Archive for November, 2010

Sekitar Expo Cheng Ho

Antara koleksi rumah pasang siap

Kerangka rumah yang dipamer

 

Satay kambing Cina yang paling best sekali!

Harga satay kambing nih rm 2.00 secucuk....

 

Bayaran terapi naga ini pula sebanyak rm 35.00 selama 45 minit

 

Pada waktu malam diadakan pula pertunjukan akrobat berjalan di atas tali melintasi stadium Sultan Muhammad iv dan juga  kung fu  Shaolin Master. Tiket dijual; bagi dewasa rm 10.00, untuk pelajar sekolah rm 5.00 dan kanak-kanak pula sebanyak rm 2.00 sahaja. Tapak expo ini bukan hanya dikhaskan kepada para peniaga dari negara Cina sahaja. Malah ia juga terbuka kepada syarikat-syarikat swasta tempatan seperti Maxis, Hospital Pakar dan lain-lain lagi bagi mempromosikan produk masing-masing. Sayang sekali majlis yang sebegitu meriah ini tidak disiarkan oleh mana-mana siaran televisyen tempatan meskipun ia begitu amat bermanafaat untuk dikongsi bersama.

Persiapan Ekspo Cheng Ho amat giat diusahakan

Mr. Kenny

Petang tadi saya meluangkan masa bersiar-siar  sekitar Bandar Kota Bharu. Sasaran utama hari ini ialah Tapak Ekspo Cheng Ho yang bakal berlangsung kelak sekitar  21-26 November 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad iv. Allahamdulillah persiapan rapi dan teliti sedang rancak diusahakan siang dan malam. Barang-barang dagangan melalui kontena-kontena kapal daripada syarikat-syarikat perniagaan yang diterajui dan dimiliki oleh para pedagang Cina beragama Islam sampai ke Kelantan saban hari. Paling menguja sekali ialah kegigihan Mr. Kenny dalam usaha mengemaskinikan projek ini agar ianya jaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang di sisi pandangan masyarakat majmuk dengan berbagai pegangan agama di seluruh dunia.

Tapak Ekspo

Antara tapak niaga yang disediakan

Seksyen kesihatan turut disediakan

 

Untuk apakah kerangka-kerangka besi ini? Bagi mengetahui jawabannya silalah datang beramai-ramai ke tapak Ekspo Cheng Ho ini!

Penyampaian message dan penampilan Maher Zain mampu menarik perhatian ramai

Penyanyi nasyid perlu tampil dengan imej lebih segar, kontemporari

Maher Zain

Maher Zain Mustapha, dilahirkan di Beirut, ibu negara Lebanon pada tahun 1982. Dia memang berdarah Arab tetapi dibesarkan dan mendapat pendidikan di di Stockholm, Sweden. Album pertamanya Thank You Allah memuatkan 13 lagu dengan dua lagu bonus mula pasarkan pada 1 November 2009.

Keluarganya berhijrah ke Sweden ketika Maher berumur lapan tahun. Pada usia lapan tahun, Maher sudah boleh bermain alat muzik iaitu keyboard. Kini Maher adalah lelaki berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Angkasa. Kariernya dalam muzik bermula apabila dia bekerja di studio muzik RedOne, milik seorang penerbit berketurunan Maghribi tetapi sudah lama menetap di Sweden.

Daripada RedOne, Maher berpindah ke New York. Tetapi tidak lama. Dia kembali ke Sweden untuk sementara waktu dan dari sini bermulalah satu kesedaran dan jati diri agama bermula secara serius dalam hidupnya. Pada Januari 2009, Maher Zain mula bekerja menyiapkan album dan kemudian menandatangani dengan Awakening Records.

Maher menjelajah ke Timur Tengah dan lima bandar utama di Amerika Syarikat dengan pertubuhan Islamic Relied dan ini seterusnya membawa dia ke Malaysia. Album pertamanya Thank You Allah menduduki tangga pertama dalam carta Amazon World Music dan tempat kesembilan bagi carta kategori lagu-lagu R&B.
Klip videonya The Chonsen One yang bercerita mengenai kehidupan dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w di buat di Los Angeles.

Sebenarnya agak menarik kalau dikaji mengenai kemunculan Maher Zain dalam arena muzik. Dia mengembangkan muzik yang berlandaskan ketuhanan, kerohanian dan kedamaian dengan imej Islam tidak menerusi negara-negara Arab, terutama di tempat kelahirannya. Dia mencipta, menerbitkan dan merakamkan lagu-lagu yang memuji kebesaran Allah itu di negara yang majoriti penduduknya bukan Islam iaitu Sweden. Negara Scandinavia ini memang terkenal menghasilkan produk kumpulan pop, heavy metal dan rock. Kumpulan Abba, Roxette, Ace To Base, Brigit Nilssona adalah penyanyi atau kumpulan muzik terkenal yang berasal dari Sweden.
Maher Zain memang sudah tiba dan mengadakan persembahan di Kuala Lumpur sebulan yang lalu. Dan penyanyi itu dikatakan mahu kembali ke Malaysia tahun depan.

Ketika di Malaysia, pengeluar kereta nasional Proton, bersetuju tampil menjadi penaja. Kereta Proton menjadi kenderaan rasmi Maher Zain sepanjang berada di Malaysia. Penajaan itu dikatakan menimbul rasa cemburu terhadap penyanyi dan beberapa kumpulan nasyid tempatan.

Memang agak malang bagi penyanyi nasyid kita. Sudahlah susah mendapat tempat untuk lagu-lagu mereka disiarkan oleh radio tempatan, ada syarikat korporat pula lebih berminat menaja penyanyi luar.

Tapi konsep dan pendekatan serta corak persembahan untuk lagu-lagu bercorak ketuhanan dan kerohanian juga sepatutnya berubah, sesuai dengan peredaran zaman. Lihatlah Maher Zain tatkala menyanyikan lagu Insha Allah, Thank You Allah dan Baraka Allahu Lakuma.

Penampilannya ketika membuat persembahan, ternyata berbeza dengan kebanyakan penyanyi nasyid sekarang. Bukanlah hendak merendah imej nasyid, tetapi gaya penampilan dan corak persembahan perlu menepati selera pendengar dan peminat masa kini.

Bagi lagu nasyid – kadang-kadang, bukan soal lagu yang mereka nyanyikan. Imej dan cara pembawaan penting. Kalau kumpulan Rabbani, Raihan dan Hijjaz tampil dengan gaya bersongkok dan baju Melayu, kenapa kumpulan berikutnya harus mengikut gaya yang sama. Sepatutnya, anak muda atau kumpulan nasyid yang muncul selepas ketiga-tiga kumpulan itu mungkin boleh tampil dengan imej yang lebih kasual. Tidak semestinya berkopiah atau bersongkok.

Maher Zain berjaya ke seluruh pelusok dunia dengan memakai topi Beretta, berseluar jeans dan berjaket kulit saja. Walaupun jati diri Arabnya tebal dan pegangan Islamnya kuat, tetapi tidaklah pula tampil dengan memakai igal, jubah atau pakaian tradisional lelaki Arab.

Mendengar suara Ramli Sarip menyanyikan lagu Seruan ketika membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC memang cukup menakjubkan. Lagu dalam muzik rock, Seruan adalah cerita mengenai laungan azan Subuh yang mengajak umatnya mengerjakan solat Subuh ketika sedang lena diulit mimpi.

Ia bukan sekadar itu. Tapi suara atau seruan azan itu sendiri sudah membuatkan menggigil ketakutan dan tertanya-tanya apakah kita sudah menunaikan tanggungjawab kepada-Nya? Tapi Ramli tetap dengan gaya seorang rock!

Oleh itu, lagu-lagu daripada genre nasyid perlu diberikan nafas baru. Vokalis Rabbani, Allahyarham Mohd Asri Ibrahim sudah mula merintis pembaharuan lagu-lagu nasyid dengan menyuntik muzik yang lebih kontemporari, padat dan catchy. Mohd Asri sudah mula membawa nasyid melangkau jauh ke hadapan, walaupun dikritik kerana mencemarkan imej dan keaslian muzik nasyid. Tapi lagu Intifada dan Pergi Tak Kembali sering berkumandang di radio dan mudah diterima kerana corak muzik seperti itulah yang ditunggu-tunggu oleh anak muda.

Antara Maher Zain, Rabbani, Raihan, Hijaz, malahan Ramli Sarip tetap ada persamaan iaitu mesej yang dibawa menerusi lagu nyanyiannya. Apa yang membezakan ialah pendekatan dan cara penampilan. Itulah yang perlu difikirkan oleh mana-mana penyanyi dan kumpulan nasyid sekarang. – zainuri@bharian.com.my

 

Dipetik dari: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Fragmen_MaherZaindanlagunasyidkita/Article

Antara Nor Dris dan Zaid Ibrahim

Dalam musim PRK Galas minggu lepas, ramai yang terkejut beruk dengan kelakuan Ustaz Mat Nor Dris yang bobok tak tentu hala dengan mengangkat imej kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional adalah kerajaan Islam. Pagi nih rakyat Malaysia terkejut babon pulak bila Zaid Ibrahim yang baru sertai PKR lalu diberi mandate yang besar dalam parti tapi bertindak sembrono sahaja. Jelas sekali tindakan Ustaz Nor Dris dan Zaid Ibrahim ini ke arah untuk memecah belahkan serta menghuru hara dalaman Pakatan Rakyat.  Fokus utama Nor Dris ialah untuk menghentam PAS secara bobok membabi buta. Manakala Zaid Ibrahim pula dengan gaya mabuknya yang bersahaja….santai aje.

Nor Dris tak boleh dibuat kiro…jenis tak pok !!!

Bodoh sengotti Nor Dris nih. Cuba tengok gelagat dia yang suka menimbulkan provokasi dalam u tube di bawah. Tujuan utama beliau ialah untuk menarik perhatian ramai. Tak ada langsung hujjah konkrit  beliau yang boleh diterima akal. Macam orang gila dan  memang tak perlu dilayan! Kalau setakat dia tak mahu sokong dan beri undi kepada PAS itu tak apalah….tapi kalau lebih daripada tuh, lepas tuh dah sanggup sokong UMNO dan beri undi kepada UMNO, ini tandanya Nor Dris merupakan seorang bekas pensyarah dalam bidang agama yang sudah tak boleh dibuat kiro!!!

http://www.youtube.com/watch?v=ajBzNWQnHdw&feature=player_embedded

Cuba lihat apa yang media pro-UMNO siarkan di bawah ini;

http://www.youtube.com/watch?v=3b2m5UAyDyw&NR=1

Sebelum itu, cuba tengok dan dengar pula apa ulasan Ustaz Hamid Derani tentang UMNO yang mendakwa mahukan Islam.

http://www.youtube.com/watch?v=QHttk6tuMak&feature=related

Hujan Lebat di Mekah

Mekah dikejutkan dengan hujan lebat 2 jam

MEKAH 3 Nov. – Kekerapan hujan dan banjir di Malaysia menjadi perkara biasa tetapi di Mekah hujan merupakan perkara luar biasa dan dianggap rahmat Allah kerana bumi ambia ini jarng sekali menerima hujan.

Cuaca panas di tanah suci Mekah yang mencecah melebihi 41 darjah Celsius sejak dua minggu lepas dikejutkan dengan hujan lebat hampir dua jam petang semalam.

Hujan bermula kira-kira 5.30 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) menyebabkan air melimpahi jalan-jalan di sekitar ibu kota Mekah, Aziziah, Syisya dan beberapa kawasan persekitarannya.

Pasukan media Lembaga Tabung Haji (TH) yang dalam perjalanan ke Syisya kira-kira empat kilometer dari pusat bandar Mekah menempoh perjalanan dalam hujan lebat disertai petir petang semalam.

Aliran trafik Kota Mekah yang sentiasa sibuk dengan kehadiran jutaan jemaah haji dari seluruh dunia bagaimanapun tidak terjejas kecuali jemaah-jemaah yang hendak menunaikan solat di Masjidil Haram kelihatan terkandas.

Kota Mekah berdebu berikutan pembangunan pesat sekarang hilang sementara, disebabkan hujan tersebut dan cuaca kembali panas seperti biasa hari ini. – Bernama

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.