Poligami di Nigeria: Amat menakjubkan!

Beberapa orang rakan pernah bertanya kepada saya tentang amalan poligami di Nigeria. Jawaban saya kepada pihak yang bertanya adalah lebih kurang sama aje, iaitu “Satu proses yang amat menakjubkan”. Walaupun saya tak pernah menjejakkan kaki saya di bumi Nigeria tapi hasil persahabatan saya dengan rakan-rakan berbangsa Nigeria semasa kami sama-sama di bumi Sudan begitu cukup amat bererti bagi saya. Di kalangan umat Islam Nigeria, isteri pertama sanggup dan bersedia mencari untuk suaminya isteri kedua dan begitulah seterusnya bagi isteri kedua dan ketiga. Mereka sanggup berpakat untuk saling mencari “madu” bagi diri mereka merangkap isteri keempat bagi suami mereka. Satu kebanggaan bagi kaum muslimat Nigeria sekiranya suami mereka mampu berpoligami seramai 4 orang isteri dan mampu memberikan keempat-empat isteri itu nafkah batin yang cukup. Kaum wanita diajar agar memahami bahawa; setelah berumahtangga, keredhaan Ilahi itu tertakluk kepada keredhaan suami. Dalam masa yang sama si suami juga perlu tampil sebagai seorang suami soleh yang bertanggungjawab dalam pengurusan rumahtangga. Disamping itu,  kaum muslimat Nigeria tidak pernah menganggap diri mereka sebagai objek untuk memuaskan nafsu seks si suami semata-mata. Malah mereka juga semakin mulia dan dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat setempat. Secara tidak langsung dengan kaedah ini, maruah seseorang wanita lebih terpelihara daripada terjeremus ke lembah maksiat.  Dari sudut nafkah zahir, isteri-isteri yang bermadu redha dengan kadar nakfah mengikut kemampuan suami mereka. Walupun berkulit hitam bukan bererti gadis-gadis Nigeria tidak cantik. “Hitam-hitam si tompok maggis….sungguhpun hitam dipandang manis…”

Seorang rakan saya bernama Ahmad (graduan fakulti Syariah) adalah salah seorang pelajar yang disegani ramai kerana beliau merupakan seorang Hafiz al-Quran dan sering mengimami solat jamaah terutama sekali solat subuh di masjid International University of Africa. Dari segi fizikal, Ahmad adalah seorang OKU. Berjalan tempang. Kedua-dua belah kakinya cacat semenjak beliau dilahirkan lagi. Namun air mukanya jernih. Dalam bentuk lahiriahnya yang sebegitu,  Ahmad mampu beristeri tiga dan mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada ketiga-tiga orang isterinya. Dia pernah memberitahu kepada saya bahawa dirinya sedang dalam perancangan untuk menambah seorang lagi isteri.  Masyallah! Walaupun Ahmad ini berkaki tempang tapi ketiga-tiga orang isterinya adalah solehah (taat pada suami ) dan jelita.  Begitu jugalah dengan diri Abdul Hakim yang bermata juling tapi terkenal sebagai bakal cendikiawan muslim dalam kalangan masyarakat Islam Nigeria  juga berpoligami dengan dua orang isterinya yang cantik.  Pokoknya, rupa bukan ukuran bagi wanita Nigeria. Yang penting adalah kemampuan untuk muncul dan tampil sebagai lelaki sejati! Inilah keajaiban yang sukar di temui di kalangan mana-mana wanita muslimat di seluruh dunia! Tiada perbahasan panjang lebar berkaitan definisi berlaku adil sesama isteri yang bermadu dan tiada juga pertelingkahan yang meruntuhkan rumah tangga ekoran bilangan hari yang perlu diatur oleh pihak suami untuk bermalam di semua rumah madu-madunya. Sungguh unik lagi menakjubkan! Alangkah baiknya kalaulah situasi ini turut menjadi amalan tradisi turun temurun di kalangan kaum muslimat di Malaysia…..

Kadang kala saya tertanya-tanya “Adakah  muslimat Nigeria tidak memiliki sifat cemburu sesama mereka yang bermadu? Apakah sebenarnya definisi cemburu di dalam kamus dan juga benak kaum wanita di Nigeria? Inilah yang saya maksudkan sebagai “satu proses yang amat menakjubkan”.

Baca artikel di bawah ini.

http://www.majalah.iluvislam.com/?p=98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: