Pak Cik Pin kini dalam keadaan uzur

Pak Cik Pin di kediaman beliau di Kg.Kubang Bemban, Pasir Mas.

Lepas solat subuh pagi Jumaat 15hb Oktober 2010, saya makan nasi kerabu di Bandar Pasir Mas. Kemudian saya terus menuju ke Kg.Kubang Bemban, tempat saya dibesarkan hinggalah kerajaan PAS Kelantan jatuh  selepas pilihanraya umum 1978 dan seterusnya kami sekeluarga menetap di Kota Bharu hinggalah ke hari ini. Di Kg.Kubang Bemban, saya teringatkan seorang tua yang pernah berjasa kepada PAS yang mungkin khidmatnya dulu tidak pernah diketahui oleh kebanyakkan  ahli-ahli PAS yang  baru masa kini. Beliau ialah Encik Ariffin bin Yahya, 75thn  atau lebih mesra dengan panggilan Pak Cik Pin. Pak Cik Pin berkhidmat sebagai salah seorang pegawai Badan Perhubungan PAS selama tempoh 30 tahun dan berhenti kerja atas sebab-sebab kesihatan pada tahun 1994.  Beliau juga merupakan Bendahari PAS negeri Kelantan sebelum tugas itu diserahkan kepada mantan ADUN Tendong (Allahyarham Cikgu Wan Othman). Pak Cik Pin pernah ditawarkan bertanding di DUN Kemaman dalam tahun 1964 tetapi beliau menolak dan memaklumkan kepada Allahyarham Prof.Zulkiflee Mohammad bahawa dirinya hanya bersedia untuk berkhidmat sebagai kerani di pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur selepas beliau pulang dari belajar di Indonesia.

Dalam kesempatan berbual mesra dengan Pak Cik Pin, beliau turut menceritakan pengalamannya berceramah politik di merata-rata tempat di seluruh Malaysia. “Macam-macam sambutan yang kita terima pada masa itu. Ada yang suka dengar ceramah PAS saja tapi tak nak undi PAS dan ada juga yang sudi menerima PAS dengan hati yang terbuka”. Sepanjang tempoh beliau memperjuangkan PAS sebagai sebuah parti politik yang mengdokong syariat Islam, pengalaman yang paling tak dapat dilupakan ialah selepas PAS kalah dalam Pilihanraya Umum 1978. Barisan Nasional mulai mengejek-ejek PAS dengan mengatakan PAS sudah berkubur di Kelantan dan mempunyai dua batu nesan; satunya terletak di tepi pantai (Kawasan Pengkalan Chepa) dan satu lagi terletak di Manik Urai (Ulu Kelantan). Pada masa itu juga  tiada siapa pun sanggup untuk naik dan masuk ke pejabat PAS. Ada yang rasa malu untuk dekat dengan PAS dan ada juga yang rasa benci terhadap PAS. Seolah-olah PAS adalah “parti paria” akibat angkara UMNO di Kelantan.  Begitulah gambaran PAS pada masa itu….hina dina yang amat sukar untuk diolahkan dengan ungkapan kata. “Adakala PakCik Pin terfikir gilakah aku nih hingga sanggup duk jadi lagi pegawai Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan sedangkan orang lain semua pakat-pakat malu nak masuk rapat dengan  PAS???” Pak Cik Pin bercerita kepada saya. “ Sumber kewangan PAS pada masa itu pun allahamdulillah…cukup-cukup makan untuk bergerak dan buat kerja parti….tak boleh bermewah-mewah sepertimana selepas PAS menang besar pada tahun 1990. Pada masa tuh, sumber kewangan PAS adalah daripada hasil sewaan gudang jualan Syarikat Jaafar Rawas (perniagaan tekstile). Meskipun bayaran sewaan yang dibuat tidak pernah konsisten tapi PAS masih mampu bertahan dengan hidup cara ala kadar. Lama- kelamaan hasil dakwah dan juga penerangan yang diusahakan oleh para jentera PAS, allahamdulillah akhirnya kepercayaan orang awam terhadap PAS semakin pulih semula” jelas beliau[1].   

Setelah berbual panjang, Pak Cik Pin juga meluahkan rasa kesalnya dengan sikap orang-orang muda dalam PAS masa sekarang yang tidak ambil tahu tentang sejarah PAS terutama sekali berkaitan dengan isu Timber Mine. “Pada masa duluPAS sudah selesai masalah Timber Mine nih. PAS gunakan khidmat lawyer dari England untuk menyelesaikannya dan ia telah selesai. Pak Cik Pin juga simpan keratan akhbar berkaitan isu tersebut  di pejabat PAS sebagai bukti ianya telah selesai. Kenapa perlu diungkit-ungkitkan lagi….???” Ujar beliau dengan nada sedih. Kini Pak Cik Pin dalam keadaan uzur lantaran penyakit kulit dan kencing manis yang dihidapinya. Namun beliau tetap tabah menghadapi ujian daripada Allah Subhanahu wa Taala ini.

Hasil pengamatan saya; Malang sekali bagi generasi muda PAS masa kini kerana banyak fakta-fakta sejarah PAS (termasuk dokumen-dokumen penting) telah dibuang dan dimusnahkan begitu sahaja apabila timbul generasi baru yang mahukan bangunan PAS Kota Bharu diperbaharui dan diperelokkan tanpa mempedulikan nasib data-data bersejarah PAS itu dengan membuang serta memusnahkannya begitu sahaja. Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab ??????? Siasatlah sendiri…..malas saya nak sebutkan namanya di sini….


[1] Semua serpihan-serpihan pengundi-pengundi PAS yang berjaya di pecahkan oleh UMNO selepas krisis dalaman antara PAS dan Dato` Nasir hingga tertubuhnya BERJASA kembali bercantum semula. Status PAS Kelantan juga didapati semakin bertambah kukuh selepas bergabung dengan parti Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan juga sesudah Parti Semangat 46 dibubarkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: