik dan propaganda Barisan Nasional terhadap masyarakat orang Asli sepanjang musim pilihanraya di DUN Galas? Semua persoalan nih susah untuk saya jawab kerana saya tidak pernah berada atau hidup dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Malaysia. Cuma saya berharap semoga nasib dan status orang-orang Asli di Malaysia juga terbela dan tidak hanya dijadikan alat untuk meraih undi  di musim pilihanraya semata-mata.

PRK Galas: UMNO cuba kelirukan masyarakat Orang Asli

Umno Akan Yakinkan Semula Orang Asli Sokong BN

GUA MUSANG: Umno akan menyusun strategi bagi menarik semula sokongan kira-kira 2,000 pengundi masyarakat Orang Asli pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 November ini.

Naib Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah berkata, antara pendekatan yang akan diambil adalah menerangkan kesilapan besar masyarakat itu menyertai projek Ladang Rakyat anjuran kerajaan negeri Kelantan.

“Kita akan dekati mereka dan menerangkan isu Ladang Rakyat yang sebenarnya tidak menguntungkan mereka apabila tanah yang diusahakan mereka sejak sekian lama telah diambil kerajaan negeri bagi tujuan itu.

“Masyarakat Orang Asli ini sebenarnya telah terpedaya kerana mereka tidak akan dapat hak milik tanah dan ini yang perlu mereka fahami,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lebih 400 masyarakat Orang Asli dalam DUN Galas yang tinggal berhampiran Lojing di sini telah menyertai projek Ladang Rakyat yang didakwa hanya menguntungkan syarikat swasta terbabit.

Peserta diberikan dividen sebanyak RM200 sebulan sejak menyertai projek itu sejak beberapa tahun itu.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lalu.

Penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober ini dan jika ada pertandingan, hari pengundian diadakan pada 4 November. – BERNAMA