Archive for December, 2010

Isu kerajaang Perpaduang masih hidup !!!

Terkejut saya bila menerima petikan facebook ADUN Bukit Tuku, Hj Abdul Fatah Haron.  Bunyinya lebih kurang begini;

Abdul Fatah Bin Haron

AMARAN KERAS; Rupanya ada pula pemimpin PAS yang cuba berunding dengan pemimpin UMNO dalam hal Kerajaan Perpaduan. aku. tak ridha demo buat begitu nanti patah semangat penyokong yang bercita2 nak ambil alih pentadbiran PUTRAJAYA. Kenapa timbul pula? siap jadi dalang? APCOkah? aku sedih serita ini… berpecah pula puak kita. yang hendak ada hujah, yang tak hendak pun ada hujah.

8 hours ago via BlackBerry

Dipetik dari:

http://www.facebook.com/home.php#!/permalink.php?story_fbid=123569744376844&id=100000870215383

Begitu juga dengan sms yang diforwardkan kepada saya;

Presiden PAS setuju cara Umno guna SPB Agung jayakan program umno berunding PAS-UMNO perpaduan Melayu. Bw mursyidul am jumpa Agung sekali pm, dpm, Abdullah, jumpa agung di istana Kt pada 24hb. lepas. Sahih. Tambahan: wakil PAS presiden dan timbalan nak tahu detail kena tanya mursyidul am dan yg hadir. TGNA kata yg memusnahkan Melayu adalah Umno.

Towardsmardhatillah:

Jika plan kerajaang perpaduang masih berkobar-kobar dalam jiwa sesetengah pemimpin tertinggi PAS sekarang nih, adakah kemungkinan besar Tok Guru akan disingkir daripada jawatan Mursyidul am dan digantikan dengan Dr.Harun Din yang memang pro ke  arah kerajaang perpaduang sejak dulu lagi??????  Dengan ini, proses pilihanraya akan dilambatkan sehingga projek kerajaang perpaduang kembali berjaya terlebih dahulu. Kepada semua pengundi dan penyokong PAS diharap beristiqamah dan bersedia dengan apa saja bentuk perubahan yang bakal mendatang…..

 

Sibuk ke sana sini

Peluang perniagaan di pagi jumaat di Kota Bharu

Cari rezeki sambil dengar kuliah pagi jumaat

Kaum wanita ramai hadir ke sini pada setiap pagi jumaat

Beginilah rutin Tok Guru sejak dari usia mudanya hingga sekarang

Pada pagi jumaat 24 December 2010, saya meluangkan masa menuju ke majlis Kuliah Pagi Jumaat oleh Tok Guru Nik Aziz di depan Pejabat PAS, Kota Bharu. Antara lain dalam kuliahnya, Tok Guru mengupas betapa pentingnya maruah diri dipelihara. Oleh itu, aurat adalah salah satu symbol maruah yang wajib dijaga. “Kalau ada manusia mengaku dirinya beragama Islam sanggup  jaga pitih emasnya daripada dicuri orang….sanggup simpan duit di tempat selamat bimbang takut dicuri dengan memastikan duitnya berada dalam beg dan beg itu pula ditutup dengan zip dengan baik lalu diletakkan dalam poket yang tidak koyak semata-mata kerana beringat-ingat agar duitnya tidak dicuri orang ….pah tuh bakpo manusia tak sanggup jaga aurat mereka gitu juga???? Menutup aurat nih wajib kerana untuk jaga maruah manusia “ tegas  Tok Guru. Beliau juga mengupas betapa maruah Anwar Ibrahim dihina sebegitu rupa semata-mata kerana ingin mengekalkan kuasa politik  dengan cara kotor dan tidak halal disisi syarak. Kuliah Tok Guru bermula pukul 9:30 a.m dan berakhir pukul 10:30 a.m.  Lepas selesai kuliah, saya terserempak dengan bekas pegawai keselamatan Allahyarham Dato’ Mohd.Asri bin Hj.Muda, Pak Cik Weil. Selepas kejadian 13 Mei, pihak kerajaan memperuntukkan kepada setiap orang Menteri-menteri cabinet dan Menteri-menteri Besar seorang  pegawai  keselamatan dan juga seorang polis untuk mengawal rumah demi menjaga keselamatan mereka. Dalam pertemuan singkat ini beliau sempat bercerita kepada saya kisah-kisah kenangan semasa berada bersama Allahyarham Dato’ Asri.  Menurut Pak Cik Weil “Semasa ambo jadi body guard Ayah Mat (Dato’ Asri), begitu banyak kenangan manis semasa bersama beliau dan ahli keluarganya. Ayah Mat menyediakan tempat pondok untuk polis berteduh semasa menjalankan tugas di hadapan rumahnya…..di sebelah rumahnya, dia dirikan sebuah surau untuk polis dan orang-orang lain yang datang berkunjung untuk menunaikan solat.  Kerapkali saya dan polis lain yang bertugas di rumah Ayah Mat begitu mesra makan bersama keluarganya di dapur. Bini bekas Menteri Besar Kelantan (B.Nasional), Mohammad Yaakob begitu terkejut melihat keakraban saya dengan Ayah Mat dan ramai yang  menyangkakan saya adalah Setiausaha Sulit Ayah Mat” jelas pakcik Weil.

Pakcik Weil

Kesibukan tugas mengumpul fakta-fakta sejarah untuk dikaji dan dibukukan merupakan faktor utama mengapa saya jarang mengisi  sebarang entry dalam blog ini. Terpaksa berjalan jauh  dan bertandang di rumah responden berjam-jam lamanya sudah jadi sebahagian daripada cara hidup saya. Pagi nih 25 december 2010,  saya menuju ke rumah Abuya Ustaz Yahya Othman di Banggol Judah, Machang. Sebagai orang lama dan berpengalaman berada dalam PAS sejak zaman kejatuhan PAS hinggalah ke zaman kebangkitan semula, sudah pastilah  dia merupakan salah seorang responden yang perlu saya tanya untuk dapatkan pengesahan sebarang maklumat ataupun data-data yang terkumpul berkaitan dengan parti.  Apa yang menarik perhatian saya berkaitan dengan Abuya ini ialah; lidah dan slang Arab yang Allah Taala kurniakan kepadanya kekal sejak dulu hingga kini tetap tak berubah. Walaupun bercakap Melayu tapi pelet Arab tetap bertakhta di lidah beliau. Allahamdulillah keadaan beliau masih stabil dan masih bersemangat kuat  dalam aktiviti tarbiyah generasi muda terutama sekali golongan pelajar-pelajar university meskipun diuji dengan penyakit kencing manis. Dalam sektor tarbiyah, akhlak dari sudut kehidupan secara menyeluruh lebih diutama. Dengan kata lain, gaya hidup bersederhana sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah perlu dihighlight serta diamalkan. Selepas beberapa jam bertandan di rumah beliau, saya minta diri berundur untuk memberi peluang kepada Abuya Yahya Othman berehat.

Abuya Yahya Othman

Khasiat Burung di Sawah

Di mana ada sawah padi pasti di situ juga ada burung.  Apatah lagi kalau bendang itu dipenuhi dengan padi organic. Macam-macam jenis burung boleh didapati di Baruh Tunjung. Yang paling menarik dan sedap dimakan ialah burung ciak rumah, cak tuli dan burung pipit.  3-4 pukat dipasang untuk memerangkap burung ini.  Setiap hari  paling kurang sekitar 10-15 ekor burung pasti ada yang tersangkut di pukat-pukat ini.  Daging burung ciak amat baik untuk meningkatkan nafsu seks terutama  sekali jika ia dimasak secara kukus ataupun dijadikan sup herba.

Burung lekat di pukat

Sedap sengotti makan burung nih!

Seekor lagi mangsa untuk disembelih

بسم الله الرحمن الرحيم

Burung goreng

Padi Organik di Tunjung

Setiap kali berkunjung ke Baruh Tanjung, gambar-gambar permandangan bendang padi sentiasa jadi tumpuan lensa camera saya nih…..

Yang kelihatan gelembung di sekeliling pokok padi nih ialah tahi cacing. Cacing berperanan utama menyuburkan tanah

Abhar Daud bin Suhiluddin (Pak Suhil) kini dah jadi anak angkat Haji Hashim

Pelajar Universiti Malaysia Kelantan turut ke bendang bersama Pak Aet

This is Daneil, my nephew….

Tidak salah kenyataan Tok Guru jika Lim Kit Siang tidak membahayakan perundangan syara’

Seorang rakan lama hantar kepada saya satu entry yang beliau petik dalam blog Ustaz Tantawi dan minta pendapat saya mengenainya.

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/12/pm-dan-tpm-menurut-perspektif-islam.html

Point utama yang cuba dinyatakan dan disyarahkan oleh Ustaz Tantawi menerusi blognya ini ialah; Jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri perlulah dijawat oleh individu yang beragama Islam. Bagaimana pula dengan kenyataan yang dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz bahawa Lim Kiat Siang pun layak untuk jadi Timbalan Perdana Menteri sebagai menyokong kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim???? Sebelum saya ulas tajuk ini, terlebih dahulu saya nyatakan di sini; saya tidak berniat nak membela Tok Guru dalam persoalan ini tapi jika dilihat berdasarkan pengalaman yang pernah saya pelajari di Sudan dulu dari sudut tajdid usul fiqh; pendapat DSAI dan Tok Guru itu sebenarnya boleh diguna pakai. Ringkasnya begini;  Sudan ini merupakan sebuah negara Islam setelah ia berjaya muncul sebagai sebuah negara pertama di Benua Afrika yang menetapkan serta mengisytiharkan  perundangan syariat Islam secara syumul (100%) selepas kerajaan Comoros. Lantaran ini kerajaan Islam Sudan sentiasa mendapat tentangan dari luar dan dalam. Bagi meredakan tekanan, jawatan timbalan Presiden diserahkan kepada ahli politik Sudan yang beragama kristian (Dr.John Garang). Sebelum ini, Dr.John Garang dan majoriti penganut agama kristian merupakan penentang utama kerajaan Islam Sudan. Namun tentangan itu berubah apabila jawatan no.2 diserahkan kepada golongan kristian.  Secara tidak langsung proses tersebut berjaya meredakan ketegangan politik dalaman Sudan. Tidak lama selepas itu, Dr.John Garang meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan udara (helicopter yang dinaiki terhempas). Namun penggantinya adalah juga daripada kalangan mereka yang beragama kristian. Dalam masa yang sama, perundangan syariat Islam tetap kekal dan berjalan lancar meskipun terpaksa mengorbankan jawatan Timbalan Presiden kepada golongan non-muslims.  Keputusan menyerahkan jawatan no.2 ini kepada individu beragama Kristian  dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama’ Sudan dengan syarat perundangan Syariat Islam di negara tersebut tidak terjejas.

Berdasarkan ulasan ringkas ini,  dalam konteks perkembangan politik tanahair kini, tidak menjadi sebarang masalah jika jawatan no.2  itu disandang oleh Lim Kiat Siang sekiranya beliau tidak membahayakan perundangan syarak dan mampu bersikap adil terhadap golongan muslimin dan juga nons muslim. Usul fiqh itu hanyalah satu cabang ilmu yang fleksible kerana hukum fiqh itu sendiri juga bersifat fleksible berasaskan kaedah;

الحكم يتغير بتغير زمان و مكان و أحوال

Oleh itu sektor Usul Fiqh adalah harus terdedah kepada pembaharuan semasa dengan syarat ia tidak menjejaskan matlamat asalnya serta tidak memudharatkan ataupun  bersifat lebih kurang memudharatkan jika dibandingkan sebelum sebarang perubahan dilakukan.

Baca juga entry berikut;

http://hartalmsm.wordpress.com/2010/12/03/kit-siang-can-be-deputy-pm-if-he-converts/

Slogan Ketuanan Melayu memang hampas!!!…..Slogan Ketuanan Islam???

Mafhum firman Allah:

Sesungguhnya Rasulullah adalah ikutan (tauladan) terbaik untuk kamu dan bagi orang-orang yang amat berharap menemui Allah serta Hari Kemudian dan banyak mengingati Allah.

Surah al-Ahzab, ayat  21.

Mafhum hadis:

Rasulullah merupakan seelok-elok manusia dari segi paras rupa dan sebaik-baik daripada kalangan mereka dari segi akhlak. (Riwayat al-Bukhari).

Ada banyak lagi ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah yang memperkatakan tentang akhlak. Namun memadailah dengan dua nas yang tertera di atas sebagai renungan untuk kita bersama berkaitan dengan topic akhlak. Secara jelas lagi nyata, semua pihak terutama seklai di kalangan kaum muslimin mengiktiraf Rasulullah sebagai sebaik-baik insan untuk dicontohi. Lantaran ini segala usaha oleh individu-individu yang berusaha menyahut seruan Rasulullah begitu sekali dilihat bertungkus lumus untuk muncul  seperti Rasulullah. Ada yang hanya sanggup berjubah selama 24 jam sehari semalam. Ada yang hanya mampu memakai serban sahaja tanpa berjubah (berbaju melayu). Ada yang berjanggut segenggam dan bermisai nipis sahaja tapi tak mampu berjubah serta berserban  selama 24 jam. Ada yang mampu berjubah, berserban, berjanggut tapi kuat merokok . Ada yang tak berjanggut dan tak berjubah tapi mengamalkan corak kehidupan Islam dalam kalangan ahli keluarganya secara beransur-ansur dan macam-macam lagi. Semua gambaran-gambaran mereka ini menunjukkan betapa mereka ini cintakan Rasulullah meskipun semua mereka ini tidak mampu mencontohi Rasulullah dari segi penampilan lahiriah secara total 100%.

Begitu juga dari sudut akhlak. Ada yang berjubah dan bermacam-macam jenis ber….ber ….lagi tapi failed terus dari segi akhlak akibat terlalu memperajakan hawa nafsu ammarah lebih daripada segala-galanya yang mampu membahagiakan diri mereka di akhirat kelak. Akhirat adalah abadi dan kehidupan dunia hanya persinggahan sementara sahaja.  Sebelum menjangkau lebih jauh, point utama yang perlu disedari berasaskan kedua-dua nas di atas ini ialah; Rasulullah adalah contoh pemimpin yang terbaik dari segenap aspek keterampilan dan juga akhlak. Insan yang diutuskan oleh Allah ini tidak menawarkan gula-gula projek duniawi besar-besaran di muka dunia . Dalam masa yang sama Rasulullah juga tidak mengajar umatnya untuk memisahkan antara kehidupan dunia dan akhirat. Dengan kata lain; tidak salah untuk mengecapi kemewahan dunia asalkan tindakan tersebut tidak bercanggah dengan syariat Islam. Namun biarlah berpada-pada.  Jangan melampaui batas seperti pernah dilakukan oleh para khulafa  Abbasiyah di masa silam. Meskipun kerajaan Abbasiyah (132H-300H) begitu menampakkan usaha yang cemerlang dalam memajukan  perkembangan ilmu pengetahuan tapi akhlak para khulafa agak begitu merosot sekali.  Mereka juga suka membazir. Contohnya ; Khalifah al-Makmum  pernah menyediakan makanan lebih daripada 300 jenis makanan untuk dihidangkan kepada 10 orang tetamu  dalam satu majlis perbincangan dengan para fuqaha dan ulama’ ilmu kalam. Mas`udi  pula meriwayatkan bahawa Khalifah Harun al-Rasyid membelanjakan sebanyak 10,000 dirham untuk per belanjaan makan harian dan para tukang masaknya adakalanya terpaksa memasak lebih daripada 30 jenis masakan setiap harian. Dalam kitab Baina al-khulafa wa al-Khula `a oleh Syeikh Salahuddin, turut menyatakan bahawa; Khalifah al-Mahdi, al-Hadi, al-Rashid, al-Amin, al-Ma`mum, al-Wathiq dan al-Mutawakkil merupakan pemerintah Bani Abbasiyah yang begitu gemar meminum minuman nabidh[1].  Anak lelaki al-Mutawakkil yang bernama Mu`tazz membelanjakan sebanyak 86 million dirham bagi menyambut hari ulangtahunnya (Happy birthday).  Kemewahan dalam kehidupan di istana semakin bertambah ruah. Situasi ini menyebabkan ramai di kalangan para ulama’ pada zaman itu mulai bersikap berkecuali dan ada juga yang menentang. Sebagai contohnya;  al-Imam Jaafar al-Sadiq, Abu Hanifah, al-Imam Malik bin Anas di tentang oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dan para gabenornya. Al-Imam Ahmad bin Hanbal ditentang oleh Khalifah al-Ma`mum berhubung dengan isu penciptaan al-Quran. Al-Imam al-Syafie ditohmah sebagai pendukung puak Alawiyyah dan ditentang oleh Khalifah al-Rashid. Manakala al-Imam al-Bukhari pula dipaksa datang mengajar anak gabenor Khalid bin Ahmad tetapi al-Bukhari menolak. Lantaran ini, al-Bukhari terus dibuang daerah.

Dalam konteks perbincangan politik di Malaysia kini; slogan “KeTuanan Melayu” mulai dijaja demi menutup segala keburukan dan kepincangan akhlak para Menteri UMNO selaku parti peneraju utama Kerajaan Barisan Nasional.  UMNO dan Barisan Nasional memang betul-betul hampas!!!! Namun sejauh mana pula kemampuan pihak Pakatan Rakyat dalam usaha menawan hati rakyat? Adakah kredibiliti akhlak pemimpin Pakatan Rakyat  terutama sekali para pemimpin PAS lebih menonjol dan lebih baik dengan mengutarakan slogan “Ketuanan Islam” jika dibandingkan dengan “Ketuanan Melayu” yang jelas hampass?  Sejauh manakah slogan “Ketuanan Islam” itu bertakhta di hati para pemimpin PAS? Adakah slogan “Ketuanan Melayu” yang digembar-gemburkan mengatasi lebih daripada penampilan akhlak para pemimpin PAS itu sendiri terutama sekali akhlak serta penampilan gaya hidup segelintir pemimpin dengan rakyat jelata di bawah mereka????  Wa Allahu a’lam.


[1] Sejenis minuman yang menjadi pertikaian hebat di kalangan para fuqaha sama ada ia tergolong dalam katogari arak ataupun tidak.

Poligami di Nigeria: Amat menakjubkan!

Beberapa orang rakan pernah bertanya kepada saya tentang amalan poligami di Nigeria. Jawaban saya kepada pihak yang bertanya adalah lebih kurang sama aje, iaitu “Satu proses yang amat menakjubkan”. Walaupun saya tak pernah menjejakkan kaki saya di bumi Nigeria tapi hasil persahabatan saya dengan rakan-rakan berbangsa Nigeria semasa kami sama-sama di bumi Sudan begitu cukup amat bererti bagi saya. Di kalangan umat Islam Nigeria, isteri pertama sanggup dan bersedia mencari untuk suaminya isteri kedua dan begitulah seterusnya bagi isteri kedua dan ketiga. Mereka sanggup berpakat untuk saling mencari “madu” bagi diri mereka merangkap isteri keempat bagi suami mereka. Satu kebanggaan bagi kaum muslimat Nigeria sekiranya suami mereka mampu berpoligami seramai 4 orang isteri dan mampu memberikan keempat-empat isteri itu nafkah batin yang cukup. Kaum wanita diajar agar memahami bahawa; setelah berumahtangga, keredhaan Ilahi itu tertakluk kepada keredhaan suami. Dalam masa yang sama si suami juga perlu tampil sebagai seorang suami soleh yang bertanggungjawab dalam pengurusan rumahtangga. Disamping itu,  kaum muslimat Nigeria tidak pernah menganggap diri mereka sebagai objek untuk memuaskan nafsu seks si suami semata-mata. Malah mereka juga semakin mulia dan dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat setempat. Secara tidak langsung dengan kaedah ini, maruah seseorang wanita lebih terpelihara daripada terjeremus ke lembah maksiat.  Dari sudut nafkah zahir, isteri-isteri yang bermadu redha dengan kadar nakfah mengikut kemampuan suami mereka. Walupun berkulit hitam bukan bererti gadis-gadis Nigeria tidak cantik. “Hitam-hitam si tompok maggis….sungguhpun hitam dipandang manis…”

Seorang rakan saya bernama Ahmad (graduan fakulti Syariah) adalah salah seorang pelajar yang disegani ramai kerana beliau merupakan seorang Hafiz al-Quran dan sering mengimami solat jamaah terutama sekali solat subuh di masjid International University of Africa. Dari segi fizikal, Ahmad adalah seorang OKU. Berjalan tempang. Kedua-dua belah kakinya cacat semenjak beliau dilahirkan lagi. Namun air mukanya jernih. Dalam bentuk lahiriahnya yang sebegitu,  Ahmad mampu beristeri tiga dan mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada ketiga-tiga orang isterinya. Dia pernah memberitahu kepada saya bahawa dirinya sedang dalam perancangan untuk menambah seorang lagi isteri.  Masyallah! Walaupun Ahmad ini berkaki tempang tapi ketiga-tiga orang isterinya adalah solehah (taat pada suami ) dan jelita.  Begitu jugalah dengan diri Abdul Hakim yang bermata juling tapi terkenal sebagai bakal cendikiawan muslim dalam kalangan masyarakat Islam Nigeria  juga berpoligami dengan dua orang isterinya yang cantik.  Pokoknya, rupa bukan ukuran bagi wanita Nigeria. Yang penting adalah kemampuan untuk muncul dan tampil sebagai lelaki sejati! Inilah keajaiban yang sukar di temui di kalangan mana-mana wanita muslimat di seluruh dunia! Tiada perbahasan panjang lebar berkaitan definisi berlaku adil sesama isteri yang bermadu dan tiada juga pertelingkahan yang meruntuhkan rumah tangga ekoran bilangan hari yang perlu diatur oleh pihak suami untuk bermalam di semua rumah madu-madunya. Sungguh unik lagi menakjubkan! Alangkah baiknya kalaulah situasi ini turut menjadi amalan tradisi turun temurun di kalangan kaum muslimat di Malaysia…..

Kadang kala saya tertanya-tanya “Adakah  muslimat Nigeria tidak memiliki sifat cemburu sesama mereka yang bermadu? Apakah sebenarnya definisi cemburu di dalam kamus dan juga benak kaum wanita di Nigeria? Inilah yang saya maksudkan sebagai “satu proses yang amat menakjubkan”.

Baca artikel di bawah ini.

http://www.majalah.iluvislam.com/?p=98

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.