PRK Galas: UMNO cuba kelirukan masyarakat Orang Asli

Umno Akan Yakinkan Semula Orang Asli Sokong BN

GUA MUSANG: Umno akan menyusun strategi bagi menarik semula sokongan kira-kira 2,000 pengundi masyarakat Orang Asli pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 November ini.

Naib Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah berkata, antara pendekatan yang akan diambil adalah menerangkan kesilapan besar masyarakat itu menyertai projek Ladang Rakyat anjuran kerajaan negeri Kelantan.

“Kita akan dekati mereka dan menerangkan isu Ladang Rakyat yang sebenarnya tidak menguntungkan mereka apabila tanah yang diusahakan mereka sejak sekian lama telah diambil kerajaan negeri bagi tujuan itu.

“Masyarakat Orang Asli ini sebenarnya telah terpedaya kerana mereka tidak akan dapat hak milik tanah dan ini yang perlu mereka fahami,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lebih 400 masyarakat Orang Asli dalam DUN Galas yang tinggal berhampiran Lojing di sini telah menyertai projek Ladang Rakyat yang didakwa hanya menguntungkan syarikat swasta terbabit.

Peserta diberikan dividen sebanyak RM200 sebulan sejak menyertai projek itu sejak beberapa tahun itu.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lalu.

Penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober ini dan jika ada pertandingan, hari pengundian diadakan pada 4 November. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: