Berita mengejutkan !

Ada dua petikan berita mengejut  yang menarik perhatian saya pagi nih;

Lebih 2,000 petani kerugian besar, sawah padi ditenggelami air masin

04/01/2011 3:43pm

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

TUMPAT 4 Jan. – Lebih 2,000 pesawah dari lima buah kampung di daerah ini mengalami kerugian besar apabila sawah padi mereka digenangi air masin yang masuk melalui Sungai Golok, disebabkan kelemahan sistem pengairan di kawasan tersebut.

Air masin tersebut dikatakan memasuki lebih 1,000 hektar sawah ketika musim banjir pada setiap tahun berikutan kedudukannya yang berhampiran muara sungai berkenaan.

Berikutan itu, pesawah terbabit di lima buah kampung iaitu Bendang Pak Yong, Simpangan, Jejulok, Mentua dan Kubang Bemban mendakwa mengalami kerugian beratus ribu ringgit disebabkan tanaman mereka musnah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Jejulok, Ghazali Isa berkata, air masin yang memasuki kawasan sawah pada setiap kali musim banjir sukar untuk keluar disebabkan laluan yang terlalu sempit dan memakan masa hampir dua minggu untuk kering sepenuhnya.

Beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membina beberapa buah pintu air tetapi ia terlalu kecil dan tidak mampu untuk mengeluarkan kesemua air masin yang telah melimpahi kawasan berkenaan.

“Setiap kali musim banjir perkara ini berlaku dan yang terbaru di kawasan sawah seluas 200 hektar di Kubang Bemban di mana tali air baru yang memisahkan antara tali air dengan sungai terlalu rendah sehingga menyebabkan air masin dapat memasuki kawasan sawah.

“Air masin ini menyebabkan kerosakan tanah dan tanaman akan musnah, setiap kali musim banjir memang air akan melimpahi tetapi masalahnya, air ini tidak boleh keluar dengan cepat dan ia akan terus bertakung dalam sawah dan mengambil masa satu hingga dua minggu untuk kering sepenuhnya,” katanya ditemui pemberita di Kubang Bemban di sini, hari ini. – Utusan

Dipetik dari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

Selasa Januari 4, 2011

Pertemuan Dengan Agong Dan Najib Tiada kaitan Politik: Nik Aziz

KOTA BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu, Kuala Lumpur, baru-baru ini yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tiada kaitan dengan isu politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas.

“Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan empat perenggan bagi mengelak kekeliruan yang timbul ekoran laporan akhbar hari ini bahawa pertemuan itu antara lain berkisar ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan.

Nik Aziz membuat penjelasan itu pada sidang akhbar yang turut dihadiri Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

“Adalah sangat tidak beradab dan beretika bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa menghadap,” katanya.

Nik Aziz berkata bahawa sewaktu beliau berada di hospital USM, beliau telah dikunjungi oleh Abdullah yang membawa titah Tuanku Mizan meminta beliau dan beberapa pemimpin menghadiri majlis santapan malam di Istana Terengganu.

“Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut,” katanya.

Nik Aziz menyeru media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan menghentikan seberang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Abdul Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik.

“Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu,” katanya. – BERNAMA

Dipetik dari: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/1/4/mstar_berita/20110104153440&sec=mstar_berita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: