Sibuk ke sana sini

Peluang perniagaan di pagi jumaat di Kota Bharu

Cari rezeki sambil dengar kuliah pagi jumaat

Kaum wanita ramai hadir ke sini pada setiap pagi jumaat

Beginilah rutin Tok Guru sejak dari usia mudanya hingga sekarang

Pada pagi jumaat 24 December 2010, saya meluangkan masa menuju ke majlis Kuliah Pagi Jumaat oleh Tok Guru Nik Aziz di depan Pejabat PAS, Kota Bharu. Antara lain dalam kuliahnya, Tok Guru mengupas betapa pentingnya maruah diri dipelihara. Oleh itu, aurat adalah salah satu symbol maruah yang wajib dijaga. “Kalau ada manusia mengaku dirinya beragama Islam sanggup  jaga pitih emasnya daripada dicuri orang….sanggup simpan duit di tempat selamat bimbang takut dicuri dengan memastikan duitnya berada dalam beg dan beg itu pula ditutup dengan zip dengan baik lalu diletakkan dalam poket yang tidak koyak semata-mata kerana beringat-ingat agar duitnya tidak dicuri orang ….pah tuh bakpo manusia tak sanggup jaga aurat mereka gitu juga???? Menutup aurat nih wajib kerana untuk jaga maruah manusia “ tegas  Tok Guru. Beliau juga mengupas betapa maruah Anwar Ibrahim dihina sebegitu rupa semata-mata kerana ingin mengekalkan kuasa politik  dengan cara kotor dan tidak halal disisi syarak. Kuliah Tok Guru bermula pukul 9:30 a.m dan berakhir pukul 10:30 a.m.  Lepas selesai kuliah, saya terserempak dengan bekas pegawai keselamatan Allahyarham Dato’ Mohd.Asri bin Hj.Muda, Pak Cik Weil. Selepas kejadian 13 Mei, pihak kerajaan memperuntukkan kepada setiap orang Menteri-menteri cabinet dan Menteri-menteri Besar seorang  pegawai  keselamatan dan juga seorang polis untuk mengawal rumah demi menjaga keselamatan mereka. Dalam pertemuan singkat ini beliau sempat bercerita kepada saya kisah-kisah kenangan semasa berada bersama Allahyarham Dato’ Asri.  Menurut Pak Cik Weil “Semasa ambo jadi body guard Ayah Mat (Dato’ Asri), begitu banyak kenangan manis semasa bersama beliau dan ahli keluarganya. Ayah Mat menyediakan tempat pondok untuk polis berteduh semasa menjalankan tugas di hadapan rumahnya…..di sebelah rumahnya, dia dirikan sebuah surau untuk polis dan orang-orang lain yang datang berkunjung untuk menunaikan solat.  Kerapkali saya dan polis lain yang bertugas di rumah Ayah Mat begitu mesra makan bersama keluarganya di dapur. Bini bekas Menteri Besar Kelantan (B.Nasional), Mohammad Yaakob begitu terkejut melihat keakraban saya dengan Ayah Mat dan ramai yang  menyangkakan saya adalah Setiausaha Sulit Ayah Mat” jelas pakcik Weil.

Pakcik Weil

Kesibukan tugas mengumpul fakta-fakta sejarah untuk dikaji dan dibukukan merupakan faktor utama mengapa saya jarang mengisi  sebarang entry dalam blog ini. Terpaksa berjalan jauh  dan bertandang di rumah responden berjam-jam lamanya sudah jadi sebahagian daripada cara hidup saya. Pagi nih 25 december 2010,  saya menuju ke rumah Abuya Ustaz Yahya Othman di Banggol Judah, Machang. Sebagai orang lama dan berpengalaman berada dalam PAS sejak zaman kejatuhan PAS hinggalah ke zaman kebangkitan semula, sudah pastilah  dia merupakan salah seorang responden yang perlu saya tanya untuk dapatkan pengesahan sebarang maklumat ataupun data-data yang terkumpul berkaitan dengan parti.  Apa yang menarik perhatian saya berkaitan dengan Abuya ini ialah; lidah dan slang Arab yang Allah Taala kurniakan kepadanya kekal sejak dulu hingga kini tetap tak berubah. Walaupun bercakap Melayu tapi pelet Arab tetap bertakhta di lidah beliau. Allahamdulillah keadaan beliau masih stabil dan masih bersemangat kuat  dalam aktiviti tarbiyah generasi muda terutama sekali golongan pelajar-pelajar university meskipun diuji dengan penyakit kencing manis. Dalam sektor tarbiyah, akhlak dari sudut kehidupan secara menyeluruh lebih diutama. Dengan kata lain, gaya hidup bersederhana sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah perlu dihighlight serta diamalkan. Selepas beberapa jam bertandan di rumah beliau, saya minta diri berundur untuk memberi peluang kepada Abuya Yahya Othman berehat.

Abuya Yahya Othman

One response to this post.

  1. Salam. Laba benar ana tak jumpa Al=Fadhil Ustaz Ya. Dulu dia pernah tinggal di Kg Cherang KBharu. Beliau sering berkhotbah Jumaat di Masjid al-Ahmadi Kg Cherang. Lihat pada foto, beliau masih sihat. Sosok ‘alim ini memang lembut tutur katanya. Banyak ilmu dan sedia menaburkan ilmu buat masyarakat. Semoga beliau sentiasa dalam afiat, bahagia, amalan diberkati dan dirahmati Allah.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: