Gomo Kelate Gomo!!!!

Nik Aziz janjikan insentif jika Kelantan menang

BERITA baik jika Kelantan muncul juara Piala Malaysia Sabtu ini kerana Kerajaan Negeri menjanjikan pemberian insentif wang tunai kepada semua pemain, namun tiada cuti peristiwa diumumkan.Walaupun jumlah wang tunai berkenaan tidak dinyatakan namun Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah pemberian insentif seumpama itu diharap mampu dinikmati bersama antara pemain dan ahli keluarga mereka.“Jika Kerajaan Negeri memberikan peluang mereka (pemain) ke Mekah, hanya pemain sahaja yang menikmatinya. Jadi Insya-Allah jika menang kami akan berikan wang tunai pula biar sebuah rumah dapat merasainya termasuk isteri dan anak-anak.“Mengenai pengumuman cuti jika pasukan Kelantan memang, kami rasakan tidak wajar kerana pada 4 November kita baru umumkan cuti peristiwa sempena hari pengundian dan takkan hendak cuti lagi,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.Menurutnya, pegawai-pegawai yang terlibat ke pertandingan bola sepak itu boleh memohon cuti mereka sendiri kerana Kerajaan Negeri merasakan tidak wajar asyik memberikan cuti lagi.

Mursyidul Am Pas itu berkata, beliau mendoakan kejayaan The Red Warriors untuk mengalahkan Negeri Sembilan Sabtu ini dan turut berdoa semoga tiada keganasan berlaku.

“Saya berdoa dua perkara, supaya Kelantan menang dan tidak berlaku keganasan (kekecohan). Kita malu jika Kelantan ganas sepanjang perlawanan itu.

“Kepada penyokong, saya nasihatkan supaya tanamkan semangat kesukanan dengan menjaga akhlak mereka. Nak sorak-soraklah jangan lempar botol dan sebagainya kerana ia budaya Eropah,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak pergi menyaksikan pertandingan itu tetapi Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob akan turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya tetap menghargai pasukan Kelantan walaupun jika pasukan itu kalah kelak kerana mereka mampu melayakkan diri ke final pada kejohanan bola sepak berprestij itu.

Dipetik dari: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8344281.asp

Ganjaran yang ditawarkan merupakan satu galakan agar semangat  juang pasukan Red Warriors sentiasa membara untuk menjulang Piala Malaysia pulang ke Negeri Serambi Mekah. Berdasarkan hasil jualan tiket, jelas sekali fenomena ini memaparkan kepada kita semua betapa rakyat Kelate ini mempunyai sumber ekonomi yang kukuh. Tidak sepertimana yang digembar-gemburkan oleh pihak Barisan Nasional yang sering memburuk-burukkan imej rakyat Kelate yang kononnya sentiasa bergelombang dalam kemiskinan. Bakpolah sampai begitu sekali. Cuba fikir tiket perlawanan final piala Malaysia berharga rm 30 pun sanggup dibeli. Malah bagi mereka yang gagal mendapatkan tiket, sanggup juga membayar sebanyak rm 70 (harga black market) semata-mata kerana ingin memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada pasukan Red Warriors. Benarkah rakyat Kelate nih miskin tegar? Pasti sekali dakwaan tersebut adalah satu pembohongan yang berniat menghina imej rakyat Kelate.

Selain itu, ada juga tuduhan mengatakan ramai rakyat Kelate ini fanatic dengan PAS dan sukar menerima orang luar. In juga merupakan tuduhan liar yang amat tidak berasas.  Cuba selidik dengan teliti; ramai manakah orang luar yang dah berkahwin dengan Mek Kelate begitu juga dengan Awe Kelate dan mereka terus menetap di negeri Kelate hingga ke akhir hayat mereka??? Negeri manakah yang orang luar boleh bertanding sebagai calon wakil rakyat di atas tiket PAS dan menang sebagai wakil rakyat???? Pasti sekali negeri itu adalah negeri Kelate. Satu perkara lagi yang wajar diketahui oleh masyarakat luar Kelate; Sikap rakyat Kelate nih amat dinamik. Mereka sanggup melakukan perubahan drastik apabila rasa benci dan mual mulai mempengaruhi jiwa mereka. Cuba perhatikan juga; siapakah presiden KAFA sekarang? Bukankah Datuk Anuar Musa merupakan Presiden KAFA? Habis tuh kalaulah rakyat Kelate nih fanatic  dalam soal politik, mengapa mereka masih boleh terima Anuar Musa sebagai Presiden KAFA. Jawabannya sudah tentulah tak lain dan tak bukan; iaitu kerana rakyat Kelate nih bijak memilih dan bijak berpolitik. Majoriti daripada para penyokong tegar pasukan Red Warriors adalah penyokong tegar PAS kerana mereka yakin PAS lebih mampu menerajui perubahan di Kelate berbanding dengan Barisan Nasional.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: