Archive for January, 2011

Ambil pengajaran daripada kisah silam

Sejarah PAS Kelantan 1959-1978 merupakan hasil karya bersama saya dan Ustaz Salahuddin Abdullah (Mantan Exco Kerajaan Negeri  Kelantan 1973-1978)setelah  hampir dua tahun lebih bertungkus lumus. Diterbitkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan. Banyak kisah-kisah silam sama ada dari sudut gerak kerja politik atau sebagainya yang boleh dijadikan tauladan kepada generasi masa kini. Begitu juga dengan tindakan-tindakan negative yang merugikan parti turut dinyatakan dengan harapan segalanya amat dijadikan sempadan oleh generasi baru yang beria-ria menceburkan diri mereka dalam arena politik tanahair.  Paling utama sekali kisah yang wajib dijadi pengajaran oleh setiap ahli PAS ialah kerjasama dan penyertaan PAS dalam Barisan Nasional. Pada masa itu Tok Guru Nik Aziz pun bersetuju untuk bekerja sama dengan UMNO dengan menyertai Barisan Nasional. Namun penyertaan PAS dalam Barisan Nasional hanya meninggalkan kesan pahit. Ideologi dan matlamat politik yang berbeza menyukarkan untuk PAS dan UMNO untuk bekerjasama di bawah satu bumbung Barisan Nasional. Ketelusan PAS sentiasa dikhianati oleh UMNO yang tamakkan kuasa politik.  Masa telah berlalu pergi. Selepas kekalahan pada 11 Mac 1978, PAS mengambil tempoh  yang agak lama untuk bangkit dan menawan semula negeri Kelantan dalam pilihanraya umum  1990 melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU).  Anggaplah kerjasama antara parti politik UMNO_PAS pada masa silam itu sebagai satu eksperimen yang berjaya diketahui jawabannya dan  ia tak perlu diulang semula.  Buku ini juga merupakan tatapan paling sesuai untuk ditelaah oleh mereka yang pro kerajaang perpaduang dan memang menaruh hati untuk bekerjasama dengan UMNO. Ia juga sesuai dijadikan teks usrah bagi semua ahli-ahli PAS di semua peringkat untuk dicedok pengalaman-pengalaman kisah silam. Kisah yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk wajib dijadikan sempadan.

Makan Angin kat Negeri Perak

Impiana Hotel

Depan Kompleks Chancellor Universiti Teknologi Petronas, Tronoh.

Kellie`s Castle, Batu Gajah.

About Kellie`s Castle

http://en.wikipedia.org/wiki/Kellie%27s_Castle

Depan pintu masuk The Lost World

Having lunch

Relax sikit buang stress!

Alia & Akim

Ayah Su & Apih

Sekitar The Lost World

Dinner kat Impiana Hotel

Tenang dengan penampilan Cikgu Mala

Saya tidak menuju dan tidak berada di Tenang sepertimana rakan-rakan yang ditugaskan di sana. Walaupun tidak berpeluang berada di Tenang tapi hati saya tetap tenang setelah diberitahu oleh beberapa orang rakan (rakyat Johor) bahawa pemilihan Cikgu Mala sebagai calon PAS adalah tepat. Beliau merupakan seorang pendidik  yang berkarisma tinggi, disegani ramai dan  ringan tulang dalam setiap tugasan yang dipikul. Pendek kata dia nih kalau disebut dalam loghat Kelate gak , dipanggil “Cikgu mudoh baso” . Itulah antara keistimewaan utama Cikgu Mala dan keistimewaan ini amat diharapkan dapat memenangkan PAS di N.5 Tenang . Namun amat menyedihkan jika dilihat dari sudut struktur jentera parti semasa. Saya difahamkan bahawa  bilangan cawangan-cawangan PAS di Johor adalah terlalu sedikit dan dhaif  jika dibandingkan dengan penubuhan bahagian-bahagian UMNO di negeri tersebut bahkan di negeri-negeri lain pun didapati begitu juga. Seingat saya pada zaman kepimpinan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor; bagi menguat serta memperkasakan jentera parti , bagi setiap jumlah pengundi yang mencecah sekitar 500 orang di setiap kawasan peti undi maka wajar dan perlu dibuka satu cawangan PAS. Dengan erti kata lain, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor lebih menekankan strategic menguatkan grassroot. Sayang sekali selepas pemergian beliau, pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang lebih menumpu dan menekan aspek ceramah. Mana-mana tempat mesti ada ceramah. Yang penting ceramah politik yang bermula lepas solat isyak dan berakhir pukul 12:00. Jarang-jarang sekali tuh ada juga Dewan Pemuda PAS Pusat buat mukhayyam …..tapi sejauh mana  majlis mukhayyam itu berjaya menambat hati para peserta untuk menyusun gerakkerja parti?????  Wa Allahu a`lam. Itulah perjuangan di zaman kepimpinan PAS selepas pemergian Ustaz Fadhil Noor. Segala kepincangan ini amat diharap agar berjaya diubah dalam masa terdekat.

Cemuhan Terhadap ADUN Bukit Tuku

Bakal Calon PRU 13
kuntakinte@yahoo.com.myy
60.49.87.220

Submitted on 2011/01/17 at 8:59 am

Dalam isu ini…………. kadang-kadang bukan masaalah kerjasama dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduanggg……. tetapi siapa di belakang tu…….

Masaalahnya kalau orang yg kita berkenan memainkan peranan untuk kerjasama dengan UMNo adalah org kita bersetuju, maka kita mendiamkan diri, Ingat lah YB Fatah semasa nak menamakan calon semasa di PRK Galas. Ada orang yang tertentu telah berjaya menasihat TGNA agar mewujudkan “kerajaan Perpaduan Bersama Ku Li, dengan tidak masuk bertanding PRK Galas, sebab Ku Li akan jadi saksi tuntutan Royalti minyak.

Kenyataan Yb fatah dalam Sinar Harian (kalau tak silap) PAS terpaksa lawan UMNO, sebab bukan Ku Li yg jadi calon… Apakah erti inisemuanya??

kuntakinte@yahoo.com.myy

Bakal Calon PRU 13

trash

Restore | Delete Permanently

dibawahkilauanpedang
dibawahkilauanpedang@gmail.com
60.54.16.6

Submitted on 2010/12/29 at 4:44 pm

salam.
sungguh menghairankan apabila selalu suka menggambarkan sesuatu sebalik daripada apa yang sebenarnya berlaku. apa yang ditulis mewakili tak sampai 20% sahaja daripada apa yang awak tahu. tak sudah2 cuba eksploitasi sebarang isu untuk memburukkan kepimpinan. insyaallah semua yang berlaku dalam pengetahuan semua kepimpinan PR. cumanya oleh kerana ianya melibatkan Agong maka tak dapat lagi nak dijelaskan secara menyeluruh. dan jangan cuba membayangkan TGNA amat bodoh untuk dipermainkan, alhamdulillah penyertaan TGNA dalam pertemuan kali ini sebenarnya memberikan kepada beliau gambaran yang amat jelas apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini. kalau tidak takkan la hubungan beliau dengan Tim Pres (TP) semakin baik semenjak 2 menjak ni, insyaallah lepas ni lagi baik.pada YB fatah..memutarbelitkan apa yang ditaklimatkan dan menggambarkan ia bukan sebagaimana yang ditaklimatkan amat menzahirkan permusuhan peribadi dengan TP yang tidak berkesudahan.jangan menangguk di air yang keruh sampai menghancurkan parti dan berselindung disebalik kata2 seolah sayangkan parti. jangan paksa saya untuk mengakhiri karier politik anta dengan pembongkaran yang memalukan. insaffla. salam

Towardsmardhatillah:

Saya bukan mahu bersikap berat sebelah.  Cuma berdasarkan pengamatan dan pemerhatian saya, ADUN Bukit Tuku ini seorang yang amanah dengan kerja-kerja parti. Buat pengetahuan umum, ADUN Bukit Tuku (HJ Abdul Fatah Harun) nih antara wakil rakyat PAS yang terbaik.  Pernah teruji di zaman PAS susah dan juga di zaman senang. Cekap menguruskan hal ehwal dalaman orang-orang kampung.   Dua komen yang saya siarkan ini nampaknya begitu serious menerkam ke arah ADUN Bukit Tuku dan pasti sekali kedua-duanya adalah satu kenyataan yang cuba diputarbelitkan untuk mengelirukan otak orang ramai. Saya kesian melihat para ADUN-ADUN PAS yang memang terbukti bersikap amanah dengan tugas-tugas masing-masing tapi dicerca sepertimana wakil-wakil rakyat Barisan Nasional yang tidak pernah peka dengan masalah rakyat.  Adapun mereka yang mahu jalan singkat dan dah terbukti cuba mengkhianati amanah parti dan harapan rakyat pula dipuji dan disanjung melambung tinggi sepertimana golongan yang menyanjung tinggi Najib Tun Razak! Ini semua gara-gara politik haprak yang wajib dihindari oleh kita semua yang berakal waras!

Bila Datuk Pa dah naik toncang!

Bazaar Tok Guru

Mustapa Minta SPRM Siasat Harga Lot Kedai Melabung Di Bazar Tok Guru

KOTA BAHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan peniaga bahawa harga lot kedai di Bazar Tok Guru, di sini dijual dengan harga yang tinggi.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata ramai peniaga mengadu kepada pihaknya mengenai kenaikan harga lot kedai di situ yang sebelum ini dijanjikan kerajaan negeri PAS akan dijual pada harga RM40,000 tetapi kini dijual pada dua kali ganda.

“Saya minta agar SPRM menyiasat dakwaan 415 peniaga ini kenapa harganya boleh naik begitu tinggi sedangkan mereka ini bukanlah golongan berpendapatan tinggi dan mereka telah mengadu kepada saya.

“Adakah kemungkinan berlaku penyelewengan dalam kerajaan negeri PAS sehingga harganya meningkat. Malahan mereka mendakwa lot kedai itu sempit,” katanya semasa berucap pada perhimpunan barisan hadapan Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Baharu, di sini, Ahad.

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Besar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) Ab. Salim Ahmad mendesak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) memenuhi janji Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada 415 ahli persatuan itu agar harga jualan lot premis di Bazar Tok Guru dikekalkan pada RM40,000.

Ab. Salim berkata harga yang dijual pihak pemaju bagi tingkat nilai lot kedai kini adalah RM80,000 sehingga RM90,000.

Bazar Tok Guru merupakan sebuah kompleks perniagaan yang dirancang di atas tapak lama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu membabitkan kawasan tanah seluas kira-kira dua hektar.- BERNAMA

Towardsmardhatillah: Ikut harga minyak  yang melambung naik juga ke nih???

Rakyat Kelate bijok memilih

Tiada Sebab Umno Dapat Rampas Kelantan – Abdul Fatah

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: PAS Kelantan optimis parti berkenaan mampu terus menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, matlamat Umno untuk merampas negeri itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak munasabah berdasarkan kemampuan parti berkenaan meyakinkan rakyat bagi melakukan perubahan kerajaan.

Menurutnya, Umno perlu lebih banyak belajar dan mencari isu-isu besar yang lebih dekat dengan rakyat jika mahu merampas negeri itu daripada PAS yang sudah memerintah selama 20 tahun.

“Tak mungkin Umno dapat rampas Kelantan daripada PAS sebab mereka tak ada isu penting yang dapat yakinkan rakyat sehingga mahu menukar kerajaan yang ada sekarang.

“Masih banyak perkara yang mereka perlu pelajari jika nak rampas Kelantan, bagi saya… buat masa ini mereka belum layak lagi ambil alih Kelantan,” katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa parti itu akan memberi tumpuan khusus terhadap 23 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 45 kerusi dalam usaha untuk merampas negeri itu daripada PAS pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Mustapa dilaporkan berkata keyakinan untuk menawan Kelantan adalah berdasarkan perubahan yang berlaku di peringkat akar umbi kini seperti yang ditunjukkan pada pilihan raya kecil DUN Galas dan Manek Urai.

Bagaimanapun Abdul Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku berkata, pihaknya sememangnya menyedari mengenai kerusi DUN yang menjadi sasaran Umno dalam usaha merealisasikan matlamat berkenaan.

“Kita tahu kerusi mana sasaran Umno, mereka sasarkan kerusi DUN yang PAS peroleh majoriti kurang daripada 1,000 pada pilihan raya yang lalu.

“Tapi kita juga akan berusaha keras untuk memastikan PAS terus mengekalkan penguasaan di Kelantan,” katanya.

Sementara itu Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata, dakwaan Umno bahawa angin perubahan di kalangan rakyat semakin ketara berdasarkan keputusan pilihan raya kecil DUN Galas dan Manek Urai tidak boleh dijadikan kayu ukur.

Menurutnya, situasi pada pilihan raya kecil dan pilihan raya umum mempunyai banyak perbezaan terutamyanya dari segi jentera pilihan raya yang digunakan Umno.

“Tak mungkin Umno dapat berikan tumpuan yang khusus pada sesuatu kawasan sewaktu pilihan raya umum.

“Malah mereka harus ingat bahawa PAS juga pastinya ada strategi sendiri untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit sebelum pilihan raya umum akan datang,” katanya yang juga ADUN Pasir Pekan.

Manakala Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sasaran Umno itu hanya sekadar ‘matlamat atas kertas’ yang mustahil direalisasikan.

“Jika nak dibandingkan kedudukan Umno sekarang ini yang hanya memperolehi enam kerusi di DUN Kelantan, bagi saya matlamat mereka itu hampir mustahil untuk dicapai.

“Kedudukan itu terlalu jauh jika nak dibandingkan dengan kedudukan PAS di Kelantan,” katanya yang juga Adun Panchor.

Dipetik dari: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/1/10/mstar_berita/20110110152352&sec=mstar_berita

Banjir di Baruh Tunjung…..

Inilah realiti yang melanda Baruh Tunjung hari ini.  Pasti sekali hujan yang membanjiri bendang ini menjejaskan kualiti padi organik. Bala Allah Taala turun mencurah-curah.  Bukan hanya di Tunjung saja. Malah di kebanyakkan kawasan-kawasan tanah pertanian di seluruh negeri Kelantan. Di manakah silapnya? Adakah bala ini akibat kerakusan berpolitik di Kelantan? Sama-samalah kita semua rakyat Kelantan bermuhasabah diri.

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2010/03/11/tanaman-saya-menikmati-hujan-rahmat/

Peperangan satu tipudaya…

“Peperangan satu tipudaya” merupakan mafhum hadis (mutaffaqun alaih)pendek tapi popular di kalangan umat Islam. Dari segi tata bahasa Arab , susunan matan hadis ini terdiri daripada dua patah kalimah (kata nama) yang menunjukkan bahawa susunannya adalah jumlah ismiyyah. Bermula dengan mubtada’ (al-Harb /peperangan) dan berakhir dengan khabar  (khid’ah/ tipudaya). Oleh itu, dari segi kefahamannya; Susunan matan hadis ini hanya menjelas serta menerangkan situasi peperangan itu sendiri yang berada dalam lingkungan tipudaya. Tiada sebarang lafaz secara jelas dalam matan hadis ini yang menunjukkan bahawa tindakan  mengadakan tipudaya  adalah satu kewajaran yang wajib dilakukan demi mendaulatkan syiar Islam walaupun ia sebenarnya wajib  dalam situasi yang terdesak .

Dalam usaha menegakkan syiar Islam secara syumul, sektor politik wajar diutamakan. Pada zaman kegemilangan Islam yang lampau, ketuanan politik berteraskan syariat Islam dipertahan dan dibangkitkan melalui peperangan mengangkat senjata(pertumpahan darah) dan juga tahalluf siyasi. Namun kini kaedahnya lebih aman iaitu dengan cara mengekalkan tahalluf siyasi, manakala  peperangan mengangkat senjata digantikan dengan proses pilihanraya. Meskipun demikian, proses pilihanraya itu juga merupakan satu peperangan yang turut mengharuskan tipudaya. Pun begitu  perlu difahami; tipudaya dalam peperangan yang diharuskan oleh syarak sebenarnya perlu berlandaskan akhlak. Dengan kata lain; tipu daya yang ingin dilakukan itu perlulah kerana demi kepentingan Islam, tidak secara terang-terangan hingga boleh menjejaskan imej Islam, tidak memudaratkan hati-hati golongan non-muslims untuk memeluk agama Islam dan  ia tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya secara sesuka hati terhadap musuh kerana Islam lebih menitikberatkan soal dakwah dengan method yang sesuai dengan situasi yang dihadapi. Cuba bayangkan apa nasib yang bakal menimpa umat Islam jika mereka asyik menipu dan menipu dan menipu dan menipu[1]???  Macam manakah agaknya tanggapan golongan non-muslims terhadap para pimpinan dan juga umat Islam yang gemar menipu dan menipu dan menipu?? Adakah penipuan ini kerana menegakkan Islam ataupun kerana periuk nasi dan juga jawatan yang disandang[2]? Apakah kerana jawatan dan periuk nasi maka tipudaya sesama dalam jamaah juga diharuskan?

Dalam isu terbaru, ADUN Bukit Tuku membangkitkan permasalahan Unity Government yang digilai oleh beberapa kerat pemimpin atasan PAS. Unity Government ini juga disokong oleh sesetengah ahli-ahli PAS yang otak mereka kurang berfungsi dan hanya tahu wala dan wala dan wala secara membuta tuli…Perkara ini sudah disahkan tapi mengapa Tok Guru Nik Aziz sendiri masih cuba melindungi kenyataan sebenar??? Paling dibimbangi bila seorang Tok Guru berstatus Menteri besar akan dilabelkan oleh masyarakat awam sebagai penipu besar demi mempertahankan individu-individu yang memang shahih telah melakukan kerosakan dalaman terhadap jamaah.  Langkah pendedahan oleh ADUN Bukit Tuku ini adalah wajar. Sepatutnya perkara sebegini dibiarkan meletus dan dibiarkan sahaja tersebar sebagai makluman umum. Sesiapa yang mahu kekal dengan PAS …allahamdulillah dan sesiapa yang mahu melompat masuk UMNO pun silakan..dengan syarat jangan buat UG.  Kalau putih katakan putih  kalau hitam katakan hitam. Tak perlu pilih kelabu.  Jangan diwujudkan  sebarang kerjasama politik dengan UMNO dan Barisan Nasional. Sesiapa yang menyebelahi proses UG adalah satu pengkhianatan dan pengkhianatan ini wajib disingkir daripada parti. PAS tidak rugi apa-apa jika para pengkhianat ini disingkir keluar. Mengapa pula perlu berdolak dalih hingga menyusahkan hati orang lain semata-mata kerana ingin berpolitik sambil bertipudaya sesama jamaah ???

Saya dan Ustaz Salahuddin telah bertungkus lumus menyiapkan buku Sejarah PAS Kelantan dengan harapan agar para penyokong PAS, pengundi PAS dan juga ahli-ahli PAS sedar tentang sikap dan penampilan UMNO serta Barisan Nasional sejak dulu hingga kini. Kalau mereka yang sudah tahu tentang fakta sejarah sepertimana yang dinyatakan dalam buku berkenaan tapi masih mahu menyokong Unity Government, maka itulah tanda-tanda pengkhianatan dalam PAS semakin berleluasan.  Semakin lama para pengkhianat ini dilindungi maka semakin banyak lagi bala Tuhan yang bakal turun mencurah-curah kelak. Para penggerak  jentera-jentera parti mulai rasa keberatan untuk bertungkus lumus  sepertimana yang pernah dilakukan sebelum ini. Timbul dibenak mereka persoalan “Perlukah kami bekerja keras demi mempertahan dan menjunjung tinggi  para pengkhianat dalaman ini??”. Fikir-fikirkanlah wahai pimpinan PAS. Jangan asyik leka dengan kemewahan yang diraih melalui jawatan yang disandang!


[1] Bila mahu menipu golongan ini mula mengatakan ini adalah politik. Adakah politik itu didefinisikan sebagai penipuan???

[2] Ada yang berjawatan tapi tak amanah dengan jawatan yang dijawat.

Berita mengejutkan !

Ada dua petikan berita mengejut  yang menarik perhatian saya pagi nih;

Lebih 2,000 petani kerugian besar, sawah padi ditenggelami air masin

04/01/2011 3:43pm

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

TUMPAT 4 Jan. – Lebih 2,000 pesawah dari lima buah kampung di daerah ini mengalami kerugian besar apabila sawah padi mereka digenangi air masin yang masuk melalui Sungai Golok, disebabkan kelemahan sistem pengairan di kawasan tersebut.

Air masin tersebut dikatakan memasuki lebih 1,000 hektar sawah ketika musim banjir pada setiap tahun berikutan kedudukannya yang berhampiran muara sungai berkenaan.

Berikutan itu, pesawah terbabit di lima buah kampung iaitu Bendang Pak Yong, Simpangan, Jejulok, Mentua dan Kubang Bemban mendakwa mengalami kerugian beratus ribu ringgit disebabkan tanaman mereka musnah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Jejulok, Ghazali Isa berkata, air masin yang memasuki kawasan sawah pada setiap kali musim banjir sukar untuk keluar disebabkan laluan yang terlalu sempit dan memakan masa hampir dua minggu untuk kering sepenuhnya.

Beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membina beberapa buah pintu air tetapi ia terlalu kecil dan tidak mampu untuk mengeluarkan kesemua air masin yang telah melimpahi kawasan berkenaan.

“Setiap kali musim banjir perkara ini berlaku dan yang terbaru di kawasan sawah seluas 200 hektar di Kubang Bemban di mana tali air baru yang memisahkan antara tali air dengan sungai terlalu rendah sehingga menyebabkan air masin dapat memasuki kawasan sawah.

“Air masin ini menyebabkan kerosakan tanah dan tanaman akan musnah, setiap kali musim banjir memang air akan melimpahi tetapi masalahnya, air ini tidak boleh keluar dengan cepat dan ia akan terus bertakung dalam sawah dan mengambil masa satu hingga dua minggu untuk kering sepenuhnya,” katanya ditemui pemberita di Kubang Bemban di sini, hari ini. – Utusan

Dipetik dari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

Selasa Januari 4, 2011

Pertemuan Dengan Agong Dan Najib Tiada kaitan Politik: Nik Aziz

KOTA BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu, Kuala Lumpur, baru-baru ini yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tiada kaitan dengan isu politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas.

“Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan empat perenggan bagi mengelak kekeliruan yang timbul ekoran laporan akhbar hari ini bahawa pertemuan itu antara lain berkisar ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan.

Nik Aziz membuat penjelasan itu pada sidang akhbar yang turut dihadiri Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

“Adalah sangat tidak beradab dan beretika bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa menghadap,” katanya.

Nik Aziz berkata bahawa sewaktu beliau berada di hospital USM, beliau telah dikunjungi oleh Abdullah yang membawa titah Tuanku Mizan meminta beliau dan beberapa pemimpin menghadiri majlis santapan malam di Istana Terengganu.

“Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut,” katanya.

Nik Aziz menyeru media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan menghentikan seberang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Abdul Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik.

“Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu,” katanya. – BERNAMA

Dipetik dari: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/1/4/mstar_berita/20110104153440&sec=mstar_berita

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.